Resume adalah dokumen penting dalam permohonan kerja, ibarat tanggapan pertama majikan terhadap anda. Resume yang baik memudahkan majikan memilih calon yang sesuai. Oleh itu, penstrukturan resume yang betul sangat penting untuk membantu anda mendapatkan peluang temuduga pertama.
Bagi yang tiada pengalaman kerja, penyediaan resume mungkin mencabar. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang komponen penting dan struktur resume. Kami juga akan menyediakan contoh praktikal dan tips yang membantu graduan baru, terutama lepasan SPM yang tiada pengalaman kerja,untuk memahami kepentingan resume.
Resume atau résume adalah terma yang berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud “ringkasan”. Ia membawa maksud ringkasan diri pemohon secara formal dan profesional yang mengandungi butiran-butiran pemohon termasuk latar belakang pendidikan, kemahiran, pengalaman kerja yang lepas (jika ada) dan pencapaian yang berkenaan.
Kenapa lepasan SPM perlu ada resume yang lengkap dan profesional? Resume yang baik dapat membantu anda menghubungkan pencapaian sepanjang persekolahan dengan matlamat masa depan anda terutamanya untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Resume memainkan peranan penting sebagai tanggapan pertama majikan terhadap diri anda. Resume yang baik boleh membantu anda mendapat panggilan temuduga daripada majikan berpotensi. Penting untuk anda menunjukkan dan menekankan kemahiran serta pencapaian yang sesuai dengan pekerjaan dan jawatan yang dipohon apabila ada jawatan kosong.
Oleh kerana resume adalah dokumen ringkas tentang diri anda beserta pencapaian dan pengalaman anda dalam sesuatu perkara, ia bukan hanya berguna untuk permohonan pekerjaan sepenuh masa atau pekerjaan sambilan. Resume juga boleh digunakan untuk memohon biasiswa, latihan industri, dan peluang lain.
Kebanyakan lepasan SPM tidak mempunyai pengalaman kerja yang luas. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil kira tentang perkara dan maklumat yang dimuatkan dalam resume dan bagaimana ia disenaraikan. Ini bagi memastikan resume tersebut efektif dan dapat memberikan kesan yang positif untuk anda capai matlamat kerjaya. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam penyediaan resume sebagai graduan SPM.
Untuk memastikan resume anda memberi kesan positif dalam permohonan pekerjaan, penting untuk memberi perhatian kepada butiran yang disenaraikan dan memastikan maklumat tersebut tepat. Elakkan butiran yang tidak berkaitan supaya resume anda lebih kemas dan padat.
Nada yang digunakan juga penting dalam penyediaan resume. Pastikan nada dan format resume formal untuk memberikan gambaran positif tentang tahap profesionalisme anda kepada bakal majikan. Kekalkan nada profesional sepanjang penulisan resume dan gunakan format resume yang tersusun dan mudah dibaca.
Tonjolkan pengalaman yang relevan dengan setiap peluang pekerjaan. Senaraikan pengalaman yang sesuai dengan pekerjaan dan jawatan yang dipohon. Tekankan pengalaman dan kemahiran yang paling relevan dengan jawatan tersebut.
Penyediaan resume sebagai lepasan SPM yang tiada pengalaman kerja yang lepas atau tiada pengalaman kerja yang luas mungkin menggerunkan anda. Namuni, dengan struktur dan isi kandungan yang betul, anda masih boleh membuatkan resume anda menjadi eye-catching kepada pihak bakal majikan. Kunci utamanya adalah untuk anda menunjukkan kebolehan dan tekankan kepakaran anda dalam sesuatu perkara yang berkaitan.
Anda boleh rujuk contoh resume dibawah untuk lepasan SPM yang mempunyai kurang dan tiada pengalaman kerja yang lepas. Tekankan kekuatan dan kepakaran anda dalam pelbagai bidang diluar pengalaman kerja, seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan masa dan boleh bekerja secara berkumpulan dengan yang baik.
Ketika anda sedang menunggu keputusan SPM atau telah menerima keputusan SPM dan ingin mencari pengalaman bekerja sebelum melangkah ke alam universiti, anda boleh memulakan langkah anda dengan bekerja secara sambilan di mana-mana organisasi. Sebagai contoh, anda ingin memohon pekerjaan sambilan di bidang retail. Rujuk contoh resume pelajar lepasan SPM dibawah jika anda berminat untuk memohon pekerjaan sambilan di bidang peruncitanl.
