Apps cari kerja terbaik di Malaysia (2025)

Apps cari kerja terbaik di Malaysia (2025)
Jobstreet content teamupdated on 30 July, 2025
Share

Dalam era digital yang serba pantas ini, mencari kerja tidak lagi bergantung sepenuhnya pada surat khabar atau iklan di papan kenyataan. Sebaliknya, pelbagai aplikasi cari kerja kini tersedia di hujung jari, memudahkan pencari kerja mendapatkan peluang kerjaya dengan lebih pantas dan efektif. 

Kehadiran platform kerja online ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga meningkatkan kadar kejayaan dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan minat. 

Namun begitu, penting untuk pencari kerja menggunakan aplikasi yang dipercayai, mesra pengguna dan sentiasa dikemas kini dengan maklumat kerja terkini. Inilah sebabnya mengapa Jobstreet, yang bernaung di bawah SEEK Asia, menjadi pilihan utama ramai rakyat Malaysia dalam usaha membina kerjaya.

Apa itu SEEK Asia dan Jobstreet?

SEEK Asia adalah salah satu kumpulan platform kerjaya terbesar di Asia yang beroperasi di beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Hong Kong dan Thailand. SEEK Asia memberi tumpuan kepada penawaran pekerjaan berkualiti serta memadankan majikan dengan calon yang paling sesuai. 

Dalam konteks Malaysia, Jobstreet adalah jenama utama di bawah SEEK Asia yang telah membantu jutaan pencari kerja dan majikan sejak tahun 1997. Jobstreet bertindak sebagai penghubung antara pencari kerja dan ribuan majikan aktif di seluruh negara dan rantau Asia Tenggara. 

Dengan ciri padanan pintar dan pangkalan data yang meluas, ia memberikan kelebihan kepada pengguna untuk mencari pekerjaan yang benar-benar relevan dengan kemahiran serta pengalaman mereka.

Fungsi utama aplikasi Jobstreet

Jobstreet bukan sahaja berfungsi sebagai portal carian kerja, tetapi juga merupakan alat lengkap untuk mengurus dan memudahkan keseluruhan proses pencarian kerja.

Cari kerja ikut lokasi, industri dan tahap pengalaman

Di halaman utama aplikasi, pengguna boleh menggunakan fungsi carian untuk menapis pekerjaan mengikut lokasi seperti Kuala Lumpur, Johor atau Sabah serta memilih industri tertentu seperti IT, F&B dan Kejuruteraan.

Paparan skrin laman carian kerja Jobstreet menunjukkan hasil carian untuk

Bina dan simpan resume digital terus dalam aplikasi

Aplikasi ini membolehkan pengguna membina resume digital yang boleh digunakan secara automatik semasa memohon kerja. Resume ini juga boleh dikemas kini pada bila-bila masa.

Paparan halaman profil Jobstreet yang menunjukkan seksyen untuk memuat naik atau mencipta resume, bar kekuatan profil dan butang untuk menambah peranan terkini pengguna.

Notifikasi kerja terbaru yang padan dengan profil pengguna

Aplikasi ini menghantar notifikasi secara berkala berdasarkan profil dan sejarah permohonan kerja pengguna.

Tangkapan skrin notifikasi e-mel Jobstreet yang memaparkan cadangan kerja berdasarkan profil pengguna.

Ciri ‘Easy Apply’ untuk memohon kerja hanya dengan beberapa klik

Dengan hanya beberapa klik, pengguna boleh menghantar permohonan tanpa perlu mengisi borang yang panjang lebar setiap kali.

Halaman senarai kerja di Jobstreet yang memaparkan butiran jawatan Video Content Editor (Work From Home) di Brainy Entertainment PLT, Puchong, Selangor, termasuk gaji, jenis kerja dan pilihan untuk memohon.

Ikuti status permohonan kerja secara langsung

Pengguna boleh melihat sama ada permohonan mereka telah dibaca atau sedang dipertimbangkan oleh majikan.

Tab “Activity” di Jobstreet di bawah bahagian “Applied”, memaparkan mesej bahawa tiada permohonan kerja telah dihantar, dengan ikon beg bimbit berwarna merah jambu dan ungu.

Artikel kerjaya dan panduan temu duga percuma

Dalam bahagian Career Hub, pengguna boleh mengakses pelbagai artikel, video dan komuniti untuk meningkatkan kemahiran serta keyakinan diri.

