Bila bercakap tentang menerima sesuatu pekerjaan, pastinya ramai antara anda yang sudah tahu mengenai surat tawaran kerja atau “offer letter”. Surat tawaran kerja adalah satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan kepada calon setelah lulus proses pemilihan untuk diterima masuk ke syarikat tersebut.
Surat tawaran kerja penting dalam proses pengambilan pekerja kerana ia merupakan bukti bertulis daripada pihak majikan dan memastikan persefahaman kedua-dua pihak sebelum mula bekerja bersama.
Artikel ini akan membincangkan tentang kepentingan surat tawaran kerja yang perlu anda ketahui serta struktur surat tersebut. Selain itu, artikel ini juga akan memberikan contoh praktikal dan tips bermanfaat untuk kedua-dua belah pihak.
Secara amnya, surat tawaran kerja adalah dokumen penting yang memberikan tawaran rasmi kepada calon pekerja selepas mereka berjaya dalam sesi temuduga dan proses pemilihan. Surat ini biasanya merangkumi butiran seperti jawatan yang ditawarkan, gaji pokok, serta syarat-syarat lain yang berkaitan dengan jawatan tersebut dan faedah-faedah yang akan diterima sepanjang tempoh perkhidmatan.
Dengan adanya surat tawaran kerja yang lengkap dan jelas, calon pekerja dapat membuat keputusan yang bijak sama ada untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Selain diberikan kepada calon pekerja baru, surat tawaran kerja juga disediakan untuk calon yang dipindahkan secara dalaman dan mereka yang mendapat kenaikan pangkat. Ini kerana, setiap jawatan yang baru akan ada perubahan dari segi skop kerja, tanggungjawab atau gaji yang akan ditawarkan.
Surat tawaran kerja yang baik sangat penting untuk memastikan setiap perkara yang berkaitan dengan butiran pekerjaan diberitahu secara jelas dan juga dapat mengelakkan sebarang kekeliruan di masa hadapan. Selain itu, ia juga dijadikan bukti bertulis bagi melindungi hak-hak pekerja mahupun majikan untuk mengelakkan sebarang kesulitan undang-undang dan mengekalkan profesionalisme antara kedua pihak.
Memandangkan surat tawaran kerja adalah surat rasmi, jadi format awalnya juga perlulah mengandungi perkara-perkara seperti:
Antara komponen lain adalah:
Juga: Nak Cari Kerja? Ikutilah Tips Permohonan Kerja Ini
Surat tawaran kerja juga boleh diibaratkan seperti alat komunikasi yang penting antara bakal majikan dan calon pekerja sebelum mula untuk bekerjasama. Sebab itu, surat tawaran kerja yang berkesan memerlukan kejelasan dan ketepatan dalam menyampaikan maklumat.
Penggunaan bahasa yang jelas dan tepat dalam surat tawaran kerja sangat penting supaya calon pekerja dapat memahami sepenuhnya syarat dan ketentuan yang ditawarkan oleh syarikat. Setiap butiran penting seperti gaji, faedah, tanggungjawab pekerjaan, dan hal-hal lain yang berkaitan perlu dinyatakan dengan terang dan jelas.
Adalah penting untuk mengelakkan penggunaan jargon yang tidak perlu supaya surat tersebut mudah difahami oleh calon pekerja dari pelbagai latar belakang. Jargon atau istilah teknikal yang rumit boleh menyebabkan kekeliruan dan mungkin menimbulkan keraguan dalam diri calon pekerja mengenai syarat-syarat tawaran kerja.
Selain itu, penggunaan nada dan format yang profesional sangat penting dalam menyediakan surat tawaran kerja yang baik dan berkesan. Surat yang disusun dengan baik tidak hanya menyampaikan informasi yang diperlukan, tetapi juga dapat meninggalkan kesan positif kepada calon pekerja.
Format surat tawaran kerja perlu kelihatan kemas dan mudah dibaca. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan paragraf yang jelas dan terpisah untuk setiap topik utama seperti penerangan tentang jawatan yang bakal diterima, gaji, dan tanggungjawab. Pastikan juga terdapat ruangan yang mencukupi antara paragraf dan margin yang sesuai untuk menjadikan surat nampak lebih tersusun dan kemas.
