Kebelakangan ini, landskap pekerjaan mengalami transformasi dengan peningkatan bilangan individu yang mencari peluang kerja dari rumah. Memandangkan permintaan untuk pengaturan kerja yang fleksibel terus meningkat, keperluan untuk kerja sepenuh masa dari rumah juga makin meningkat.
Terdapat banyak pilihan yang tersedia di pasaran kerja hari ini. Oleh itu, membezakan antara peluang yang sah dan kemungkinan “scam” merupakan antara perkara yang amat penting.
Dalam artikel ini, anda akan melihat peluang-peluang kerja dari rumah sepenuh masa yang boleh dipercayai. Sama ada anda seorang yang berpengalaman kerja dari rumah atau seseorang yang mempertimbangkan peralihan kepada pekerjaan dari rumah sepenuh masa, artikel ini adalah sangat sesuai untuk anda.
Bekerja dari rumah menawarkan banyak faedah. Cara kerja ini memberikan lebih fleksibiliti dalam menguruskan jadual kerja, meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja seseorang. Selain itu, kerja dari rumah boleh menyumbang kepada keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik, memberikan peluang untuk gaya hidup yang lebih sihat dan bermakna.
Jadi, untuk mudahkan anda cari kerja online dari rumah, kami telah senaraikan beberapa pekerjaan yang boleh dipercayai.
Banyak syarikat inginkan perkhidmatan pelanggan yang ramah dan mesra, boleh dipercayai dan bertanggungjawab untuk membantu selesaikan masalah pelanggan. Oleh sebab itu, pekerjaan ini sangat penting dan sentiasa diperlukan.
Kebanyakan syarikat kini membolehkan anda bekerja sebagai perkhidmatan pelanggan dari rumah. Anda hanya perlukan telefon atau komputer untuk perkhidmatan livechat dan mempunyai keperibadian yang mesra.
Pekerjaan ini sangat popular dan in-demand di Malaysia. Sebagai seorang telemarketer, anda perlu pandai menjual produk dan melaksanakan susulan panggilan bersama pelanggan.
Sama seperti perkhidmatan pelanggan, pekerjaan ini boleh dilaksanakan di rumah asalkan anda mempunyai kemudahan yang tertentu dan mampu berkomunikasi bersama majikan secara online dengan baik.
Antara tanggungjawab business analyst ialah mengumpul maklumat perniagaan dan mencari jalan penyelesaian untuk sebarang masalah. Maklumat tersebut akan dibentangkan dalam sebuah dokumen penyelidikan yang anda perlu sediakan.
Jadi, anda hanya memerlukan komputer, akses Internet serta informasi tentang perniagaan tersebut. Jika anda mempunyai pengalaman sebagai penganalisis, anda boleh buat permohonan untuk kerja dari rumah bersama syarikat yang diingini.
Digital Marketing adalah salah satu industri yang paling berkembang di pasaran. Setiap perniagaan atau jenama memerlukan strategi pemasaran yang cekap, baik dalam talian mahupun luar talian.
Oleh itu, peranan seorang digital marketer sangat penting dan sentiasa diperlukan. Baru-baru ini, kebanyakan syarikat sedang mencari pakar digital marketing yang boleh bekerja secara efisyen dari rumah. Jadi, jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang ini, anda boleh memohon pekerjaan work from home ini.
Pengurus media sosial ni agak sama dengan seorang digital marketer. Tetapi, job scope seorang pengurus media sosial hanya tertakluk kepada media sosial sahaja. Anda akan bertanggungjawab untuk memastikan yang saluran media sosial jenama syarikat anda tu sentiasa aktif.
Anda perlu menyediakan beberapa jenis “content” secara konsisten untuk posting di media sosial. Selain itu, anda juga perlu berinteraksi dengan "audience” menggunakan akaun jenama anda. Semua ini penting supaya jenama anda memberi impresi yang baik kepada semua orang.
Ramai yang anggap kerja menjadi penulis ini tidak boleh menerima pendapatan konsisten dan hanya boleh kerja “part time”. Anggapan ini boleh dikatakan salah kerana syarikat dan jenama-jenama sentiasa memerlukan penulis bagi menyediakan “content”.
Anda mempunyai kemahiran menulis dan boleh menyampaikan idea dengan jelas melalui tulisan? Kalau begitu, anda boleh menjadi seorang penulis atau copywriter. Banyak syarikat sentiasa mencari penulis, dan kebanyakannya merupakan peluang kerja remote.
Seperti seorang penulis, pereka laman web atau grafik juga sering dianggap sebagi kerja yang kurang berbaloi. Sebenarnya, pekerjaan tersebut memang wujud sama ada sepenuh masa ataupun sambilan yang boleh dilaksanakan di rumah.
