Contoh resume bahasa inggeris yang profesional dan mudah diterima majikan

Contoh resume bahasa inggeris yang profesional dan mudah diterima majikan
Jobstreet content teamupdated on 09 September, 2025
Share

Resume dalam bahasa Inggeris sangat penting jika anda bercita-cita untuk bekerja di syarikat multinasional atau luar negara. Banyak syarikat antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, jadi resume anda perlu disediakan dengan tepat dan meyakinkan.

Resume yang jelas, ringkas, dan profesional bukan sahaja menarik perhatian majikan, malah boleh meningkatkan peluang anda dipanggil ke sesi temu duga. Selain menunjukkan kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris, resume ini juga memberi gambaran tentang tahap profesionalisme anda.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari contoh resume bahasa Inggeris yang lengkap, disusun secara profesional, serta beberapa tips mudah yang boleh membantu anda menghasilkan resume yang lebih berkesan dan relevan dengan jawatan yang dimohon.

Kenapa resume bahasa Inggeris penting

Ramai majikan antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam urusan harian dan komunikasi rasmi. Oleh itu, resume dalam bahasa Inggeris dianggap sebagai keperluan asas bagi mereka yang ingin bekerja di organisasi global.

Resume ini bukan sahaja menunjukkan bahawa anda fasih berbahasa Inggeris, tetapi juga menggambarkan keupayaan anda untuk berkomunikasi secara profesional dalam konteks antarabangsa.

Selain itu, resume dalam bahasa Inggeris meluaskan peluang anda untuk memohon kerja di dalam dan luar negara. Ia membuka pintu ke pasaran kerja yang lebih besar, termasuk syarikat multinasional yang berpangkalan di Malaysia atau di luar negara.

Resume yang ditulis dengan baik membantu anda bersaing dengan calon dari pelbagai latar belakang, sekali gus menunjukkan bahawa anda bersedia untuk persekitaran kerja yang lebih global dan kompetitif.

Struktur asas resume bahasa Inggeris

Sebelum anda mula menulis resume, sangat penting untuk memahami struktur asas yang biasa digunakan dalam resume profesional. Susunan yang betul bantu majikan menilai maklumat anda dengan pantas dan mudah. Resume yang tersusun menunjukkan anda seorang yang teratur, fokus dan faham apa yang majikan cari.

Secara umum, resume dalam bahasa Inggeris terdiri daripada bahagian berikut:

  • Contact Information: Sertakan nama penuh, nombor telefon yang boleh dihubungi, dan alamat e-mel profesional. Elakkan guna alamat e-mel yang tidak formal.

  • Professional Summary: Bahagian ini memberi gambaran ringkas tentang siapa anda, kemahiran utama, dan hala tuju kerjaya anda. Tulis dalam satu perenggan pendek dan tepat.

  • Work Experience: Senaraikan pengalaman kerja bermula dari yang paling terkini. Nyatakan nama syarikat, jawatan, tempoh bekerja, serta tanggungjawab dan pencapaian utama anda.

  • Education: Nyatakan tahap pendidikan tertinggi yang anda capai, termasuk nama institusi dan tahun tamat. Jika relevan, nyatakan subjek utama atau projek akhir anda.

  • Skills: Senaraikan kemahiran teknikal (seperti Microsoft Excel, coding, reka bentuk grafik) dan kemahiran insaniah (seperti komunikasi, pengurusan masa, kerja berpasukan).

  • Certifications and Awards: Masukkan sijil profesional, lesen, atau anugerah yang berkaitan dengan bidang kerja anda. Ini memberi nilai tambah dan menunjukkan usaha anda meningkatkan kemahiran.

  • References: Nyatakan individu yang boleh mengesahkan pengalaman kerja anda. Pastikan anda mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum menyenaraikan mereka. Anda juga boleh menulis: "References available upon request."

