Contoh Surat Cuti Kerja Tanpa Gaji Sebab Kecemasan, Sakit atau Alasan Peribadi

Contoh Surat Cuti Kerja Tanpa Gaji Sebab Kecemasan, Sakit atau Alasan Peribadi
Jobstreet content teamupdated on 29 November, 2021
Share

Sebagai pekerja syarikat, anda biasanya berhak mendapat 14 hari cuti setiap tahun. Apabila meminta cuti dalam lingkungan 14 hari ini, anda tak perlu menulis surat rasmi dan hanya perlu mengisi borang yang disediakan oleh syarikat. Namun, ada kalanya keadaan hidup memerlukan anda untuk memohon cuti lebih daripada 14 hari tanpa gaji. Oleh sebab itu, anda perlulah menulis surat memohon cuti kerja untuk mendapatkan  kebenaran majikan.

Kenapa Perlu Tulis Surat Rasmi Cuti Kerja Tanpa Gaji?

Tujuan menulis surat rasmi adalah untuk menyatakan hasrat atau niat anda secara formal dan jelas. Jika anda hanya menyatakan niat anda secara lisan, kemungkinan besar permohonan anda tidak akan ke mana. Setiap syarikat memerlukan permohonan hitam putih supaya rekod anda boleh difailkan dan dirujuk semula bila perlu. Lebih-lebih lagi, tidak akan ada keraguan atau manipulasi apabila kenyataan telah ditulis dalam surat rasmi. Jika anda memerlukan bantuan untuk tulis surat ini, sila rujuk contoh surat cuti kerja di bawah.

Alasan Cuti Kerja Tanpa Gaji

Berikut adalah beberapa alasan yang layak untuk mendapat cuti kerja tanpa gaji. Namun, tidak semua diiktiraf oleh setiap syarikat dan mungkin ada alasan lain yang tidak dinyatakan. Jadi, pastikan anda tahu syarat-syarat yang telah disediakan oleh syarikat anda.

Kecemasan Perubatan

Ini adalah salah satu alasan yang biasa digunakan untuk pekerja yang inginkan cuti kerja panjang walaupun tanpa gaji. Anda mungkin ditimpa kemalangan ataupun mempunyai penyakit kronik yang memerlukan anda untuk dimasukkan ke hospital. Keadaan ini mungkin memerlukan beberapa hari lebih daripada cuti perubatan wajib yang telah diberikan oleh majikan anda. Jadi, lebih baiklah anda menulis surat cuti kerja tanpa gaji disertakan bukti daripada doktor.

Menjaga Ahli Keluarga Sakit

Jika ahli keluarga anda sakit dan memerlukan perhatian atau bantuan anda di rumah, anda bolehlah memohon cuti kerja panjang tanpa gaji. Bergantung kepada syarikat, anda mungkin hanya boleh memohon cuti panjang untuk beberapa bulan sahaja. Jika anda ingin terus bekerja dan tidak mahu mengambil cuti tanpa gaji, anda mungkin boleh memohon kerja dari rumah sepenuh masa. Ini supaya anda bolehstandbydi rumah apabila ahli keluarga memerlukan bantuan anda. Situasi Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan telahpun menunjukkan bahawa kerja di rumah adalah tidak mustahil walaupun mungkin kurang memuaskan. Jadi, anda mempunyai pilihan sama ada untuk memohon cuti tanpa gaji ataupun memohon untuk kerja di rumah.

Pasangan Bekerja Di Luar Negara

Anda juga boleh memohon untuk cuti kerja tanpa gaji apabila pasangan anda memperoleh peluang bekerja di luar negara untuk jangka masa pendek. Ini mungkin sebab anda ingin menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri atau suami dan terus sokong pasangan anda di mana jua. Anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk melancong di dalam negara tersebut.

Menunaikan Haji atau Umrah

Jika anda seorang beragama Islam, anda bertanggungjawab untuk menunaikan haji atau umrah satu hari nanti. Apabila masa itu telah tiba, anda perlu menangguhkan pekerjaan dan memohon untuk cuti kerja panjang.

Cuti Belajar

Anda mungkin seorang pelajar sambilan universiti yang berhasrat untuk memperoleh ijazah sarjana. Ada masanya anda memerlukan lebih masa untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan peperiksaan ataupun memberi tumpuan sepenuhnya kepada penulisan tesis. Dengan itu, anda perlu memberitahu majikan melalui surat rasmi cuti kerja. Selalunya, majikan sangatsupportivedan memahami perjuangan anda ini.

Percutian Panjang

14 hari mungkin tak cukup untuk melancong ke sesuatu tempat. Jika anda rela untuk mengambil cuti tanpa gaji, lebih baik anda tulis surat rasmi untuk menyatakan keinginan anda.

Isu Peribadi Lain

Ada juga alasan peribadi lain yang memerlukan anda untuk mengambil cuti kerja tanpa gaji. Antaranya ialah untuk menyokong dan membantu isteri yang baru hamil, mengambil cuti bersalin yang lebih panjang daripada apa yang diberikan, memperbaik kesihatan mental dan fizikal, ataupun berpindah rumah.

Contoh Surat Cuti Kerja Tanpa Gaji

Tanggungjawab Anda Sebagai Pekerja Syarikat

Walaupun majikan tidak membayar gaji anda selama cuti panjang, anda masih seorang pekerja di syarikat tersebut yang mempunyai tanggungjawab tertentu.

Sebelum pergi bercuti, pastikan anda selesaikan segala tugas yang diperlukan dan memastikan bahawa apa-apa tugas yang perlu dilaksanakan ketika anda bercuti akan dikendalikan oleh rakan kerja.

Apabila menulis surat untuk memberitahu majikan, pastikan anda jujur dengan alasan anda. Selepas itu, anda boleh berbincang dengan lebih terpeinci bersama majikan.

Gunakan Masa Anda Sebaik-baiknya

Akhir kata, janganlah menyalahgunakan kepercayaan majikan anda dan sengaja mengambil cuti lebih lama daripada yang diperlukan atau dijanjikan. Ia akan mendatangkan lebih kesusahan kepada kedua-dua pihak dan anda mungkin bakal dipecat.

Jika anda seorang yang jujur dan bertanggungjawab, majikan anda pasti akan memahami kehendak anda untuk mengambil cuti kerja lebih panjang. Alang-alang dah cuti tu, bolehlah luangkan sedikit masa untuk kemas kini profil JobStreet supaya anda sentiasa bersedia untuk peluang masa depan anda.

More from this category: Workplace wellbeing

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.