CV atau curriculum vitae, secara ringkasnya merupakan dokumen yang mengandungi info penting tentang anda. CV adalah dokumen penting yang diperlukan oleh pencari kerja untuk memohon pekerjaan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat peribadi anda seperti alamat dan nombor telefon.
Sebagai lulusan, sangat digalakkan untuk menulis CV anda dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini boleh membuka lebih banyak peluang kerja, baik di dalam negara mahupun di luar negara.
Jika anda mempunyai kemahiran berbahasa lain seperti Perancis, Jepun, atau Mandarin, dan pekerjaan tersebut memerlukan kemahiran tersebut, anda boleh menyediakan CV dalam dua bahasa untuk menyerlahkan potensi anda dan meningkatkan peluang mendapatkan kerja idaman dengan posisi yang diinginkan.
Artikel ini akan membantu anda menulis CV yang memenuhi semua kriteria yang diperlukan. Anda boleh melihat contoh CV yang diberikan sebagai rujukan utama untuk menyediakan CV yang bagus, tepat, dan sesuai. Berikut adalah contohnya.
CV adalah dokumen penting yang diperlukan oleh pencari kerja untuk memohon pekerjaan. Ia mengandungi maklumat peribadi anda seperti alamat dan nombor telefon.
CV yang berkesan boleh menceritakan pengalaman profesional, kemahiran, kelayakan akademik, dan pencapaian kerjaya anda. Ini tentu dapat membantu majikan memahami kelayakan dan potensi anda dengan lebih baik. Biasanya, CV mempunyai dua hingga empat muka surat dan perlu disusun dengan baik dan teratur.
Berbeza dengan CV, resume adalah dokumen yang menyatakan pengalaman kerja secara ringkas, biasanya hanya satu hingga dua muka surat. Penggunaan CV atau resume bergantung kepada kesesuaian jawatan yang dipohon atau permintaan ATS yang digunakan oleh majikan.
Seorang yang mencari kerja harus mempunyai CV yang baik dan sesuai. CV yang terbaik akan menyenaraikan kelayakan, pengalaman, dan kemahiran anda dengan terperinci. Anda juga boleh menyenaraikan pencapaian akademik atau profesional seperti penerbitan atau anugerah.
Penting untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang tepat, susun atur yang menarik, dan tidak berlebihan, terutama sekali jika anda memulakan karier sebagai profesional dalam bidang baru.
CV yang baik akan memudahkan majikan melihat padanan kelayakan anda dengan jawatan yang dipohon. Jika anda mempunyai kemahiran berbahasa lain seperti Perancis, Jepun, atau Mandarin, dan pekerjaan tersebut memerlukan kemahiran tersebut, anda boleh menyediakan CV dalam dua bahasa untuk menyerlahkan potensi anda dan meningkatkan peluang mendapatkan kerja idaman.
Anda bersedia untuk menghasilkan CV terbaik? Sebelum itu, mari kita kenal dahulu komponen-komponen penting dalam sebuah CV agar mudah untuk anda faham bagaimana untuk menghasilkan sebuah CV yang tepat, berkesan dan bersesuaian.
Sebuah CV yang bagus mengandungi tujuh komponen dan disusun dengan teratur agar ia kelihatan professional dan menarik. Ia juga mempunyai beberapa format mengikut kesesuaian pekerjaan yang dipohon.
Anda boleh pilih mengikut format kronologi atau menekankan kemahiran yang anda ada. Sebagai contoh, anda mungkin mahu menunjukkan yang anda mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang perakaunan berbanding pentadbiran, atau pengalaman dengan pekerjaan pemasaran digital.Tentu, ini akan memberi kesan positif kepada penilaian majikan.
Di bahagian kepala surat, anda perlu meletakkan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan email. Portfolio yang berkaitan penting untuk disertakan dalam talian untuk membantu anda mendapatkan jawatan atau pekerjaan tersebut.
Sebagai contoh, graduan seni, penulis yang berpengalaman atau seseorang yang terlibat dalam pelbagai projek berpeluang besar untuk mendapat pekerjaan jika mereka sertakan portfolio pekerjaan mereka.
Di bahagian ini juga, anda boleh sertakan ringkasan professional atau pernyataan objektif yang akan menarik perhatian majikan dalam masa beberapa saat jika ditulis dengan baik. Tambahan lagi, anda dapat menyesuaikan formatnya dengan berbagai cara bergantung pada industri yang anda ceburi.
