Bagi yang aktif, anda mesti pernah terlibat dengan aktiviti sukan, kokurikulum, persatuan kelab, dan sebagainya. Apabila belajar di universiti, anda telah melalui internship, pekerjaan separuh masa, latihan industri ataupun latihan vokasional. Sebagai seorang fresh graduate, bagaimanakah anda harus menyatakan semua pengalaman tersebut dalam surat permohonan kerja atau cover letter yang padu?
Pertama sekali, apakah itu cover letter dan kenapa itu sangat penting apabila memohon pekerjaan?
Surat permohonan pekerjaan atau lebih dikenali sebagai cover letter ialah sebuah dokumen yang menyatakan informasi lanjut dengan lebih terperinci tentang kemahiran dan pengalaman anda. Biasanya, cover letter dihantar bersama-sama dengan resume kerja sebagai dokumen sokongan.
Resume hanya menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda manakala cover letter berfungsi sebagai ‘sales pitch‘ untuk memberitahu bakal majikan sebab anda layak memegang sesebuah jawatan. Oleh itu, penulisan cover letter adalah sangat penting apabila anda ingin memohon sesuatu pekerjaan.
Jangan risau jika anda seorang fresh graduate yang kurang pengalaman kerja. Anda masih boleh menulis cover letter yang menarik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.
Dalam artikel ini kami sertakan tips dan format cover letter serta contoh menulis surat permohonan kerja dalam bahasa melayu untuk mengagumkan bakal majikan. Jika bakal majikan anda sebuah syarikat multinasional ataupun bukan syarikat Malaysia, anda boleh rujuk contoh cover letter bahasa Inggeris di sini.
Berikut adalah beberapa tips dan peringatan apabila anda ingin menulis cover letter.
Berikut ialah format asas untuk menulis cover letter yang efektif dan profesional. Format ini membantu anda menyusun kandungan dengan teratur dan memastikan semua maklumat penting disertakan:
(Nama Anda)
(Alamat Anda)
(Poskod, Bandar)
(Tarikh)
(Nama Pengurus Pengambilan)
(Nama Syarikat)
(Alamat Syarikat)
(Poskod, Bandar)
Tuan/Puan,
Permohonan Jawatan (Nama Jawatan)
Saya menulis surat ini untuk memohon jawatan (Nama Jawatan) yang diiklankan di [Sumber Iklan] bertarikh (Tarikh Iklan). Saya adalah graduan baru dari [Nama Universiti] dengan Ijazah Sarjana Muda dalam (Nama Bidang), dan saya yakin bahawa latar belakang akademik serta kemahiran yang saya miliki sangat sesuai dengan keperluan dan cabaran jawatan yang ditawarkan oleh syarikat (Nama Syarikat).
Semasa pengajian, saya telah terlibat dalam (Sebutkan Projek atau Aktiviti Akademik yang Relevan), di mana saya berkesempatan untuk mengembangkan kemahiran (Sebutkan Kemahiran yang Relevan seperti Analisis, Komunikasi, dan lain-lain.). Kejayaan projek ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan saya untuk bekerja dalam pasukan tetapi juga kemahiran dalam menguruskan masa dan menyelesaikan masalah secara efektif.
Selain itu, pengalaman saya sebagai [Sebutkan Sebarang Pengalaman Kerja atau Latihan Industri], telah memperkukuhkan kebolehan saya dalam [Sebutkan Kemahiran yang Berkaitan, seperti Pengurusan Projek, Pelayanan Pelanggan, dan lain-lain.]. Saya bersemangat untuk membawa kemahiran ini ke [Nama Syarikat], di mana saya yakin dapat memberikan sumbangan yang bermakna.
Saya amat berminat untuk berbincang lebih lanjut tentang bagaimana saya boleh menyumbang kepada pasukan [Nama Syarikat]. Saya sertakan resume saya untuk maklumat lanjut mengenai latar belakang dan kemahiran saya. Saya berharap dapat mendengar daripada anda segera untuk temu janji. Terima kasih atas pertimbangan dan masa yang diberikan.
Yang ikhlas,
(Tanda Tangan )
(Nama Penuh)
(Nama Anda)
(Alamat Anda)
(No. Telefon)
(Tarikh)
Kepada:
(Nama Penerima)
(Jawatan Kerja)
(Alamat Penerima)
Tuan/Puan,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI PEMBANTU SUMBER MANUSIA
Perkara atas ialah dirujuk.
Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut di syarikat Tuan/Puan yang dihormati.
Setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dengan jurusan Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti XYZ saya ingin menyumbangkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen saya untuk mencapai kecemerlangan di syarikat inovatif Tuan/Puan.
Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan jurusan pengurusan Sumber Manusia, saya telah dilengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan termasuk pengambilan tenaga kerja, organisasi tenaga kerja, latihan dan pampasan pekerja serta peruntukan undang-undang dan masalah pekerja lain.
Internship saya di Syarikat ABC juga memberi saya kemahiran penting untuk bekerja dengan beberapa para profesional terbaik dalam industri pengambilan pekerjaan dan sumber manusia. Sepanjang empat bulan saya menjalani internship, semangat dan minat saya dalam sumber manusia telah pun mengembang. Internship tersebut pastinya telah meyakinkan saya bahawa pengurusan sumber manusia ialah panggilan saya yang sebenar.
Salah satu pencapaian saya semasa internship tersebut termasuk menjadi peneraju projek untuk aktiviti sukan syarikat. Saya bekerja bersama dengan para intern yang lain dan kami berjaya menganjur aktiviti tersebut untuk 100 orang pekerja. Kami menerima penilaian 95% 'baik hingga cemerlang' daripada maklum balas tinjauan yang kami lakukan di kalangan pekerja selepas acara tersebut.
Untuk maklumat tambahan mengenai kelayakan dan kepakaran saya, Tuan/Puan boleh semak resume saya yang dilampirkan dalam surat ini.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempertimbangkan permohonan ini dan saya berharap dapat menerima maklum balas daripada Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
(Tandatangan)
(Nama Anda)
Subjek: Permohonan Jawatan (Nama Jawatan) - (Nama Anda)
Yang Berhormat (Nama Pengurus Pengambilan),
Saya menulis untuk memohon jawatan (Nama Jawatan) yang diiklankan di (Sumber Iklan). Saya ialah graduan baru dari (Nama Universiti) dengan Ijazah Sarjana Muda dalam (Nama Bidang) dan berminat besar untuk menyertai pasukan (Nama Syarikat) sebagai sebahagian dari karier saya.
Semasa pengajian saya, saya telah terlibat dalam projek (Deskripsi Projek) yang membolehkan saya memperoleh kemahiran dalam (Sebutkan Kemahiran yang Diperoleh). Saya percaya kemahiran ini akan sangat berguna untuk jawatan yang dimohon seperti yang dinyatakan dalam iklan pekerjaan.
Di samping itu, saya telah menjalani latihan industri di (Nama Syarikat), di mana saya mengembangkan (Sebutkan Kemahiran yang Relevan). Pengalaman ini telah membekalkan saya dengan kefahaman praktikal yang akan saya bawa ke jawatan [Nama Jawatan] di (Nama Syarikat).
Saya sangat bersemangat tentang peluang untuk bekerja di (Nama Syarikat) dan yakin bahawa latar belakang saya dalam (Bidang) serta kemahiran yang saya miliki akan membuat saya menjadi calon yang ideal untuk jawatan ini. Saya sangat menghargai kesempatan untuk berbincang lebih lanjut tentang bagaimana saya dapat memberikan sumbangan kepada syarikat Anda.
Disertakan juga resume saya untuk rujukan anda. Saya berharap dapat berbicara dengan anda dan membincangkan peluang ini lebih lanjut. Terima kasih atas pertimbangan dan masa yang anda berikan.
Hormat saya,
(Nama Anda)
(Alamat E-mel Anda)
(Nombor Telefon Anda)
Subjek e-mell: (Nama Anda) untuk jawatan (Jawatan Kerja)
Selamat Sejahtera Tuan/Puan (Nama Penerima)
Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan Junior Marketer yang baru-baru ini tersedia di syarikat Tuan/Puan.
Saya telah pun menerima ijazah Pentadbiran Perniagaan dengan jurusan Marketing dari Universiti XYZ serta dilengkapi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan strategi marketing efektif.
Ketika internship selama 6 bulan di syarikat ABC, saya telah belajar bagaimana sesebuah syarikat itu menentukan produk atau servis apa untuk dijual. Paling penting, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami konsep pemasaran yang kompleks dan cara menggunakan taktik berbeza untuk mencapai pelbagai objektif.
Saya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya menyesuaikan diri dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.
Pencapaian yang paling membanggakan semasa internship tersebut ialah pengaturan pemasaran gerila untuk produk yang baru dilancarkan. Saya mendapat tempat di pusat beli-belah GHI dan kami melakukan eksperimen sosial untuk memperkenalkan produk baru.
Kami mendapat sambutan positif yang luar biasa daripada pembeli dan 50% pembeli akhirnya membeli produk kami pada hari itu.
Di samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.
Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.