Contoh resume bahasa Inggeris yang profesional

Berikut ialah contoh resume yang ringkas tetapi tersusun kemas, dan sesuai dijadikan rujukan untuk permohonan kerja di syarikat antarabangsa. Anda boleh ubah suai mengikut latar belakang dan bidang kerja anda sendiri.

John Tan
Phone: +60 12-345 6789
Email: [email protected]
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
LinkedIn: linkedin.com/in/johntan (jika ada)

Professional Summary
Dedicated marketing executive with over 5 years of experience in digital campaigns, social media strategy, and brand development. Skilled in managing cross-functional teams and delivering data-driven results to boost online presence and customer engagement.

Work Experience
Marketing Executive, XYZ Company, Kuala Lumpur | Jan 2020 – Present

  • Developed and implemented digital marketing strategies, increasing website traffic and online engagement by 30%.

  • Managed brand partnerships, collaborated with influencers, and organised nationwide promotional campaigns.

  • Conducted market research to support campaign planning and improve targeting accuracy.

  • Coordinated with design and content teams to ensure brand consistency across channels.

Education
Bachelor’s Degree in Marketing, University of Malaya | Graduated: 2019

  • Final year project: Consumer Behaviour in Digital Advertising

  • Dean’s List Award (2017, 2018)

Skills
Digital marketing, SEO, content creation, project management, data analysis, campaign optimisation

Certifications
Google Ads Certification (2023)
HubSpot Content Marketing Certification (2022)

References
Mohd Syed Bin Haikal
Marketing Director, XYZ Company
Email: [email protected]
Phone: +60 12-456 7890

Nur Aisyah Lim
Lecturer, Faculty of Business, University of Malaya
Email: [email protected]
Phone: +60 13-987 6543

Seorang yang berlengan panjang hitam menyerahkan resume kerjanya kepada penemuduga.

Tips menulis resume bahasa Inggeris yang menarik

Resume yang menarik bukan sahaja kemas dari segi reka bentuk, malah jelas dalam penyampaian maklumat. Dalam ratusan permohonan yang diterima, resume anda perlu menonjol dan meninggalkan kesan positif kepada majikan.

Berikut beberapa tips mudah tetapi sangat berkesan untuk membantu anda menulis resume dalam bahasa Inggeris yang meyakinkan:

1. Gunakan bahasa mudah dan profesional

Resume bahasa Inggeris yang berkesan harus menggunakan bahasa yang jelas, mudah difahami, dan profesional. Elakkan penggunaan jargon atau ayat yang terlalu teknikal melainkan benar-benar relevan dengan industri. Pilih kata kerja aktif seperti achievedleddeveloped atau improved untuk menyerlahkan sumbangan anda secara langsung.

2. Pastikan tiada kesalahan tatabahasa atau ejaan

Satu kesalahan kecil dalam ejaan atau struktur ayat boleh memberi tanggapan bahawa anda kurang teliti. Gunakan alat semakan seperti Grammarly atau minta rakan semak semula resume anda sebelum dihantar. Resume yang bebas daripada kesilapan menunjukkan tahap profesionalisme dan perhatian terhadap perincian.

3. Gunakan bullet points untuk senaraikan pencapaian

Elakkan menulis dalam bentuk perenggan panjang yang sukar dibaca. Gunakan bullet points untuk menyenaraikan pencapaian atau tanggungjawab di tempat kerja terdahulu. Ini membantu majikan mengimbas kandungan dengan mudah dan mengenal pasti kekuatan anda dengan cepat.

4. Fokus pada pencapaian berbanding hanya tugas

Daripada hanya menyenaraikan tugas seperti “handled customer calls”, nyatakan pencapaian yang memberi kesan. Contohnya: “Resolved 95% of customer issues within first call, improving satisfaction rate.” Penekanan pada hasil sebenar menunjukkan anda bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi juga memberikan nilai.

Kesalahan biasa dalam resume bahasa Inggeris

Ramai pencari kerja sedar bahawa resume bahasa Inggeris penting, tetapi masih ramai yang terlepas pandang beberapa kesalahan asas. Kesilapan kecil ini boleh menjejaskan persepsi majikan terhadap profesionalisme anda, walaupun anda sebenarnya calon yang berkualiti.