Pertimbangan undang-undang yang berkaitan juga perlu diberi perhatian dalam menyediakan surat tawaran kerja yang berkesan untuk memastikan ianya dapat melindungi hak-hak kedua belah pihak.
Untuk memastikan surat tersebut mematuhi undang-undang, pastikan anda terlebih dahulu memahami dan mengikuti semua peraturan yang berlaku di negara atau negeri dimana syarikat tersebut beroperasi. Ini termasuk dengan Undang-Undang Buruh dan Akta Kerja 1955 (jika di Malaysia) yang berkenaan dengan penetapan gaji minima, jam kerja, cuti, serta perlindungan hak-hak pekerja yang lain.
Dalam surat tawaran kerja juga perlulah disertakan terma dan syarat yang diwajibkan oleh undang-undang. Ini mungkin merangkumi perkara seperti gaji dan faedah, jam kerja dan cuti, dan jenis jawatan.
Berikut adalah beberapa situasi untuk surat tawaran kerja:
Sebagai pengurus sumber manusia di sebuah syarikat teknologi, anda akan melalui beberapa fasa temuduga. Setelah melalui beberapa fasa tersebut, syarikat anda telah memilih seorang calon yang berbakat untuk mengisi jawatan sepenuh masa sebagai “Pembangunan Perisian Kanan”. Syarikat ingin memastikan semua butiran pekerjaan dinyatakan dengan jelas, termasuk gaji, faedah, serta terma dan syarat pekerjaan.
[Logo Tech Innovators Sdn Bhd]
Tech Innovators Sdn Bhd
No 123, Jalan Teknologi,
47500 Subang Jaya,
Malaysia
Tel: +60 3-1234 5678
Email: [email protected]
Tarikh: 27 Mei 2024
Encik Ahmad Ali
No 2, Jalan Mawar
50200 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +60 12-234 5678
Email: [email protected]
Surat Tawaran Pekerjaan
Merujuk perkara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan anda jawatan sepenuh masa sebagai Pembangunan Perisian Kanan di Tech Innovators Sdn Bhd. Kami percaya bahawa pengetahuan dan kemahiran dan pengalaman anda akan menjadi aset kami yang paling berharga dan kehadiran anda ke dalam organisasi kami amat dialu-alukan.
Maklumat mengenai tawaran adalah seperti berikut:-
Deskripsi Pekerjaan: Anda bertanggungjawab untuk mereka bentuk, membangun dan menguji perisian inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan kami. Tugas utama anda termasuk tapi tidak terhad kepada menulis kod berkualiti tinggi, bekerjasama dengan pasukan pembangunan, dan menyelesaikan masalah teknikal yang kompleks.
Tarikh Mula: Anda dikehendaki hadir untuk lapor diri pada 1 Julai 2024.
Waktu Bekerja: 9:00 pagi hingga 6:00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Nama Pengurus: Anda bakal melaporkan kepada Encik Hafiz, Pengurus Kanan Pembangunan Perisian.
Gaji dan Faedah:
Gaji Pokok: RM 8,000 sebulan.
Bonus: Anda layak menerima bonus tahunan berdasarkan prestasi.
Faedah: Anda akan menerima insurans kesihatan untuk diri sendiri dan pasangan, caruman KWSP dan PERKESO.
Faedah Lain: Cuti tahunan sebanyak 20 hari dan cuti sakit sebanyak 10 hari.
Kemudahan Lain: Kami menyediakan elaun telefon sebanyak RM200 sebulan dan peluang bekerja dari rumah tiga hari seminggu.
Terma dan Syarat
Tempoh Percubaan: 6 bulan. Prestasi anda akan dinilai sepanjang tempoh ini.
Jenis Pekerjaan: Sepenuh masa.
Klausa Kerahsiaan dan Tidak Bersaing: Anda dikehendaki mematuhi klausa kerahsiaan dan tidak bersaing yang dinyatakan dalam kontrak yang dilampirkan.
Penerimaan
Untuk menerima tawaran ini, sila tandatangani salinan surat ini dan kembalikan kepada kami sebelum 11 Jun 2024. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Siti Aisyah Halim di [email protected] atau +603 -1234 5678.
