Cara Buat Resume Kerja Untuk Fresh Grad

Cara Buat Resume Kerja Untuk Fresh Grad
Jobstreet content teamupdated on 05 October, 2021
Share

Format Resume Yang Disukai Bakal Majikan

Resume anda perlulah ringkas dan tepat. Ia juga perlu mengandungi beberapa perkara penting untuk menunjukkan peribadi, pengalaman dan kemahiran anda setakat tahun 2021 ini. Berikut adalah cara yang betul untuk buat resume kerja terbaik:

  1. Sertakan gambar formal dan profesional pada halaman atas resume.
  2. Nyatakan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, alamat email dan nombor telefon juga pada halaman atas resume.
  3. Tulis profil peribadi ringkas seperti elevator pitch untuk menyerlahkan pengalaman dan kemahiran utama anda.
  4. Tulis pengalaman pendidikan dari peringkat paling tertinggi hingga peringkat sekolah menengah.
  5. Tulis pengalaman pekerjaan, internship atau projek sukarelawan dari yang terkini dan paling relevan.
  6. Sertakan pencapaian atau anugerah yang diterima ketika di universiti atau waktu internship.
  7. Senaraikan kemahiran berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi seperti penggunaan software tertentu atau kemahiran buat sales.
  8. Senaraikan jenis bahasa yang anda boleh tutur dan tulis kerana sesetengah syarikat mungkin inginkan seorang yang berdwibahasa.

Kesalahan Biasa Menyebabkan Resume Ditolak

Sebelum mengetahui cara untuk buat resume kerja, anda perlu tahu kesalahan biasa yang sering dilakukan oleh fresh grad supaya anda boleh mengelak kesalahan tersebut dan sediakan resume terbaik.

1. Menggunakan font yang tidak menarik

Walaupun perkara ini macam remeh, sebenarnya ia penting untuk memberi first impression atau impak pertama yang positif. Anda tak semestinya perlu guna font yang canggih. Font klasik macam Times New Roman pun boleh. Jangan pula guna font kebudak-budakan seperti Comic Sans.

 

2. Tidak mengandungi informasi yang mencukupi dan berpatutan

Anda perlu pastikan resume kerja anda lengkap dan merangkumi perkara berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi. Walaupun sebagai fresh grad anda tidak dijangkakan untuk mempunyai pengalaman pekerjaan yang banyak, anda masih perlu menyatakan apa-apa pengalaman seperti internship atau projek sukarelawan yang berkaitan dengan jenis kerja yang anda ingin ceburi.

 

3. Menulis perkara yang tidak diperlukan

Contohnya, anda telah menulis penerangan lebih kepada sesuatu pengalaman di universiti. Sebenarnya, bakal majikan hanya akan melihat penerangan pendek dalam point form dan mereka tidak suka baca panjang-panjang. Jadi, anda tak perlu tulis satu perenggan panjang sebagai penerangan pengalaman anda.

 

4. Menggunakan alamat email yang tidak profesional

Dalam resume, anda perlu menyatakan alamat email sebagai maklumat perhubungan. Oleh sebab anda bukan lagi pelajar universiti, anda tidak boleh menggunakan email universiti anda. Jadi, sebagai seorang fresh grad pada tahun 2021 ini, anda perlu menggunakan email persendirian yang tampak profesional. Elakkan daripada menggunakan alamat email yang pelik atau susah disebut. Guna sajalah alamat email yang mengandungi nama sebenar anda.

 

5. Resume melebihi 2 muka surat

Bakal majikan tidak akan pertimbangkan resume kerja yang panjang. Paling banyak pun dua muka surat. Jika boleh, satu pun dah cukup. Lebih singkat resume anda, lebih mudah bakal majikan untuk melihat pengalaman dan kemahiran anda secara keseluruhan.

 

6. Kesalahan ejaan dan tatabahasa

Oleh sebab resume adalah pendek dan ringkas, sebarang kesilapan senang dikesan. Cara untuk memastikan kesilapan tersebut tidak dilakukan adalah dengan memeriksa dan membaca semula resume kerja sebelum dihantar ke bakal majikan. Kesalahan ejaan dan tatabahasa perlulah dielakkan sama sekali supaya resume anda kelihatan profesional dan isi kandungannya boleh dibaca dengan mudah.

Hantar Resume

Setelah selesai menulis resume kerja, anda boleh hantar resume kepada bakal majikan dalam bidang yang diingini. Jika nak memudahkan lagi proses permohonan kerja sebagai fresh grad tahun 2021 ini, anda bolehlah melengkapkan profil Jobstreet anda dan memuat turun profil tersebut sebagai sebuah resume. Kemudian, anda boleh pilih pekerjaan terbuka di laman web Jobstreet untuk memohon pekerjaan baru.

More from this category: Cover letters

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
By providing your personal information, you agree to the Collection Notice and Privacy Policy. If you are under 18 years old, you must have parental consent for Jobstreet and affiliates to process your personal data. You can unsubscribe at any time.