Bahagian video nasihat kerjaya Jobstreet bertajuk “Expert Career Advice For Job Seekers”, memaparkan tiga thumbnail video tentang rundingan gaji, pertukaran kerja dan penilaian gaji, setiap satu dengan masa tayangan dan hos bergambar.

Kelebihan guna aplikasi Jobstreet

Menggunakan Jobstreet memberikan pelbagai kelebihan kepada pencari kerja, bukan sahaja dari segi kemudahan permohonan, tetapi juga dalam meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan berkualiti. Antara kelebihan utama termasuk:

1. Bernaung di bawah SEEK Asia

Jobstreet berada di bawah naungan SEEK Asia, iaitu syarikat teknologi sumber manusia yang dipercayai dan berpengaruh di seluruh Asia. Dengan reputasi yang kukuh dalam dunia kerjaya, Jobstreet menjamin keselamatan data pengguna, ketepatan maklumat kerja serta kualiti majikan yang disenaraikan.

2. Digunakan oleh ribuan syarikat terkemuka

Syarikat besar dan berprestij seperti Maybank, Petronas, Grab, Shopee dan banyak lagi secara aktif merekrut melalui platform ini. Hal ini menunjukkan bahawa Jobstreet bukan sahaja dipercayai oleh pencari kerja, tetapi juga oleh majikan ternama yang sentiasa mencari bakat terbaik.

3. Antaramuka mesra pengguna

Reka bentuk aplikasi yang moden dan mudah digunakan membolehkan pengguna daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang pendidikan menavigasi aplikasi dengan lancar. Tambahan pula, sokongan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadikan aplikasi ini lebih inklusif dan mudah diakses.

4. Kategori kerja yang luas

Jobstreet menawarkan peluang pekerjaan merentasi pelbagai kategori dan sektor. Pengguna boleh mencari kerja sepenuh masa, separuh masa, kerja kontrak, latihan industri, kerja sambilan hujung minggu dan kerja hibrid yang membolehkan keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya.

Ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pencari kerja dalam memilih pekerjaan yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

5. Ciri pemadanan pintar

Sistem Jobstreet menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk mencadangkan jawatan yang paling sesuai dengan latar belakang, kelayakan, minat dan sejarah permohonan pengguna.

Ini bermakna pencari kerja tidak perlu meneliti ratusan iklan kerja secara manual kerana pekerjaan yang relevan akan dipaparkan terus kepada mereka, sekali gus menjimatkan masa dan usaha.

6. Akses kepada komuniti dan sumber pembangunan kerjaya

Melalui bahagian Career Hub dalam aplikasi, pengguna boleh berinteraksi dengan komuniti profesional, mendapatkan nasihat kerjaya serta mengakses kursus dan sijil untuk meningkatkan kemahiran.

Ini menjadikan Jobstreet bukan sahaja platform mencari kerja, tetapi juga alat pembangunan kerjaya secara berterusan.

Jenis-jenis kerja yang boleh didapati di Jobstreet

Seorang barista muda sedang menyediakan kopi latte di sebuah kafe, tempat dia bekerja sambilan.

Sama ada seseorang itu baru memasuki pasaran kerja atau telah berpengalaman dalam kerjaya profesional, Jobstreet menawarkan akses kepada ribuan kekosongan jawatan yang dikemas kini setiap hari.

Fresh graduate dan intern

Bagi graduan baharu dan pelajar yang sedang mencari tempat untuk menjalani latihan industri, Jobstreet merupakan platform terbaik untuk bermula. Banyak syarikat ternama seperti Shopee, Top Glove, Maybank dan pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menawarkan program internship dan jawatan permulaan kepada golongan muda yang mencari kerja

Kerja sambilan

Bagi mereka yang mencari kerja sambilan, Jobstreet menawarkan pelbagai jawatan dalam industri runcit, restoran, makanan dan minuman (F&B), serta kerja-kerja bebas seperti pereka grafik, penulis kandungan dan pengendali media sosial.

Kerja profesional

Golongan profesional turut boleh mendapatkan pelbagai peluang dalam sektor seperti kejuruteraan, teknologi maklumat (IT), perakaunan, pemasaran digital, kewangan dan logistik. Banyak syarikat dalam dan luar negara yang aktif merekrut bakat berpengalaman melalui Jobstreet bagi memenuhi keperluan operasi mereka.