Kami sangat teruja untuk anda menyertai pasukan kami dan kami yakin anda akan menjadi aset berharga untuk syarikat. Sila sertakan tandatangan anda di bawah untuk mengesahkan penerimaan tawaran ini.
Yang ikhlas,
Puan Siti Aisyah Halim
Pengurus Sumber Manusia
Tech Innovators Sdn Bhd
__________________
Encik Ahmad Ali
Tarikh: ___________
Setelah Aminah menjalani sesi temuduga untuk jawatan separuh masa sebagai Pembantu Jualan di sebuah butik pakaian, pihak pengurusan butik tersebut memutuskan untuk menawarkan jawatan tersebut kepada Aminah. Berikut adalah contoh surat tawaran kerja yang diberikan kepada Aminah.
Butik DressUp
No 33A, Jalan Pengkalan Indah,
16900 Ipoh,
Perak
Tel: +60 12-234 9876
Email: [email protected]
Tarikh: 27 Jun 2024
Aminah binti Ali
1-2-3 Pengsapuri Kenanga,
16900 Ipoh,
Perak
Tel: +60 13-345 6789
Email: [email protected]
Puan,
Tawaran Pekerjaan Separuh Masa: Pembantu Jualan
Merujuk perkara diatas, dengan segala hormatnya kami ingin memaklumkan bahawa anda dipilih untuk megisi jawatan Pembantu Jualan separuh masa di Butik Dress Up. Maklumat mengenai jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Tugas dan Tanggungjawab:
Syarat dan Terma:
Sila sertakan tandatangan anda di ruangan yang disediakan sebagai tanda persetujuan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami di butiran seperti di atas. Dengan ini, kami mengucapkan tahniah dan berharap dapat bekerjasama dengan anda.
Yang Benar,
Ahmad Bin Samad
Pengurus Kedai
Butik Dress Up
Pengesahan Penerimaan dan Persetujuan
Saya, Aminah binti Ali, dengan ini menerima tawaran pekerjaan sebagai Pembantu Jualan separuh masa seperti yang dinyatakan dalam surat ini. Saya memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma yang dinyatakan.
Aminah binti Ali
Tarikh:_________
Kasih telah bekerja di Jabatan Pemasaran di ABC Agency, sebuah syarikat pemasaran digital, selama tiga tahun. Disebabkan pencapaiannya yang cemerlang, dia ditawarkan pemindahan dalaman ke Jabatan Pengurusan Projek sebagai Pengurus Projek. Surat tawaran pemindahan ini akan menggariskan butiran terperinci mengenai peranan baru Kasih, termasuk tarikh mula, gaji baru, dan tanggungjawab baru.
[Logo ABC Agency]
ABC Agency,
No 4, Jalan Persiaran Subang,
47500 Subang Jaya,
Malaysia
Tel: +60 3-1234 5678
Email: [email protected]
Tarikh: 1 Februari 2024
Kasih binti Samsol
Jabatan Pemasaran
ABC Agency,
No 4, Jalan Persiaran Subang,
47500 Subang Jaya,
Malaysia
Kepada: Kasih binti Samsol
Tawaran Pemindahan Dalaman ke Jabatan Pengurusan Projek
Kami dengan sukacitanya ingin menawarkan anda pemindahan dalaman ke jawatan baru sebagai Pengurus Projek di Jabatan Pengurusan Projek, berkuat kuasa pada 10 Februari 2024.
Jawatan: Pengurus Projek
Tanggungjawab: Mengawasi dan menguruskan pelbagai projek dari klien dan memastikan projek-projek ini diselesaikan tepat pada masanya. Pastikan ia memenuhi kehendak klien serta mencapai piawaian yang ditetapkan oleh syarikat. Tugas anda termasuk tapi tidak terhad kepada:
Gaji: RM 5,000 sebulan
Faedah: Sama seperti jawatan yang dipegang sekarang termasuk insurans kesihatan, caruman KWSP, cuti tahunan dan cuti sakit.
Tarikh Mula: Anda dikehendaki melapor diri ke Jabatan Pengurusan Projek pada 10 Februari 2024.
Terma dan Syarat:
Terma dan syarat lain yang termaktub dalam kontrak asal akan terus berkuat kuasa dan terpakai untuk jawatan baru.