Munirah binti Hamid
Maklumat peribadi
ABC Apartment, Jalan Semut, 47000 Subang Jaya, Selangor
012-3456789
Objektif
Mengembangkan pengalaman dalam bidang retail yang dinamik dan memberi sumbangan kepada pertumbuhan organisasi dengan kemahiran sedia ada seperti kemahiran berkomunikasi dengan baik dan bekerja berkumpulan secara efektif.
Pendidikan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenanga
2019 - 2023
Pengalaman Bekerja
Pembantu Jualan, Butik HLA, Subang Jaya
Disember 2020 - Mac 2021
Kemahiran
[Tambah kemahiran yang berkaitan, jika ada]
Aktiviti Kokurikulum
Pengerusi Kelab Persatuan Bahasa
Pembantu Pengerusi Unit Beruniform Briged Bakti
Bendahari Kelab Ping Pong
[Tambah aktiviti kokurikulum yang berkaitan, jika ada]
Anugerah dan Penghargaan
[Tambah anugerah dan penghargaan yang berkaitan, jika ada]
Rujukan
Disediakan atas permintaan.
Sesetengah pelajar lebih memilih untuk memohon latihan industri selepas tamat SPM dan ingin menceburi dalam bidang pengurusan. Kebanyakan organisasi tidak mengambil pelajar lepasan SPM sebagai pekerja sepenuh masa, dan bidang pengurusan biasanya tidak mengambil pekerja separuh masa.
Namun begitu, terdapat organisasi yang menawarkan peluang kepada anak muda untuk terlibat dalam bidang pengurusan melalui latihan industri. Latihan ini biasanya berlangsung dalam jangka masa yang pendek. Jika anda berminat untuk menjalani latihan industri dalam bidang perhotelan, rujuk contoh resume lengkap lepasan SPM di bawah.
Amin bin Abdullah
Maklumat peribadi
Lot 20, Jalan Sultan, 49800 Ampang, Selangor
012-3456789
[email protected]
Objektif
Graduan baharu yang bermotivasi tinggi dan seorang yang perhatian kepada perincian berminat untuk mengembangkan dan menyumbangkan kepakaran sedia ada ke arah bidang perhotelan. Berdedikasi tinggi dan sentiasa mencari peluang untuk mempelajari kemahiran dan pengalaman baharu.
Pendidikan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Jaya
2009 - 2013
Pengalaman
Sukarelawan, Perpustakaan Komuniti Ampang Jaya
Mac 2011 - Sekarang
[Tambah kemahiran yang berkaitan, jika ada]
Aktiviti Kokurikulum
Pengerusi Kelab Komputer
Pengerusi Unit Beruniform Bomba
Setiausaha Kelab Badminton
[Tambah aktiviti kokurikulum yang berkaitan, jika ada]
Anugerah dan Penghargaan
[Tambah anugerah dan penghargaan yang berkaitan, jika ada]
Rujukan
Puan Hasniza binti Harun
Pengurus Perpustakaan Komuniti Ampang Jaya
012-9876543
[email protected]
Encik Ali bin Abu Bakar
Penasihat Kelab Komputer, SMK Ampang Jaya
[email protected]
019-2345678
Jika ingin memohon biasiswa, anda juga perlu sediakan resume. Kebiasaannya, pelajar-pelajar pelajar akan memohon biasiswa apabila ingin menyambung pengajian tinggi ke universiti swasta atau universiti luar negara.
Resume untuk mohon biasiswa bagi pelajar lepasan SPM adalah sama seperti resume untuk permohonan kerja. Perbezaanya adalah permohonan biasiswa perlulah fokus dengan maklumat diri yang bersesuaian dengan tujuan permohonan biasiswa tersebut.
Contoh, butiran dan maklumat yang perlu ada dalam resume permohonan biasiswa adalah jumlah gred terkumpul yang anda peroleh sepanjang pengajian dan setiap peperiksaan tahunan atau setiap semester. Selain itu, sertakan juga pengalaman anda dalam bidang yang dipohon. Rujuk contoh resume terbaik lepasan SPM di bawah jika anda ingin memohon biasiswa.
