Apabila kita bertemu dengan seseorang buat pertama kali, ia akan mengambil hanya beberapa saat sahaja untuk membentuk tanggapan pertama. Jika ia tanggapan yang baik, kita mesti nak kenal lebih rapat. Jika tanggapan kurang baik, seseorang itu perlu berusaha lebih keras untuk tukar pendapat kita terhadapnya.
Tanggapan pertama adalah sangat penting terutamanya dalam mesyuarat perniagaan dan temuduga kerja di mana reputasi profesional dipertaruhkan. Oleh sebab itu, anda perlu memberi perhatian kepada pemakaian dan penampilan anda.
Berikut adalah 5 tips penampilan bagus untuk temuduga kerja.
Pilihan pemakaian untuk kaum Adam mungkin lebih mudah daripada kaum Hawa. Namun, lelaki juga memerlukan masa dan usaha yang banyak untuk menjaga kebersihan dan penampilan diri.
Lelaki yang berjambang perlu pastikan bahawa misai dan janggut mereka kelihatan kemas. Ini juga termasuk rambut telinga dan hidung. Jika beragu-ragu, boleh dicukur bersih.
Gunakan produk yang menjadikan rambut anda kemas dan kelihatan semula jadi. Elakkan daripada menggunakan gel rambut atau krim yang membuat penampilan yang berminyak.
Pastikan sut atau baju dan seluar anda dicuci segar dan diseterika dengan kemas. Sekiranya anda akan menghadiri temuduga untuk jawatan kreatif atau berorientasikan fesyen, anda boleh mengambil kesempatan untuk menunjukkan keperibadian anda dengan pemakaian yang lebih berwarna namun tetap profesional.
Penampilan bukan sahaja pemakaian tetapi juga bau badan. Gunakan deodoran untuk kekal segar dan kering. Elakkan haruman atau wangian yang kuat. Ini supaya aroma tersebut tidak mengganggu keadaan temuduga kerja anda.
Sekiranya anda seorang perokok, jangan merokok sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu temuduga. Jika anda perlu minum kopi terlebih dahulu, pastikan anda mempunyai breath mints. Nafas yang berbau adalah penampilan pertama yang sangat menjengkelkan.
Bagi wanita, berikut adalah perkara yang anda perlu mengambil perhatian untuk tanggapan pertama yang baik untuk temuduga kerja.
Jika anda mempunyai rambut panjang, lebih baik jika anda mengikatnya atau memastikan ia kemas.
Walaupun ini masa untuk anda menyerlahkan diri, jangan terlalu over apabila memakai makeup. Matlamat anda adalah untuk kelihatan profesional. Jadi, gunakan warna makeup semulajadi dan keep it simple.
Sama ada anda memakai sut berseluar atau skirt, pastikan ia kelihatan profesional. Elakkan pakaian yang terlalu mendedahkan. Dari segi kasut, pastikan ia selesa dan tak menyakitkan. Jika temuduga ini adalah untuk jawatan kreatif, anda boleh lebih menunjukkan keperibadian anda.
Sama seperti lelaki, gunakan deodoran untuk kekal segar dan kering. Elakkan daripada menggunakan wangian yang kuat.
Sama juga seperti lelaki, jangan merokok sekurang-kurangnya setengah jam sebelum temuduga. Bawa breath mints dalam handbag jika anda perlu menyegarkan bau nafas.
Sekarang anda telahpun memastikan penampilan pertama anda adalah yang terbaik untuk temuduga kerja. Anda tidak perlu risau jika anda kelihatan selekeh ataupun berbau busuk. Dengan penampilan yang bagus, anda hanya perlu fokus kepada soalan yang akan dikemukan ketika temuduga tersebut. Jawab dengan jujur dan tunjukkan bahawa anda betul-betul berminat untuk mendapatkan pekerjaan impian anda.