Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam English

Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam English
Jobstreet content teamupdated on 02 September, 2024
Share

Mengambil keputusan untuk meninggalkan pekerjaan adalah langkah besar yang memerlukan komunikasi rasmi. Hanya memberitahu secara lisan tidak mencukupi. Anda perlu menyediakan surat berhenti kerja sebagai notis bertulis rasmi, selaras dengan tempoh yang dinyatakan dalam kontrak anda.

Menulis surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris adalah sangat penting, terutamanya jika syarikat atau majikan anda menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi utama.

Teruskan membaca untuk mengetahui panduan dan format yang betul untuk menulis surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris. Anda juga boleh menggunakan contoh-contoh yang disertakan dalam artikel ini untuk menulis surat berhenti kerja yang profesional.

Kepentingan surat berhenti kerja

Format surat berhenti kerja dalam English

Contoh dan panduan surat berhenti kerja dalam English

Tips menulis surat berhenti kerja

Kesimpulan

Soalan lazim (FAQ) mengenai surat berhenti kerja dalam English di Malaysia

Kepentingan surat berhenti kerja

Surat berhenti kerja bukan hanya sekadar formaliti. Ia merupakan cara profesional untuk memaklumkan majikan mengenai keputusan anda untuk berhenti kerja. Surat berhenti kerja yang ditulis dengan berkesan akan membantu menjaga hubungan baik dengan majikan, yang mungkin berguna untuk rujukan di masa hadapan.

Surat ini juga memastikan transisi yang lancar dan memberi waktu kepada majikan untuk bersedia dan mencari pengganti. Yang paling penting, surat berhenti kerja yang ditulis dengan baik mencerminkan etika kerja serta komitmen anda dan mengekalkan profesionalisme dalam urusan kerja.

Format surat berhenti kerja dalam English

Setiap surat mempunyai format khusus yang perlu diikut. Berikut adalah panduan untuk menulis surat berhenti kerja dalam English secara formal:

Setiap surat mempunyai format khusus yang perlu diikut. Berikut adalah panduan untuk menulis surat berhenti kerja dalam English secara formal:

  1. Kepala surat biasanya mengandungi:
    - ⁠Nama dan alamat pekerja
    - ⁠Tarikh
    - ⁠Nama dan alamat majikan
  2. Pengenalan surat merangkumi:
    - ⁠Salam pembuka
    ⁠- Tajuk surat
    ⁠- Pernyataan mengenai tujuan untuk berhenti kerja
  3. Badan surat biasanya mengandungi penerangan yang jelas seperti:
    - Tarikh berhenti yang dijangka
    ⁠- Sebab-sebab berhenti kerja
    ⁠- Ucapan terima kasih atas peluang yang diberikan sepanjang tempoh pekerjaan
  4. Penutup
    ⁠Di akhir surat anda perlu nyatakan kesediaan untuk membantu dalam proses transisi.
  5. Penutup surat
    ⁠Salam penutup
    ⁠Tandatangan dan nama penuh
  6. Lampiran (jika ada)
    ⁠Sertakan sebarang dokumen atau maklumat tambahan yang berkaitan dengan pengunduran diri anda jika diperlukan, seperti surat doktor untuk masalah kesihatan atau surat tawaran belajar dari universiti.

Contoh dan panduan surat berhenti kerja dalam English

Seorang individu sedang bekerja menggunakan komputer riba.

Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti untuk menulis surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris secara formal. Gunakan contoh-contoh yang diberikan di bawah dan ubah suai mengikut situasi anda.

1. Surat berhenti kerja notis sebulan dalam english

Memberikan notis sebulan adalah standard dalam pelbagai syarikat. Ia penting untuk memberi masa kepada majikan untuk menstrukturkan semula pelan kerja atau mencari pengganti untuk jawatan anda.

Contoh surat:

Rahilah Binti Fuad
⁠No. 21, Jalan Penchala, 50450 Kuala Lumpur
⁠012-xxxxxxx
[email protected]

1 July 2024

Encik Ikram bin Ishaq
⁠HR Manager
⁠XYZ Company Sdn Bhd
⁠No. 32, Jalan Sambanthan, 50400 Kuala Lumpur

Subject: One Month Resignation Notice

Dear Encik Ikram,

I am writing to formally resign from my position as Marketing Executive at XYZ Company Sdn Bhd, effective one month from today, on 1 August 2024. This decision has not been easy and comes after considerable thought and reflection.

During my time at the company, I have had the privilege of working alongside some of the most talented professionals in the industry. The experiences and knowledge I have gained here are invaluable, and I am deeply grateful for the opportunities that have been provided to me. I am particularly thankful for the trust placed in me to lead brand campaigns for our esteemed clients, which has been a highlight of my career.

Under my employment contract, I will ensure a smooth transition over the next month. I am committed to completing my current projects and will make every effort to train my successor and transfer my responsibilities efficiently. Please let me know how I can further assist in this transition to make it as seamless as possible.

