Selama dua abad, anda telahpun meluangkan masa hidup untuk pendidikan dan persekolahan. Bagi yang aktif, anda juga terlibat dengan aktiviti sukan, kokurikulum, persatuan kelab, dan sebagainya. Apabila belajar di universiti, anda juga telahpun melaksanakan internship, pekerjaan separuh masa, latihan industri ataupun latihan vokasional. Jadi, sebagai seorangfresh graduate, bagaimanakah anda harus menyatakan semua pengalaman tersebut dalam satu surat permohonan kerja ataucover letteryang pendek?
Pertama sekali, apakah itucover letterdan kenapa penulisannya sangat penting apabila memohon pekerjaan?
Surat permohonan pekerjaan atau lebih dikenali sebagaicover letteradalah sebuah dokumen yang menyatakan informasi lanjut dengan lebih terperinci tentang kemahiran dan pengalaman anda. Biasanya,cover letterdihantar bersama-sama dengan resume kerja sebagai dokumen sokongan. Resume hanya menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda manakalacover letterberfungsi sebagai 'sales pitch' untuk memberitahu bakal majikan kenapa anda layak memegang sesebuah jawatan. Oleh itu, penulisancover letteradalah sangat penting apabila anda ingin memohon sesuatu pekerjaan.
Jangan risau juga jika anda seorangfresh graduateyang kurang pengalaman kerja. Anda masih boleh menuliscover letteryang menarik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.
Dalam artikel ini kami sertakan tips dan formatcover letterserta contoh menulis surat permohonan kerja dalam bahasa melayu untuk mengagumkan bakal majikan. Jika bakal majikan anda sebuah syarikat multinasional ataupun bukan syarikat Malaysia, anda boleh rujuk contohcover letterbahasa Inggeris di sini.
Berikut adalah beberapa tips dan peringatan apabila anda ingin menuliscover letter.
Surat permohonan kerja dalam bahasa melayu tak berbeza sangat daripadacover letterBahasa Inggeris. Formatnya lebih kurang sama. Pastikancover letterdalam Bahasa Melayu anda mempunyai struktur dan kandungan berikut:
Subjek Email:(Nama Anda)untuk jawatan(Jawatan Kerja)Selamat Sejahtera Tuan/Puan(Nama Penerima)Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan Junior Marketer yang baru-baru ini tersedia di syarikat Tuan/Puan.Saya telahpun menerima ijazah Pentadbiran Perniagaan dengan jurusan Marketing dari Universiti XYZ serta dilengkapi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan strategi marketing efektif.Ketika internship selama 6 bulan di syarikat ABC, saya telah mempelajari bagaimana sesebuah syarikat itu menentukan produk atau servis apa untuk dijual, cara mencapai demografik tertentu menggunakan alat analitik dan cara untuk bertindak balas terhadap ancaman pesaing.Paling penting sekali, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami konsep pemasaran yang kompleks dan cara menggunakan taktik berbeza untuk mencapai pelbagai objektif.Saya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya mengasimilasikan dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.Pencapaian yang paling membanggakan semasa internship tersebut adalah pengaturan pemasaran gerila untuk produk yang baru dilancarkan. Saya mendapat tempat di GHI Shopping Mall dan kami melakukan eksperimen sosial untuk memperkenalkan produk baru. Kami mendapat sambutan positif yang luar biasa dari pembeli dan 50% pembeli akhirnya membeli produk kami pada hari itu.Di samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.Sekian, terima kasih.(Nama)(No. Telefon) |
Kami harap anda berjaya dalam memohon pekerjaan yang diinginkan. Jika anda perlukan bantuan menulis resume untukfresh graduate, sila klik pautan ini. Untuk memudahkan proses permohonan pekerjaan, anda boleh lengkapkan profil JobStreet anda dan menghantar permohonan pekerjaan secara langsung kepada bakal majikan.
NOTA: Contoh surat permohonan ini hanya untuk rujukan. Semua maklumat yang diberikan harus dianggap sebagai fiksyen.