Kerja pengurusan dan eksekutif kanan

Bagi mereka yang telah lama dalam industri dan memiliki kemahiran kepimpinan, Jobstreet turut menyediakan peluang dalam kategori pengurusan tertinggi. Iklan jawatan ini kebiasaannya memerlukan pengalaman kerja yang kukuh serta kebolehan strategik dan kepimpinan yang tinggi.

Kerja berdasarkan lokasi dan bidang khusus

Jobstreet turut membenarkan pengguna mencari pekerjaan berdasarkan lokasi seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak, serta mengikut bidang khusus seperti perhotelan, pendidikan, kesihatan, pembinaan, perbankan dan banyak lagi.

Tips maksimumkan penggunaan aplikasi Jobstreet

Aplikasi ini bukan sekadar tempat untuk mencari kerja semata-mata, malah merupakan alat lengkap untuk membina kerjaya yang berjaya. Berikut adalah beberapa tips praktikal yang boleh diamalkan bagi meningkatkan peluang untuk dipanggil temu duga dan memperoleh kerja impian:

1. Lengkapkan profil dengan maklumat terkini

Majikan lebih cenderung untuk menghubungi calon yang mempunyai profil lengkap dan kelihatan profesional. Pastikan semua bahagian penting diisi dalam profil, termasuk maklumat pendidikan terkini, pengalaman kerja yang relevan, kemahiran teknikal, kemahiran insaniah (soft skills), serta pencapaian akademik atau profesional.

Tambahkan juga gambar profil yang kemas dan bersesuaian. Profil yang lengkap dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan majikan terhadap anda.

Paparan bahagian pendidikan dalam profil Jobstreet yang menunjukkan dua kelayakan akademik pengguna bersama maklumat tamat pengajian dan penglibatan dalam sekretariat pelajar.

2. Aktifkan notifikasi untuk kerja-kerja berkaitan

Salah satu kelebihan utama aplikasi ini adalah keupayaannya untuk menghantar pemberitahuan segera tentang kerja yang sepadan dengan minat dan kelayakan.

Mengaktifkan notifikasi membolehkan peluang pekerjaan baru dikenal pasti lebih awal, terutamanya yang sering dipenuhi dalam tempoh singkat. Ini memberikan kelebihan masa untuk membuat permohonan lebih awal berbanding calon lain.

3. Gunakan kata kunci yang betul semasa mencari

Menggunakan kata kunci yang spesifik dan relevan semasa mencari pekerjaan dapat meningkatkan ketepatan hasil carian. Sebagai contoh, bagi pencarian dalam bidang perakaunan, kata kunci seperti “kerani akaun” atau “akauntan junior” adalah lebih berkesan berbanding kata umum seperti “kerani”.

Tangkapan skrin halaman carian kerja Jobstreet yang memaparkan hasil carian untuk kata kunci “kerani akaun”.

4. Simpan kerja yang diminati dan mohon awal

Fungsi ‘Simpan’ membolehkan iklan kerja yang menarik disimpan untuk rujukan kemudian, sekali gus memudahkan pencarian tanpa perlu mencarinya semula. 

Sebaiknya, mohon secepat mungkin selepas kerja tersebut diiklankan kerana sesetengah majikan mula menapis permohonan lebih awal dan mungkin menutup iklan sebelum tarikh tutup rasmi.

Paparan terperinci bagi iklan kerja di Jobstreet untuk jawatan “Kerani AM” di Custovic Sdn Bhd, Port Klang, Selangor.

5. Kerap semak status permohonan dan ambil tindakan susulan

Selepas permohonan dihantar, perkembangan boleh dipantau melalui aplikasi dengan status seperti “Dilihat oleh Majikan” atau “Sedang Disemak” yang memberi petunjuk tentang langkah seterusnya.

Jika permohonan telah dilihat tetapi tiada maklum balas selepas beberapa minggu, inisiatif seperti menghantar mesej susulan secara profesional boleh diambil, bergantung pada ketersediaan maklumat majikan.

6. Tingkatkan kemahiran melalui Career Hub

Aplikasi Jobstreet menyediakan akses ke Career Hub, sebuah pusat pembangunan kerjaya yang lengkap dengan pelbagai sumber bermanfaat. Melalui platform ini, pengguna boleh menonton video pembelajaran, membaca artikel berkaitan kerjaya, menyertai komuniti profesional serta mengikuti kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang.