I would like to extend my sincere thanks for the support and encouragement I have received during my tenure at XYZ Company Sdn Bhd. I look forward to staying in touch and wish the company continued success in the future.

Sincerely,

[Your Signature]
⁠Rahilah Binti Fuad

2. Surat berhenti kerja 24 jam dalam english

Dalam situasi tertentu, pekerja mungkin terpaksa memberikan notis 24-jam kerana kecemasan atau alasan peribadi yang mendesak. Oleh itu, penting untuk menyediakan alasan yang kukuh dan menunjukkan kesediaan membantu dalam proses peralihan, walaupun dalam keadaan tergesa-gesa.

Perlu diingat, pekerja yang berhenti dengan notis 24-jam mungkin perlu membayar pampasan mengikut kontrak pekerjaan mereka kerana tidak memenuhi tempoh notis. Jadi, pastikan anda memahami implikasi tindakan ini dan bersedia dengan segala kemungkinan. Gunakan contoh surat di bawah untuk menguruskan pemberhentian kerja dengan notis 24-jam dengan lebih baik.

Contoh surat:

Tan Mei Yuen
⁠No. 1, Jalan Adams 2/3, 10200.Lebuh Penang, Pulau Pinang
⁠014-xxxxxxx
[email protected]

1 July 2024

Puan Norlia Binti Suhaimi
⁠HR Manager
⁠XYZ Company Sdn Bhd
⁠No 15, Jalan Perusahaan Jeli 1, 11600 George Town, Pulau Pinang

Subject: Immediate Resignation Notice

Dear Puan Norlia,

I am writing to inform you of my immediate resignation from my position as Regional Finance Manager at XYZ Company Sdn Bhd, effective today, 2 July 2024. This sudden decision is due to urgent personal circumstances that require my immediate attention and prevent me from fulfilling the standard notice period.

I sincerely apologise for any inconvenience this may cause and understand the impact that such short notice may have on the team and the organisation. It is not my intention to disrupt operations, and I am willing to assist in any way possible to mitigate the impact of my sudden departure.

Please let me know how I can help during this transitional period, whether through remote assistance or by guiding my successor. Working at XYZ Company Sdn Bhd has been a rewarding experience, and I am grateful for the opportunities to grow professionally and personally.

I deeply appreciate the support and encouragement provided by you and my colleagues during my tenure. Thank you for your understanding and support in this matter. I hope to stay in touch and wish XYZ Company Sdn Bhd continued success in the future.

Sincerely,

[Your Signature]
⁠Tan Mei Yuen

3. Surat rasmi berhenti kerja standard dalam english

Menulis surat rasmi berhenti kerja adalah penting untuk memastikan semua aspek formaliti dan profesionalisme dipatuhi. Surat ini harus ditulis dalam bahasa yang formal, jelas, dan sopan.

Contoh Surat:

Dinesh A/L Sundar
⁠No. 3, Jalan Arus Baru, 40720 Shah Alam
⁠014-xxxxxxx
[email protected]

1 July 2024

Puan Khadijah Binti Mustafa
⁠HR Manager
⁠XYZ Company Sdn Bhd
⁠No. 16, Jalan Budiman ,40720 Shah Alam

Subject: Formal Resignation

Dear Puan Khadijah,

I am writing to formally tender my resignation from my position as Interior Designer at XYZ Company Sdn Bhd, effective 1 August 2024. After much consideration, I have decided to pursue a new opportunity that aligns more closely with my career goals and personal aspirations. My time at XYZ Company Sdn Bhd has been marked by professional growth and valuable experiences.

I have had the privilege of working on a variety of projects that have not only enhanced my skills but also contributed significantly to the company’s objectives. The collaborative environment and the support from my colleagues and management have made my tenure here truly rewarding.

To ensure a smooth transition, I will work diligently this month to complete my current tasks and assist in any way possible to train a replacement. Please let me know how I can further facilitate this process.

I am grateful for the opportunities provided to me during my time at XYZ Company Sdn Bhd. I have learned a great deal and have enjoyed being part of such a dedicated and talented team. I look forward to staying in touch and hope our paths cross again in the future.

Sincerely,

[Your Signature]
⁠Dinesh A/L Sundar

4. Surat berhenti kerja 2 minggu dalam english

Memberikan notis dua minggu adalah amalan biasa dan munasabah yang membolehkan majikan mempunyai masa yang mencukupi untuk mencari pengganti sementara atau merancang peralihan kerja dengan lebih baik.

Notis dua minggu ini adalah sesuai kerana ia tidak terlalu lama untuk pekerja dan tidak terlalu singkat untuk majikan, menjadikannya pilihan yang adil bagi kedua-dua pihak.

