Pengurusan Air Pahang
    (7 reviews)

    Life and Culture at

    Perks and benefits

    Medical

    Why join us?

    LATAR BELAKANGPengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP kepada PAIP.PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.Selain daripada itu, PAIP juga bertanggungjawab ke atas perancangan, pembangunan dan pengurusan Sistem Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur di samping mengebil dan memungut hasil bekalan air bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang. PAIP juga bertindak sebagai penasihat atau perunding kepada Kerajaan Negeri Pahang kepada perkara-perkara yang melibatkan industri bekalan air.VISIMenjadi penyedia perkhidmatan bekalan air bertaraf duniaMISIMemberi fokus kepada kehendak pelangganMengurus Sistem Bekalan Air dengan menggunakan amalan terbaikMembangunkan modal insan yang berteraskan inovasi dan kreativitiMenjadi ICT sebagai pemacu kepada kecemerlangan organisasiMenguruskan pengurangan NRW secara berkesan dan berterusanOBJEKTIFMeningkatkan kecekapan operasi bekalan airMematuhi program jaminan kualiti air bersih kebangsaanMembudayakan penyelenggaraan pencegahan bagi kesuluruhan sistem bekalan airMeningkatkan HasilMemenuhi kepuasan pelanggan & stakeholderMengukuhkan pengurusan kewanganMengurangkan kadar NRWMeningkatkan kompetensi personelMemupuk budaya korporat di dalam organisasiFOKUSBlackspot sifarPantas bertindakPerbelanjaan terancangElakkan pembaziranPeningkatan hasilPengalaman pengguna yang menyenangkanPIAGAM PELANGGANPelanggan akan diberi layanan yang mesra & saksama.Pemasangan meter baru akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.Pertanyaan lisan mengenai bil-bil akan dibuat dalam tempoh satu (1) hari manakala pertanyaan bertulis akan diselesaikan dalam tempoh dua (2) minggu.Bekalan air yang dipotong akan disambung semula dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas pembayaran dibuat.Permohonan pemulangan deposit yang lengkap akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari.Notis catuan atau gangguan berjadual akan dimaklumkan tiga (3) hari sebelum.Kerosakan paip (yang menyebabkan gangguan bekalan) yang bersaiz kurang dari 200mm akan dibaiki dalam tempoh satu (1) hari manakala yang bersaiz melebihi 200mm akan dibaiki dalam tempoh dua (2) hari.Permohonan kelulusan pelan pembangunan bekalan air akan diproses dalam tempoh dua (2) minggu.