Kami percaya anda akan membawa dedikasi yang sama kepada jawatan anda yang baru, sama seperti anda lakukan dalam jawatan sebelum ini. Jika anda menerima tawaran ini, sila sertakan tandatangan di ruangan yang disediakan dan kembalikan salinan surat ini kepada kepada Jabatan Sumber Manusia sebelum 5 Februari 2024.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan maklumat tambahan, sila hubungi Jabatan Sumber Manusia.
Kami mengucapkan tahniah atas pemindahan ini dan berharap agar anda terus berjaya dalam jabatan baru.
Yang Benar,
_______________________
Kadir bin Kasim
Pengurus Sumber Manusia
ABC Agency
Pengesahan Penerimaan
Saya, Kasih binti Samsol, dengan ini menerima tawaran pemindahan dalaman ke jawatan Pengurus Projek di Jabatan Pengurusan Projek, berkuat kuasa pada 10 Februari 2024.
Tandatangan:
Tarikh:
Encik Ahmad telah dipilih untuk mengisi jawatan kontrak sebagai Pengurus Projek IT di Syarikat Teknologi I-City Sdn Bhd. Jawatan ini adalah untuk tempoh 12 bulan, dengan kemungkinan lanjutan berdasarkan prestasi dan keperluan syarikat. Surat tawaran kerja akan merangkumi butiran terperinci mengenai tanggungjawab jawatan, gaji, faedah, dan syarat-syarat lain yang berkaitan.
[Logo Syarikat Teknologi I-City Sdn Bhd]
Teknologi I-City Sdn Bhd
No. 123, Jalan Teknologi
50000 Kuala Lumpur
Tel: +6 03-1234 56788
Email: [email protected]
3 Mei 2024
Encik Ahmad bin Ali
No. 456, Jalan Impian
55000 Kuala Lumpur
Tel: +6 013-234 5678
Tuan/Puan,
Tawaran Kerja sebagai Pengurus Projek IT (Kontrak)
Dengan segala hormatnya, kami dengan sukacitanya menawarkan jawatan kontrak sebagai Pengurus Projek IT di Teknologi I-City Sdn Bhd. Berikut adalah butiran terperinci mengenai tawaran ini:
5. Waktu Kerja: Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
6. Tanggungjawab Utama:
7. Syarat Tambahan:
Kami berharap Encik Ahmad dapat memulakan tugas pada 30 Mei 2024. Sila sertakan tandatangan di ruangan yang disediakan dan kembalikan salinan surat tawaran ini sebagai tanda persetujuan tuan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di +6 03-1234 56788 atau [email protected]
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_______________________
Asyikin binti Amar
Pengurus Sumber Manusia
Teknologi I-City Sdn Bhd
Persetujuan Penerimaan:
Saya, Encik Ahmad bin Ali, dengan ini menerima tawaran kerja sebagai Pengurus Projek IT (Kontrak) di Syarikat Teknologi I-City Sdn Bhd dengan terma dan syarat yang dinyatakan di atas.
_______________________
(Tandatangan)
Encik Ahmad bin Ali
[Tarikh]
Dalam menulis surat tawaran kerja, terdapat beberapa kesilapan biasa yang perlu dielakkan untuk memastikan proses pengambilan pekerja berjalan dengan lancar dan profesional. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diperhatikan untuk mengelak kesalahan tersebut:
Surat tawaran kerja perlu mengandungi butiran-butiran penting untuk memberikan gambaran jelas kepada calon pekerja mengenai jawatan yang ditawarkan. Pastikan semua butiran tersebut disertakan dalam surat tawaran kerja.
Ini termasuk maklumat mengenai gaji, faedah, deskripsi pekerjaan, tarikh mula, waktu bekerja, garis pelaporan, terma dan syarat pekerjaan, serta arahan untuk menerima tawaran.
Terma dan syarat yang tidak jelas boleh menyebabkan salah faham antara anda dengan syarikat, dan ini boleh mengakibatkan masalah di masa depan. Gunakan bahasa yang jelas dan spesifik dalam menyatakan terma dan syarat pekerjaan.