Beberapa kursus turut disertakan dengan sijil yang boleh dimasukkan ke dalam profil, sekali gus meningkatkan daya tarikan kepada bakal majikan. Peningkatan kemahiran ini bukan sahaja membantu dalam pencarian kerja, tetapi juga memberi kelebihan ketika temu duga dan semasa bekerja kelak.

Senarai aplikasi kerja oleh SEEK Asia

SEEK Asia ialah syarikat induk yang mengendalikan beberapa platform pencarian kerja di rantau Asia. Untuk pengguna di Malaysia, Jobstreet merupakan platform utama yang disesuaikan dengan keperluan tempatan.

Di negara lain, platform berbeza digunakan tetapi dengan fungsi yang hampir sama. Sebagai contoh, JobsDB yang digunakan di Hong Kong dan Thailand dan menawarkan pengalaman pengguna yang serupa dengan Jobstreet namun dioptimumkan mengikut budaya kerja dan pasaran tempatan.

Semua platform ini beroperasi di bawah satu ekosistem yang sama, dengan matlamat memadankan calon yang sesuai dengan majikan yang tepat di seluruh Asia.

Antaramuka yang mesra pengguna dan mudah difahami

Reka bentuk aplikasi direka untuk memastikan navigasi lancar walaupun kepada pengguna baharu. Proses carian kerja, pengisian profil dan permohonan kerja boleh dilakukan dalam beberapa langkah mudah.

Ciri carian kerja yang diperibadikan

Aplikasi-aplikasi ini menggunakan algoritma pintar untuk mencadangkan kerja berdasarkan maklumat dalam profil pengguna, membolehkan pencari kerja menjimatkan masa dan menerima cadangan kerja yang benar-benar relevan.

Sokongan resume digital dan kemaskini status permohonan secara langsung

Pencari kerja boleh membina dan mengemaskini resume terus dalam aplikasi, serta memohon kerja dengan hanya beberapa klik. Setiap permohonan juga boleh dipantau secara langsung dengan status seperti “Dilihat”, “Dipertimbangkan” atau “Diterima”. Ini membantu pengguna memahami tahap proses permohonan mereka dengan lebih jelas.

Akses kepada ribuan majikan aktif setiap hari

Dengan jaringan luas majikan dari pelbagai industri, pengguna kedua-dua aplikasi mempunyai peluang untuk berhubung dengan syarikat terkemuka di peringkat tempatan dan serantau. Ini termasuk syarikat multinasional, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta agensi kerajaan yang menggunakan platform ini untuk mencari bakat terbaik.

Mulakan langkah pertama ke arah kerjaya impian anda

Aplikasi cari kerja seperti Jobstreet memainkan peranan penting dalam memudahkan proses pencarian kerja di era digital. Dengan sokongan teknologi pintar, Jobstreet bukan sahaja menjimatkan masa, malah meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran dan minat individu.

Sama ada graduan baharu, profesional berpengalaman atau pencari kerja sambilan, Jobstreet merupakan platform komprehensif untuk merancang dan membina kerjaya yang lebih baik. Ia menyediakan pelbagai alat, sumber dan kemudahan yang menyokong perjalanan kerjaya dari peringkat permulaan hingga ke tahap yang lebih tinggi.

Soalan lazim

1. Adakah permohonan kerja melalui Jobstreet percuma?

Ya. Permohonan kerja melalui Jobstreet adalah 100% percuma untuk pencari kerja. Tiada bayaran dikenakan semasa pendaftaran atau semasa membuat permohonan kerja.

2. Bolehkah saya cari kerja di luar negara guna aplikasi ini?

Ya. Jobstreet membolehkan pengguna mencari kerja di negara lain seperti Singapura dan Filipina. Anda hanya perlu menukar lokasi carian di bahagian tetapan.

3. Bagaimana saya tahu jika majikan sudah lihat permohonan saya?

Aplikasi Jobstreet memaparkan status permohonan anda. Anda boleh melihat sama ada permohonan telah diterima, dibaca atau sedang diproses oleh majikan.

4. Adakah saya boleh mohon lebih daripada satu kerja serentak?

Ya. Anda digalakkan untuk memohon pelbagai kerja yang sesuai dengan minat dan kelayakan anda bagi meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.

More from this category: Finding the job for you

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
By providing your personal information, you agree to the Collection Notice and Privacy Policy. If you are under 18 years old, you must have parental consent for Jobstreet and affiliates to process your personal data. You can unsubscribe at any time.