Siti binti Abu
Maklumat peribadi
No 4, Jalan Bola Jaring, Seksyen 13, 45000 Shah Alam, Selangor
012-3456789
[email protected]
www.sitiportfolio.com
Objektif
Graduan baharu yang sangat berdedikasi dan kreatif serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penyuntingan dan penerbitan. Seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyuntingan dan bermotivasi tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang ini untuk meningkatkan lagi potensi diri dan meluaskan lagi ilmu dalam bidang ini.
Pendidikan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 13
2015 - 2020
5A+ 3A 1A-
Pengalaman
Ketua Penyunting Majalah, SMK Seksyen 13
Januari 2020 - Oktober 2020
Penyunting Majalah, SMK Seksyen 13
Januari 2019 - Januari 2020
Kemahiran
[Tambah kemahiran yang berkaitan, jika ada]
Aktiviti Kokurikulum
Pengerusi Kelab Persatuan Fotografi
Bendahari Badan Beruniform Persatuan Pandu Puteri
[Tambah aktiviti kokurikulum yang berkaitan, jika ada]
Anugerah dan Penghargaan
[Tambah anugerah dan penghargaan yang berkaitan, jika ada]
Rujukan
Puan Noriah binti Kasim
Penasihat Kumpulan Majalah, SMK Seksyen 13
012-9876543
[email protected]
Juga: 6 Contoh Cover Letter Dalam Bahasa Melayu Untuk Fresh Graduate
Ingin tahu bagaimana memohon kerja sukarelawan tanpa pengalaman bekerja? Jika ada pembukaan kerja kosong yang berkaitan dengan sukarelawan yang anda minat, ketahui cara-cara mendapat jawatan ini.
Langkah pertama yang anda boleh lakukan adalah mencari maklumat tentang organisasi yang anda minati dan bersesuaian. Seterusnya, tekankan kekuatan yang anda boleh sumbang kepada organisasi. Jadi, bagaimana cara menyediakan resume yang dapat membantu anda mendapat kerja sukarelawan yang anda minati?
Anda boleh merujuk contoh resume lepasan SPM ini, yang menunjukkan pemohon tanpa pengalaman kerja tetapi ingin menjadi sukarelawan di sebuah organisasi yang menyediakan kelas tarian percuma untuk kanak-kanak kurang berkemampuan.
Alif Shafiq bin Daud
Maklumat peribadi
2-2-3, Rembulan Apartment, 75100 Bayan Lepas, Pulau Pinang
012-3456789
[email protected]
Objektif
Mempunyai minat yang mendalam dalam seni tari tradisional dan tarian kontemporari. Berdedikasi untuk membantu serta mengajar kanak-kanak yang kurang berkemampuan mengembangkan bakat mereka dalam bidang tarian. Untuk menyumbang bakat sedia ada bagi membantu organisasi lebih berkembang selari dengan misi dan visi serta mengangkat nama organisasi agar lebih dikenali ramai.
Pendidikan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas
2009 - 2013
Kemahiran
Kemahiran berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia sebagai pemula.
Mahir menggunakan Microsoft Office termasuk Word, Excel, PowerPoint.
[Tambah kemahiran yang berkaitan, jika ada]
Aktiviti Kokurikulum
Pengerusi Kelab Persatuan Tarian Tradisional
[Tambah aktiviti kokurikulum yang berkaitan, jika ada]
Anugerah dan Penghargaan
[Tambah anugerah dan penghargaan yang berkaitan, jika ada]
Rujukan
Disediakan atas permintaan.
Terdapat beberapa perkara yang mungkin terlepas pandang tapi boleh mengakibatkan permohonan kerja anda ditolak. Berikut adalah antara kesalahan-kesalahan lazim:
Kesimpulannya, resume adalah dokumen utama dan penting yang anda perlu ada kerana ianya boleh digunakan hampir dalam setiap perkara yang memerlukan pengenalan diri anda. Struktur yang betul memainkan peranan penting dalam keberkesanan permohonan yang dibuat.
Pastikan anda sentiasa mengemaskini resume seiring dengan pengalaman dan elakkan daripada membuat resume dengan ala kadar sebab ianya boleh menjejaskan permohonan anda. Anda juga harus tahu apa yang perlu dan tidak perlu dimuatkan dalam resume untuk memastikan resume tersebut adalah yang terbaik untuk anda gunakan dan dapat membantu anda berjaya mencapai matlamat kerjaya anda.