Kami cadangkan struktur ringkasan seperti berikut:
Berikut adalah 7 contoh ringkasan resume yang boleh anda gunakan untuk memberi sentuhan peribadi yang pasti menarik perhatian majikan.
Mari Berbual
Sebagai seorang jurujual profesional yang gemar berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, saya dapati bahawa perbincangan yang paling berkesan adalah perbincangan yang mencuit hati seseorang. Kita lebih tertarik kepada perbualan yang ikhlas berbanding dengan perbualan yang terlalu menjurus kepada penjualan sahaja. Saya bukan sahaja menjual. Saya juga menyelesaikan masalah harian anda.
Sentuhan Peribadi
Setelah 12 tahun bekerja sebagai pakar pemasaran dalam industri FMCG, falsafah pemasaran saya adalah mudah iaitu menyediakan hubungan jenama yang unik dan berkesan untuk pengguna. Siapa yang tidak menyukai pemberian peribadi seperti hadiah ulang tahun, cadangan berdasarkan sejarah pembelian mereka, atau kad ucapan terima kasih yang ditulis sendiri? Ia membuat kita merasa sangat dihargai. Penciptaan detik-detik peribadi yang membolehkan pengguna berhubung dengan sesebuah jenama. Itulah dorongan saya.
Ilusi Kebahagiaan Pekerja
Selama saya bekerja di dalam bidang Sumber Manusia ini, saya pelajari bahawa kebahagiaan pekerja hanyalah satu ilusi. Manusia tidak akan pernah cukup dengan apa yang mereka ada. Itu memang naluri semulajadi. Oleh sebab itu, saya lebih berminat untuk mengetahui apa yang mendorong mereka serta pekerjaan dan persekitaran apa yang memberi inspirasi kepada mereka. Pendek kata, saya memastikan pekerja terus berpuas hati dengan visi dan tujuan yang bermakna.
Permudahkan
Sebagai Akauntan Berkanun dengan 5 tahun pengalaman bekerja untuk syarikat multinasional, misi saya adalah mudah: untuk memperkenalkan sistem dan proses baru yang mempermudah aliran kerja harian bagi meningkatkan kecekapan dan ketepatan kerja. Tujuannya adalah untuk meminimumkan (atau sebaik-baiknya menghapuskan) kesalahan perakaunan kecil yang akan memberi impak kepada keseluruhan buku akaun sesebuah organisasi.
Gambar Besar
Pengalaman saya selama 10 tahun sebagai Perancang Kewangan telah mengajar saya bahawa kunci untuk pengurusan kewangan yang berkesan terletak pada satu prinsip mudah: kemampuan untuk melihat gambar besar. Tidak dapat dinafikan bahawa langkah-langkah pengurangan kos adalah salah satu cara untuk menangani kemerosotan ekonomi. Namun, daripada hanya setakat bertahan, mungkin lebih baik jika melakukan diversifikasi dan berkembang ke bidang baharu. Pengambilan risiko yang berkira adalah mustahak demi kemajuan.
Memperkasakan Kehidupan dengan Teknologi
Pengalaman saya didalam berbagai bidang IT (seperti pengaturcaraan, seni bina perisian, pereka pengalaman pengguna (UX), pembangun web, dll.) terbit daripada keinginan untuk memperkasakan kehidupan manusia dengan teknologi perkomputeran. Hari demi hari, dunia semakin kecil. Sempadan geografi semakin hilang dan perbezaan budaya semakin pudar. Manusia lebih bersatu. Itulah yang mendorong saya: membantu membuka jalan menuju masyarakat global yang berdaya maju.
Membina Dunia yang Lebih Hijau
Setelah bekerja dalam bidang kejuruteraan selama satu dekad, saya menyedari bahawa minat saya adalah untuk mencipta produk dan penyelesaian yang menyumbang kepada dunia yang lebih hijau dan bersih. Ini adalah cabaran yang sangat bermanfaat kerana ia menawarkan peluang untuk membuat perubahan yang bermakna. Saya percaya karya yang paling bermakna adalah apabila ia membolehkan kita membentuk perubahan positif.
Tak kira apa jua bidang anda dan berapa lama anda sudah bekerja, ia adalah sangat penting untuk anda mengemas kini ringkasan resume dengan sentuhan peribadi anda supaya anda sentiasa bersedia untuk menceburi pengalaman baru. Kemas kini ringkasan resume anda di profil JobStreet anda dengan mudah.