(Nama)
(No. Telefon)
(Nama Anda)
(Alamat Anda)
(Telefon Anda)
(E-mel Anda)
(Tarikh)
(Nama Penerima)
(Pengurus Sumber Manusia,)
(Nama Syarikat)
(Alamat Syarikat)
(Telefon Syarikat)
Tuan/Puan,
Permohonan Jawatan Eksekutif Pemasaran
Saya menulis untuk memohon jawatan Eksekutif Pemasaran yang diiklankan baru-baru ini di (Nama Media atau Portal Kerjaya). Sebagai graduan baru dalam bidang Pemasaran dari (Nama Universiti), saya bersemangat untuk memulakan kerjaya saya dan membawa segar inovasi serta strategi pemasaran yang telah saya pelajari.
Walaupun saya belum mempunyai pengalaman internship, saya telah mengambil bahagian dalam pelbagai projek akademik yang memerlukan analisis pasaran yang mendalam dan pengembangan strategi pemasaran. Misalnya, dalam projek kursus saya, saya berjaya mengembangkan dan melaksanakan strategi promosi untuk sebuah produk fiktif, yang berhasil meningkatkan kesedaran jenama dalam simulasi pasaran kami. Kejayaan ini menunjukkan keupayaan saya untuk menerapkan teori ke dalam praktik yang efektif.
Selain itu, saya telah memperbaiki kemahiran komunikasi dan organisasi saya dengan terlibat dalam aktiviti tambahan di universiti, termasuk mengurus beberapa acara yang berjaya. Saya yakin kemahiran ini sangat berguna untuk jawatan yang saya mohon dan saya boleh gunakannya untuk membantu banyak pada pasukan Syarikat [Nama Syarikat].
Saya sangat berharap untuk berpeluang memperdalam kemahiran saya dan pada masa yang sama memberikan sumbangan kepada [Nama Syarikat]. Saya menghargai pertimbangan aplikasi saya dan berharap dapat membincangkan lebih lanjut mengenai bagaimana saya dapat membantu syarikat mencapai tujuannya.
Terima kasih atas pertimbangan dan masa yang Puan/Beliau luangkan.
Hormat saya,
(Nama Anda)
Subjek: (Nama Anda) memohon jawatan (Jawatan Kerja)
Selamat Sejahtera Tuan/Puan (Nama Penerima)
Saya ingin menyatakan hasrat saya untuk memohon pekerjaan Sales Associate di syarikat Tuan/Puan. Sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan, jawatan ini sangat sesuai dengan pelajaran, pengalaman dan minat kerjaya saya.
Sebagai pelajar di Universiti XYZ, saya telah mengekalkan keputusan cemerlang dan juga merupakan ahli pasukan bola sepak sekolah yang sangat kompetitif dan berjaya.
Latar belakang saya sebagai seorang pelajar dan atlet telah mengajar saya cara untuk berdisiplin dan fokus pada tugas. Kualiti inilah saya percaya sangat penting dalam kerjaya profesional industri penjualan.
Sebagai ahli pasukan, saya telah memberikan sumbangan besar dalam meningkatkan semangat dan penglibatan pasukan melalui pelbagai aktiviti yang saya anjurkan.
Daripada skala 1-10 (10 menjadi skor tinggi), pasukan tersebut menilai 8 untuk 'kejayaan aktiviti dalam penglibatan diri'. Melalui pencapaian saya sebagai pelajar dan atlet, saya telah membuktikan bahawa saya bersemangat dan berdedikasi terhadap apa-apa perkara yang saya lakukan.
Walaupun ini ialah kali pertama saya bekerja dalam bidang penjualan, saya cukup yakin bahawa saya boleh belajar dengan cepat dan memberi kesan langsung kepada syarikat Tuan/Puan.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mempertimbangkan permohonan ini dan saya berharap untuk menerima maklum balas Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
(Nama Anda)
(No. Telefon)
Penulisan cover letter yang efektif adalah penting dalam menonjolkan keunikan dan kemampuan anda sebagai calon untuk sebuah jawatan.
Dengan menyusun cover letter anda secara teliti, menampilkan kejayaan yang relevan, dan menghantarnya dalam format yang profesional, anda akan meningkatkan peluang untuk memberi kesan yang positif kepada majikan dan mendapatkan peluang untuk temu duga lanjutan.
Kami harap anda berjaya dalam memohon pekerjaan yang diinginkan. Jika anda perlukan bantuan menulis resume untuk fresh graduate, sila klik pautan ini.
Untuk memudahkan proses permohonan pekerjaan, anda boleh lengkapkan profil Jobstreet anda dan menghantar permohonan pekerjaan secara langsung kepada bakal majikan.