Berikut ialah antara kesalahan yang paling kerap berlaku dan perlu dielakkan:

  • Menggunakan ayat yang terlalu panjang dan kompleks: Resume bukan tempat untuk menulis esei. Ayat yang terlalu panjang boleh menyebabkan maklumat utama tenggelam dan sukar difahami. Gunakan ayat yang ringkas dan terus kepada maksud.

  • Menterjemah secara langsung daripada bahasa lain tanpa semakan: Terjemahan literal daripada bahasa Melayu boleh menyebabkan struktur ayat menjadi janggal dalam bahasa Inggeris. Pastikan setiap ayat ditulis semula mengikut gaya bahasa Inggeris yang semula jadi.

  • Tidak menyesuaikan kandungan dengan jawatan yang dimohon: Resume generik yang sama untuk semua permohonan biasanya kurang berkesan. Anda perlu ubah suai kandungan mengikut keperluan setiap jawatan agar lebih relevan dan tepat.

  • Tidak menyusun maklumat mengikut keutamaan: Maklumat penting seperti pengalaman kerja dan kemahiran utama harus berada di bahagian atas atau awal resume. Jika diletakkan terlalu bawah, ia boleh terlepas pandang oleh majikan. Resume perlu susun ikut kepentingan.

Contoh resume bahasa Inggeris yang direka secara profesional dengan susun atur kemas dan mudah dibaca.

Bina resume bahasa Inggeris yang buat majikan terus tertarik

Resume bahasa Inggeris yang disusun dengan kemas dan relevan boleh membantu anda menonjol di mata majikan. Ia menunjukkan bukan sahaja kemahiran anda, tetapi juga tahap profesionalisme dan kesediaan untuk bekerja dalam persekitaran global.

Pastikan format resume jelas, isi kandungan padat, dan setiap maklumat disesuaikan dengan jawatan yang dimohon. Resume yang baik boleh meningkatkan peluang anda dipanggil temu duga dan membuka lebih banyak peluang kerja di peringkat antarabangsa.

Soalan lazim

1. Adakah semua permohonan kerja perlu menggunakan resume bahasa Inggeris?

Tidak semestinya. Jika anda memohon kerja di syarikat tempatan, resume dalam bahasa Melayu juga boleh digunakan. Namun, bagi syarikat multinasional atau luar negara, resume dalam bahasa Inggeris sangat digalakkan kerana lebih selari dengan keperluan mereka.

2. Bagaimana cara semak tatabahasa resume bahasa Inggeris?

Gunakan perisian seperti Grammarly atau Microsoft Word Editor untuk semak kesalahan. Anda juga boleh minta bantuan rakan yang fasih dalam bahasa Inggeris untuk menyemak semula resume anda. Pastikan ayat jelas, tepat dan mudah difahami agar tidak timbul kekeliruan kepada pembaca.

3.  Apakah panjang resume bahasa Inggeris yang ideal?

Resume bahasa Inggeris yang berkesan biasanya antara satu hingga dua muka surat sahaja. Pastikan isi padat dan fokus kepada maklumat yang relevan dengan jawatan yang dimohon. Elakkan maklumat yang berulang atau tidak berkaitan agar resume mudah dibaca dan difahami.

4. Bolehkah saya guna satu resume bahasa Inggeris untuk semua permohonan?

Tidak digalakkan. Setiap jawatan memerlukan fokus yang berbeza. Sesuaikan resume mengikut peranan dan syarikat yang anda mohon. Ini menunjukkan bahawa anda benar-benar berminat dan memahami keperluan majikan tersebut.

More from this category: Resumes

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
By providing your personal information, you agree to the Collection Notice and Privacy Policy. If you are under 18 years old, you must have parental consent for Jobstreet and affiliates to process your personal data. You can unsubscribe at any time.