Berhasrat untuk mecari kerja sambilan? Belum bersedia untuk menyambung pengajian tetapi risau jika anda membuat keputusan yang salah? Jangan risau, kita telah menyenaraikan sebab-sebab kenapa pelajar memilih untuk membuat kerja sambilan.
Sebab yang sering digunakan oleh pelajar untuk membuat kerja sementara adalah gaji yang bakal diterima. Dengan adanya gaji, ianya boleh meningkatkan keyakinan dan kematangan diri jika dibandingkan dengan pelajar yang lain. Sesetengah pelajar akan menyimpan duit yang diperolehi, sesetengah daripada mereka akan menggunakan untuk tujuan hiburan. Tak kira apa yang anda nak buat dengan duit yang diperolehi, yang penting anda mempunyai gaji atau elaun yang beterusan.
Setiap kali menerima gaji, kebanyakan pelajar akan belajar atau cuba untuk berjimat cermat. Berjimat cermat adalah salah satu kemahiran yang tidak diajar di sekolah dan amat penting untuk pelajar pertimbangkan apabila berbelanja. Dengan kemahiran ini, anda dapat membezakan keutamaan dan kehendak terhadap sesuatu benda. Oleh itu, duit yang diperolehi dengan titik peluh anda tidak disia-siakan begitu sahaja.
Mana-mana individu yang bekerja sambil belajar tidak mempunyai banyak masa lapang. Kebanyakan pelajar perlu membahagikan masa belajar dan bekerja dan ini bukannya tugas yang mudah untuk dilakukan. Di samping itu, dengan adanya kerja sambilan, aktiviti anda terpaksa dirancang terlebih dahulu. Jika difikirkan secara positif, ia dapat membantu anda mengurus masa dengan baik. Jika anda diberi tugas yang perlu disiapkan dalam masa yang terdekat, ia tidak akan menjadi masalah yang besar kepada anda.
Sesetengah kerja sambilan boleh dikaitkan dengan kerjaya yang anda bakal ceburi. Tidak dinafikan bahawa banyak pengalaman dan manfaat yang anda akan prolehi untuk kegunaan masa akan datang jika berkerja dalam bidang yang berkaitan. Jangan risau, jika anda bercadang untuk melakukan kerja di luar bidang anda, teruskan. Pengalaman yang diperoleh boleh dikategorikan sebagai kelebihan dan amat dihargai oleh majikan. Sebahagian besar daripada majikan menanggap pelajar yang mempunyai pengalaman bekerja menunjukkan kematangan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kerja berbanding dengan pelajar yang lain.
Jadi, apa pendapat anda tentang kerja sambilan? Jika anda berhasrat untuk mencari kerja, kunjungilah laman web kami di JobStreet.com. Kami telah menyediakan ribuan kerja sambilan daripada pelbagai bidang seperti Penjualan (Retail), Restoran (F&B) ataupun Hotel & Perlancongan yang mungkin menarik perhatian anda.