Sebilangan besar syarikat mengenakan kod pakaian tertentu di tempat kerja yang mencerminkan budaya kerja dan memaparkan imej profesional yang sesuai dengan jenis perniagaan syarikat. Ia mungkin agak membingungkan untuk memahami etika pakaian pejabat ini jika anda seorang pekerja baru dalam dunia korporat. Untuk menambahkan kekeliruan, terdapat juga kod pakaian yang berbeza untuk acara korporat yang berlainan.
Tetapi jangan risau. Kami telah mengumpulkan panduan yang mudah untuk membantu anda memahami etika pakaian syarikat supaya anda tahu bila dan bagaimana untuk menunjukkan penampilan pakaian korporat yang profesional. Mari kita mulakan dengan beberapa peraturan asas untuk pakaian pejabat.
Sekiranya ada keraguan, semak senarai berikut:
Tak kira pakaian apa yang anda pilih, kekemasan adalah perkara paling penting dalam dunia korporat.
Jika anda kelihatan bergaya tetapi pakaian tidak sesuai atau kurang selesa, tiada maknanya untuk ke pejabat sebab ketidakselesaan ini akan mempengaruhi produktivi anda di tempat kerja.
Sekiranya anda ingin dihormati sebagai seorang profesional, anda perlu berpakaian seperti itu. Contohnya, elakkan daripada memakai skirt atau seluar yang terlalu pendek dan ketat walaupun jika kod pemakaian sesuatu acara itu adalah ‘casual’.
Jika anda memakai aksesori, ia mestilah berkelas dan sesuai dengan pakaian. Minyak wangi pula haruslah halus dan menyegarkan dan bukannya terlalu kuat.
Sekiranya anda seorang profesional kreatif seperti pereka grafik atau artis visual, anda digalakkan untuk memakai pakaian yang lebih berwarna untuk mencerminkan kreativiti anda. Jika anda seorang software developer, anda tidak dijangkakan untuk memakai sut sebab itu akan kelihatan pelik. Lainlah jika anda seorang peguam yang perlu menjumpa klien. Jadi, pilih pakaian yang sesuai dengan jenis pekerjaan anda.
Sekarang kita telah mengetahui peraturan asas jadi marilah kita memahami kod pakaian korporat dengan lebih terperinci.
Kod pakaian Business Formal / Profesional berada di hujung sepktrum formal. Pakaian formal termasukla sut, kemeja berkolar, gaun, skirt dan blazer yang diseterika dengan baik, serta kasut yang tertutup dan aksesori halus seperti anting-anting untuk wanita dan tali leher untuk lelaki. Pastikan juga anda memilih warna neutral seperti hitam, coklat, biru gelap dan kelabu.
Ini merupakan kod pakaian yang paling biasa untuk kebanyakan pejabat dan syarikat. Business Casual membenarkan gaya pemakaian yang lebih santai. Daripada sut lengkap, kemeja berkolar dan blazer, anda boleh mengekspresikan lebih banyak keperibadian anda dengan kemeja berwarna dengan seluar santai, skirt dengan blaus dan kardigan, kasut tertutup dan aksesori yang ringkas tetapi menarik.
Kod pakaian ini sangat biasa dipraktikkan dalam syarikat yang memperhatikan hari Jumaat yang santai. Walaupun begitu, jangan pula terlalu santai. Ingatlah bahawa anda masih berpakaian untuk bekerja, jadi walaupun seluar jeans, kemeja polo, blaus berwarna-warni dan aksesori menarik dibenarkan, itu tidak bermakna anda boleh memakai seluar jeans yang robek, seluar yoga, singlet ataupun sandal. Mari kita tetap santai tetapi segak.
Di sesuatu acara pejabat yang kod pemakaiannya adalah casual atau santai, anda boleh berpakaian selesa dan bergaya sambil menunjukkan diri anda yang lain di luar pejabat. Jadi, manfaatkan sepenuhnya! Sama seperti di pejabat, pastikan pakaian anda rapi dan segak. Walaupun tiada peraturan ketat untuk acara luar pejabat yang casual atau santai, anda masih perlu mengekalkan imej profesional sebab ini adalah aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan anda.
Untuk acara bisnes yang formal, anda boleh memakai sut dengan tali leher. Wanita juga boleh memakai gaun atau skirt paras lutut bersama blaus ataupun gaun hitam yang elegan dengan kasut tumit tinggi dan aksesori anggun.
Acara seperti ini adalah sangat formal. Kod pakaian Black Tie bermaksud lelaki perlu memakai tuksedo dengan tali leher ikatan tunduk (bow tie), kemeja putih, waistcoat dan kasut hitam oxford. Wanita pula boleh memakai gaun hitam panjang dengan aksesori berkilau dan kasut tumit tinggi.
Ingatlah, jika anda tidak pasti, semak senarai ini dan anda tidak perlu risau. Selamat membeli belah untuk pakaian pejabat baru anda!
Jika anda ingin tips kerja lain, sila rujuk ke laman ini.