Menghantar surat tawaran kerja dengan segera sangat penting untuk menunjukkan bahawa majikan benar-benar berminat untuk merekrut calon tersebut. Penghantaran surat tawaran kerja yang lambat boleh memberikan tanggapan negatif dan menyebabkan calon mempertimbangkan semula tawaran tersebut.
Menulis surat tawaran kerja yang berkesan dan profesional adalah penting dalam proses pengambilan pekerja. Sebagai majikan, anda perlu kerap melakukan semakan dan mengemas kini templat surat tawaran. Anda boleh menyediakan jadual semakan berkala untuk memastikan templat surat tersebut sentiasa terkini.
Selain itu, pastikan semua terma dijelaskan dan dikomunikasikan dengan jelas. Penggunaan terma yang tidak jelas boleh menyebabkan salah faham dan boleh mengakibatkan konflik antara majikan dan pekerja baru. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan elakkan jargon teknikal. Jika perlu, sediakan juga dokumen tambahan atau sesi taklimat untuk menjelaskan isi kandungan surat tersebut kepada calon pekerja.
Bagi anda yang sedang mencari kerja, setelah menerima surat tawaran kerja, penting untuk anda membaca dan menyemak surat tersebut dengan teliti. Ini termasuk semua butiran yang dilampirkan pada setiap muka surat. Pada bahagian penyataan gaji, pastikan ia sama seperti yang telah dibincangkan semasa sesi temuduga. Semak juga faedah-faedah lain, tempoh percubaan, jawatan, dan klausa-klausa yang terdapat dalam surat tersebut.
Jika terdapat mana-mana bahagian dalam surat tersebut yang kurang jelas atau menimbulkan kekeliruan, sangat disarankan agar anda jangan teragak-agak untuk bertanya kepada pihak majikan. Adalah amat penting untuk anda memahami semua aspek tawaran sebelum membuat keputusan.
Secara kesimpulannya, surat tawaran kerja adalah dokumen penting yang merangkumi butiran dan maklumat terperinci mengenai syarat dan tanggungjawab kerja yang ditawarkan kepada calon. Dokumen ini juga berfungsi sebagai asas kontrak pekerjaan yang menggariskan tanggungjawab kedua-dua pihak dan memastikan bahawa kedua-dua majikan dan pekerja memahami hak mereka.
Selain itu, adalah penting bagi majikan dan pencari kerja untuk memastikan bahawa semua komunikasi adalah jelas dan tepat. Kejelasan dalam komunikasi memainkan peranan yang sangat penting untuk mengelakkan salah faham dan memastikan kedua-dua pihak mempunyai pemahaman yang sama mengenai terma pekerjaan.
Surat tawaran kerja juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan yang positif antara majikan dan pekerja. Dengan adanya surat tawaran yang berkesan, kedua-dua pihak boleh memulakan hubungan kerja dengan penuh keyakinan, seterusnya dapat membina asas untuk kerjasama yang positif.
1. Apakah itu surat tawaran kerja?
Surat rasmi yang menyatakan anda telah diterima sebagai pencari kerja di syarikat yang anda menghadiri sesi temuduga sebelumnya. Dokumen penting ini merangkumi butiran dan maklumat penting dengan tujuan untuk memastikan anda memahami atau menerima terma serta syarat sebelum mula bertugas.
2. Bagaimana cara untuk menerima tawaran kerja dengan betul?
Selepas anda baca dengan teliti surat tawaran kerja yang diberikan, sertakan tandatangan anda di ruangan yang disediakan tanda persetujuan dengan terma dan syarat. Pastikan anda semak segala butiran terlebih dahulu dan bertanya kepada pihak pengurusan sumber manusia jika berlaku sebarang kekeliruan. Jangan lupa untuk berterima kasih atas tawaran tersebut.
3. Apa yang perlu dilakukan jika ingin menolak tawaran kerja?
Untuk menolak tawaran kerja, mulakan dengan berterima kasih atas tawaran yang diberikan. Ianya boleh dilakukan melalui emel, nyatakan dengan rasa hormat bahawa anda menolak tawaran tersebut. Anda juga boleh berikan alasan secara ringkas jika perlu dan sampaikan harapan yang terbaik untuk syarikat di masa hadapan.