Tips Memilih Kerjaya Terbaik Untuk Anda

Tips Memilih Kerjaya Terbaik Untuk Anda
Jobstreet content teamupdated on 05 October, 2021
Share

Apakah yang membangkit semangat anda?

Pertama sekali, kenal pasti minat dan aktiviti yang gemar dilakukan. Daripada terlalu fokus kepada profil syarikat, gaji atau jawatan, pertimbangkan perkara-perkara yang memberi anda kebahagiaan dan rasa tujuan terlebih dahulu. Mulakan dengan berfikir tentang bagaimana anda ingin menghabiskan hujung minggu. Sebagai contoh, jika anda suka mengisi masa lapang dengan menyertai kegiatan sukarelawan, anda boleh memilih kerjaya yang memberi impak positif kepada masyarakat. Sekiranya anda minat bersukan, mungkin kerjaya yang melibatkan peralatan sukan boleh menjadi pilihan.

Memahami minat boleh membantu mendalami keperibadian, watak, dan aktiviti yang membangkit semangat anda. Dari situ, anda boleh menentukan objektif atau matlamat untuk perkembangan kerjaya yang dapat memenuhi tujuan anda. Tuntasnya, hobi atau minat boleh menjadi pemangkin kepada pemilihan kerjaya.

Apakah dorongan anda?

Walaupun gaji yang kompetitif adalah satu sebab yang baik untuk menerima tawaran pekerjaan, namun, memahami faktor yang mendorong anda lebih daripada gaji juga penting. Tanya diri anda soalan-soalan berikut:

  • Adakah anda menyukai cabaran baru, atau melakukan kerja yang memberi impak?
  • Seberapa pentingkah untuk mencari syarikat yang mempunyai matlamat dan nilai yang sama dengan anda?

Mengenal pasti keutamaan boleh membantu dalam mencorakkan langkah ke arah kerjaya yang terbaik untuk anda. Apabila keutamaan diberikan kepada pengalaman kerja yang menyeluruh lebih daripada gaji, kecenderungan untuk bekerja di sesuatu tempat untuk jangka masa yang panjang akan meningkat. Hitung apa yang penting untuk diri anda dan perkara yang memberikan inspirasi untuk menjadi versi terbaik anda. Dari situ, anda boleh memilih kerjaya yang membuatkan anda teruja untuk bangun setiap pagi.

Apakah kemahiran anda?

Adakah anda berkemahiran dalam memberikan nasihat yang baik, atau mungkin anda suka menguruskan kenduri atau majlis makan malam? Apakah sebab-sebab seseorang mendekati anda? Apakah ciri-ciri atau kemahiran yang boleh anda tawarkan kepada sesuatu  organisasi, dan apakah sifat-sifat yang perlu diperbaiki? Apakah tugasan yang digemari?

Mengenal pasti kemahiran kendiri dan profesional bukan sahaja dapat membantu menonjolkan diri dalam lautan pemohon kerja yang luas tetapi juga membantu dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan diri anda. Sertakan kemahiran yang boleh dipindah tangan dan ingin dipelajari di dalam resume anda. Menekankan kesemua ini di dalam profil atas talian menunjukkan kesediaan anda untuk belajar dan maju bersama syarikat yang disertai.

Apakah keutamaan hidup anda?

Sama ada ianya untuk menyokong keluarga, membina kerjaya, atau menyimpan wang untuk masa hadapan, setiap pencari kerja mempunyai matlamat yang berbeza berdasarkan kedudukan semasa dalam kehidupan mereka.

Mengenal pasti keutamaan anda dapat membantu dalam membuat keputusan kerjaya. Anda boleh menyalurkan fokus dan tenaga ke arah keutamaan hidup anda.

Tanya diri anda, “Apakah kerjaya yang boleh membantu mencapai matlamat saya?” Sebaik sahaja anda membuat penilaian kendiri ini, anda boleh memulakan pencarian kerja yang bersesuaian dengan kehidupan anda.

Adakah anda bersedia untuk mencari #JobsThatMatter? Kemaskini profil anda dan mulakan perjalanan ke arah semangat, matlamat dan kejayaan dengan JobStreet. Untuk berita industri, pandangan pakar dan khidmat nasihat praktikal, sila lawati Pusat Sumber Kerjaya (Career Resources Hub) kami.

More from this category: Finding the job for you

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.