Bila anda mempunyai kemahiran membuat laman web atau buat graphic design anda boleh buat permohonan untuk melaksanakan pekerjaan tersebut secara online di rumah.
Adakah anda fasih bertutur berbilang bahasa? Jika ya, anda boleh work from home dengan mudah sama ada sepenuh masa mahupun kerja part time di rumah sebagai seorang jurubahasa, penterjemah atau kerja transkripsi.
Semua kerja ini memerlukan anda untuk mahir beberapa jenis bahasa. Terdapat banyak syarikat di Malaysia yang memerlukan kemahiran tersebut supaya mereka boleh berhubung dengan pelanggan yang pelbagai jenis dan latar belakang.
Mengajar secara online telah menjadi kaedah yang semakin popular dalam sektor pendidikan. Jika anda memiliki kemahiran atau pengetahuan dalam subjek tertentu, anda boleh memanfaatkannya untuk menjadi seorang online tutor.
Anda boleh menyertai syarikat yang menawarkan perkhidmatan mengajar secara online atau memulakan perkhidmatan pengajaran online anda sendiri sebagai pekerja bebas. Ini memberikan fleksibiliti dalam mengatur jadual kerja dan memilih pelanggan, serta peluang untuk memperluas jaringan profesional anda dalam bidang pendidikan.
Juga: Cara Betul Memohon Kerja dan Hantar Resume Melalui Email
Walaupun bekerja dari rumah menawarkan banyak faedah, terdapat juga beberapa keburukannya. Kerja secara remote boleh menimbulkan cabaran seperti pengasingan, gangguan dan kesukaran dalam mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja. Berikut adalah beberapa keburukan utama bekerja dari rumah:
Anda sebagai manusia tidak boleh hidup atau bekerja bersendirian sepanjang masa. Walaupun sesetengah pekerja suka akan idea bekerja sendiri tanpa gangguan di tempat kerja, ada juga yang mungkin tidak menyukainya.
Bekerja bersendirian bermakna anda menghabiskan banyak masa hanya berinteraksi dengan skrin komputer dan tidak mempunyai hubungan bersemuka dengan manusia lain. Platform seperti Zoom dan Skype memungkinkan pekerja untuk berhubung melalui panggilan video dan persidangan, namun ini tidak sama dengan kesan duduk bersama dan berbincang dengan rakan sekerja secara langsung.
Anda harus memastikan yang tempat kerja anda adalah kondusif. Tanpa suasana yang sesuai, anda akan mudah terganggu atau hilang fokus. Tetapi untuk memastikan home office anda ialah kondusif, bukannya murah. Memastikan yang anda mempunyai meja, kerusi, aksesori dan gadget yang selesa datang dengan kosnya tersendiri.
Ya, majikan anda mungkin menyediakan laptop serta headphones, namun adakah itu cukup? Semestinya tidak. Oleh itu, anda mungkin harus menampung kos untuk menyediakan sebuah home office untuk anda.
Bagi seorang “manager” atau pengurus, menyelia pasukan secara remote boleh menimbulkan cabaran. Ia lebih sukar untuk memantau prestasi pekerja, memberikan maklum balas tepat pada masa dan mengekalkan kesepaduan pasukan apabila semua orang bekerja dari lokasi yang berbeza.
Ini boleh menyebabkan ketidakcekapan dan kekurangan akauntabiliti. Selain itu, kerja secara remote boleh menyukarkan untuk mengenal pasti dan menangani isu seperti pemberhentian pekerja atau keletihan.
Pengurusan pekerja secara remote memerlukan kemahiran dan strategi yang berkesan. Ini penting untuk membina kepercayaan dan komunikasi yang jelas antara pekerja dan majikan
Bekerja dari rumah menawarkan fleksibiliti dan kemudahan yang tiada tandingan, tetapi ia juga memerlukan disiplin dan strategi pintar untuk kekal produktif.
Berikut ialah beberapa tips penting untuk membantu anda memaksimumkan kecekapan anda dan mengekalkan keseimbangan kehidupan kerja yang sihat semasa bekerja dari rumah.
Kalau anda merupakan seorang freelancer, pastikan anda mendaftar diri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengesahkan perkhidmatan anda dan memudahkan pembayaran cukai. Tapi kalau anda seorang remote worker di sesebuah syarikat, perkara ini tidak diperlukan.
Selain itu, pastikan anda kaji selidik latar belakang sesebuah syarikat serta pekerjaan dalam sesebuah iklan untuk mengelakkan sebarang penipuan.
Jika anda inginkan kerja dari rumah yang boleh dipercayai, lawati laman web Jobstreet dan cari pekerjaan yang diingini. Kemudian, kemas kini profil anda untuk menunjukkan kemahiran anda sebelum memohon sesuatu pekerjaan online.