Di bahagian ini, anda juga boleh meletakkan sijil-sijil profesional yang berkaitan dengan profesi anda seperti Sijil Program Pruf, jika anda seorang penulis yang ingin memperkenalkan diri sebagai penulis profesional.
Anda juga boleh sertakan penyelidikan atau projek-projek mega, kritikal dan penting yang pernah anda ketuai atau mengambil bahagian.
Ia akan menjadi ‘critical point’ jika ia berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Pihak majikan pastinya akan tertarik apabila melihat penglibatan anda dalam projek tersebut dan mahu anda menyertai mereka kerana anda boleh menjadi aset untuk syarikat tersebut.
Di bahagian ini, anda boleh berkongsi maklumat mengenai pengalaman kerja dan jawatan dahulu dan terkini yang pernah anda pegang. Anda perlu menulis huraian peranan kerja, tanggungjawab, dan pencapaian karier dengan informasi yang relevan dan terperinci.
Sebagai contoh, anda mungkin pernah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang di syarikat lama anda. Pengalaman seperti latihan industri dan sambilan juga boleh digunapakai jika ia mampu menambah nilai anda sebagai pencari kerja berdasarkan kemahiran yang dimiliki.
Jangan lupa sertakan juga kemahiran yang anda ada dengan kesempatan yang anda miliki untuk mengembangkan kemahiran tersebut, contohnya, kemahiran teknikal seperti perisian, bahasa pengaturcaraan atau kemahiran sukarelawan seperti kepimpinan dan komunikasi.
Mungkin anda pernah menjadi ketua kepada platun sewaktu menyertai kadet polis dahulu dan ini menunjukkan anda seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Jika anda merupakan mahasiswa yang aktif menulis dan hasil penulisan anda pernah disiarkan di majalah atau suratkhabar, anda boleh letakkan pencapaian itu di segmen ini.
Jika anda merupakan mahasiswa yang baru lulus, anda boleh sertakan info tentang aktiviti kokurikulum yang pernah anda sertai dahulu. Kelab, sukan, atau organisasi yang anda sertai serta peranan dan sumbangan anda untuk organisasi tersebut.
Sertakan juga anugerah dan penghargaan yang anda terima sewaktu di universiti, jika anda graduan baru. Atau mungkin anda pernah menerima anugerah dari pihak berkuasa kerana keberanian menyelamatkan seseorang. Jadikan sebagai contoh pencapaian anda yang dapat menarik perhatian majikan.
Rujukan ini boleh disertakan jika ada permintaan dari pihak majikan. Rujukan ini kebiasaanya pensyarah anda ketika menyelia anda waktu menjalankan latihan industri.
Untuk mencari kerja yang profesional, anda boleh meletakkan majikan lama anda sebagai rujukan. Anda perlu meminta kebenaran majikan lama anda sebelum menggunakan nama dan nombor mereka sebagai rujukan.
Dalam menghasilkan sebuah CV yang baik, adalah sangat penting untuk anda mematuhi garis panduan ini:
Oleh itu, Jika anda ingin menulis CV yang berkesan, pastikan maklumat betul, menggunakan bahasa yang sesuai dan menonjolkan pencapaian utama dan kemahiran yang relevan dengan jawatan yang dipohon.
Setelah memahami kepentingan CV dan bagaimana strukturnya, berikut adalah contoh-contoh CV mengikut senario berbeza seperti pelajar yang ingin memohon penempatan untuk latihan industri atau anda juga mungkin seorang pekerja profesional yang ingin meningkatkan tangga karier anda.
Berikut adalah contoh-contoh CV mengikut senario berbeza seperti pelajar yang ingin memohon penempatan untuk latihan industri atau anda juga mungkin seorang pekerja profesional yang ingin meningkatkan tangga karier anda. Perhatikan contoh berikut untuk setiap senario.
Oleh itu, contoh CV yang baik akan menunjukkan dengan jelas pengalaman dan kemahiran yang sesuai dengan perusahaan yang anda sasarkan, membantu menonjol sebagai calon yang berpotensi.
Untuk memohon pekerjaan profesional, penting untuk menyediakan CV yang baik dan benar, kerana ia mencerminkan kebolehan dan komitmen anda terhadap jawatan yang dipohon. Dibawah senario ini, anda merupakan seorang pekerja yang sudah berpengalaman dan ingin mengembangkan lagi karier anda.
Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mencuba jawatan yang lebih tinggi seperti pengurus atau ketua bahagian.
Untuk senario ini, anda mungkin seorang pencari kerja yang ingin memohon kerja sebagai guru, pensyarah atau sebagainya yang berkaitan dengan dunia akademik. Jadi CV anda harus menunjukan kemampuan anda untuk menjadi tenaga pengajar yang bagus.
Sebagai contoh, jika anda ingin memohon menjadi seorang pensyarah, kelebihan yang perlu anda miliki adalah pengalaman menulis artikel atau buku dan disiarkan di beberapa jurnal akademik.
Setelah itu, pastikan CV anda disemak semula untuk memastikan bahawa semua maklumat relevan, seperti pencapaian akademik dan pengalaman penyelidikan, disertakan dengan jelas dan tepat.
Berikut adalah contoh CV untuk jawatan akademik:
Untuk senario ini, anda mungkin mencari pekerjaan yang berkaitan dengan jawatan penyelidikan di mana anda boleh meletakkan hasil penyelidikan yang terdahulu sebagai satu cara untuk meyakinkan bakal majikan anda.
Pastikan anda menyertakan semua maklumat tentang pengalaman penyelidikan terdahulu dan kemahiran khusus yang relevan untuk menunjukkan kebolehan dalam bidang tersebut.
Berikut adalah contoh CV untuk memohon jawatan penyelidikan:
Situasi ini adalah salah satu yang paling biasa di kalangan pencari kerja. Ramai pelajar universiti yang perlu mengikuti latihan industri sebagai salah satu syarat untuk pengajian mereka. Anda dapat meningkatkan peluang untuk diterima dalam program latihan industri dengan menunjukkan minat yang mendalam dan pengalaman berkaitan dalam bidang yang dipohon.
Untuk senario ini, jika anda tiada ada pengalaman, anda boleh menyatakan kemahiran anda dan objektif dengan jelas.
Berikut adalah kesalahan yang biasa dilakukan oleh pencari kerja sewaktu menghasilkan CV. Anda perlu teliti untuk mengelakkan kesalahan ini. Lihat contoh di bawah untuk mengetahui kesilapan yang harus dielakkan:
Pastikan CV anda mempunyai maklumat lengkap, konsisten, dan tidak meragukan. Segala butiran yang perlu dicantumkan perlu disertakan agar mudah pihak majikan membuat penilaian terhadap kelayakan anda. Pastikan maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, dan pengalaman kerja terdahulu disertakan dalam CV anda.
Sila semak CV anda untuk memastikan ia tidak mempunyai kesalahan ejaan dan tatabahasa. Tidak kira apa bahasa pilihan anda, pastikan ia ditulis dengan baik dari segi ejaan dan tatabahasa. Elak menggunakan bahasa pasar.
Ia juga sangat penting untuk anda menyemak berulang kali sebelum menghantar ke syarikat tempat anda memohon kerja. Walaupun perkara yang kecil, kesalahan ejaan dan tatabahasa boleh memberi kesan besar kepada permohonan anda, terutamanya jika anda memohon jawatan di peringkat tinggi.
CV anda tidak seharusnya mempunyai terlalu banyak maklumat yang tidak relevan dan tidak berkaitan dengan kerja yang dipohon. CV yang terlalu panjang dan penuh dengan maklumat yang tidak relevan boleh membuat majikan hilang minat.
Anda tidak perlu mengongsikan segala perincian kerana membuatkan CV anda kelihatan ‘semak’ dan tidak menarik. Pastikan CV anda ringkas, padat, dan relevan dengan pekerjaan yang dipohon. Fokus pada pencapaian dan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang anda ingin mohon.
Terdapat beberapa tips yang perlu anda ambil tahu sebagai pencari kerja agar peluang lebih besar untuk maju dalam kerjaya anda:
Ia juga dapat meyakinkan pihak majikan yang CV anda bukan lah sebuah informasi yang hanya ditiru bulat-bulat.
Sebuah CV yang bagus akan menarik minat majikan dan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk dipilih oleh majikan ke peringkat seterusnya. Anda perlu merebut peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam karier anda di mana ia akan membantu menguatkan lagi CV anda.
Jangan lupa, pastikan CV anda tidak hanya menarik tetapi juga yang ATS-friendly untuk memastikan ia dikenali dalam sistem penapisan awal.