Contoh Surat:

Aris Bin Junaidi
⁠No. 78, Jalan Sungai Desa, 46780 Petaling Jaya
⁠016-xxxxxxx
[email protected]

1 July 2024

Encik Prashant Kumar
⁠HR Manager
⁠XYZ Company Sdn Bhd
⁠No. 32, Kelana 5, 46782 Petaling Jaya

Subject: Two Weeks Resignation Notice

Dear Encik Prashant,

Please accept this letter as my formal resignation from my position as Research and Development Executive at XYZ Company Sdn Bhd, effective two weeks from today, on 14 July 2024. This decision has been a difficult one for me, as I have enjoyed working at XYZ Company Sdn Bhd and am grateful for the support and opportunities I have received.

During my tenure here, I have had the chance to develop my skills and contribute to significant projects, such as leading product research for new products. The experience and knowledge I have gained here have been invaluable, and I am deeply appreciative of the trust and confidence you have placed in me.

In the coming two weeks, I am committed to ensuring a smooth transition. I will complete my current projects and assist in training my successor. Please let me know if there are any specific tasks or areas where I can be of assistance during this period.

Thank you once again for the support and guidance you have provided throughout my employment. I look forward to maintaining our professional relationship and wish the company continued success.

Sincerely,

[Your Signature]
⁠Aris Bin Junaidi

5. Surat berhenti kerja sebab sambung belajar dalam English

Seorang wanita sedang menaip di komputer riba.

Berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran adalah alasan yang positif. Dalam surat berhenti kerja ini, adalah penting untuk menyatakan alasan anda dengan jelas serta menunjukkan rasa hormat dan berterima kasih atas peluang yang telah diberikan oleh majikan.

Ini dapat membantu mengekalkan hubungan baik dengan majikan, yang mungkin bermanfaat pada masa depan, terutama jika anda bercadang untuk kembali bekerja di syarikat yang sama selepas menamatkan pengajian.

Contoh Surat:

Nurul Hana Binti Harun
⁠No. 55, Jalan Jaya Mas, 79250 Nusa Jaya, Johor
⁠012-xxxxxxx
[email protected]

1 July 2024

Puan Wong Jia Yi
⁠HR Manager
⁠XYZ Company Sdn Bhd
⁠No. 7, JalanNusa 5, 79200 Nusa Jaya, Johor

Subject: Resignation Notice for Further Studies

Dear Puan Wong,

I am writing to inform you of my decision to resign from my role as Junior Program Manager at XYZ Company Sdn Bhd, effective 1 August 2024, due to my pursuit of further education. I have recently been accepted into the University of Malaya to pursue a bachelor’s degree, and after careful consideration, I have decided to focus on my studies, which necessitates leaving my position at the company.

This decision was not easy, as my time at XYZ Company Sdn Bhd has been professionally and personally fulfilling. The skills and experiences I have gained here, particularly in handling various events and programs, have significantly contributed to my career development and prepared me for this next chapter in my life.

I am committed to ensuring a seamless transition over the next month. I will complete all current projects and assist in training my replacement to ensure that my resignation does not affect ongoing operations. Please let me know if there are specific tasks or areas where I can be of assistance during this period.

I want to express my deepest gratitude for the opportunities and support provided during my tenure here. Thank you again for your understanding and support. I am confident that XYZ Company Sdn Bhd will continue to thrive, and I wish you and the team all the best for the future.

Sincerely,

[Your Signature]
⁠Nurul Hana Binti Harun

Tips menulis surat berhenti kerja

Seorang wanita menggunakan tablet untuk bekerja sambil duduk di meja

Berikut adalah beberapa tips penting untuk menulis surat berhenti kerja:

  1. Menjaga profesionalisme: Pastikan surat anda ditulis dengan nada yang profesional dan penuh hormat. Ini akan menunjukkan sikap matang dan / bertanggungjawab terhadap keputusan anda.
  2. Ringkas dan jelas: Nyatakan niat anda untuk berhenti kerja dengan jelas dan ringkas. Elakkan menulis perenggan yang terlalu panjang dan terus kepada tujuan utama surat tersebut.
  • Memberikan notis awal: Berikan notis yang mencukupi seperti yang dinyatakan dalam kontrak kerja anda. Ini akan memberi masa kepada majikan untuk mencari pengganti dan memastikan peralihan tugas berjalan lancar.
  • Elakkan kritikan terbuka mengenai majikan/rakan sekerja: Fokus pada alasan peribadi anda tanpa mengkritik majikan atau rakan sekerja secara terbuka. Ini penting untuk mengekalkan hubungan yang baik dan profesionalisme.
  • Semak surat: Semak surat anda untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa atau ejaan. Surat yang rapi dan bebas daripada kesilapan mencerminkan kesungguhan dan perhatian anda terhadap butiran.

Kesimpulan

Surat berhenti kerja adalah dokumen penting yang harus ditulis dengan teliti dan profesional. Ia membantu menjaga hubungan baik dengan majikan dan memastikan transisi yang lancar.

Gunakan panduan ini untuk menulis surat berhenti kerja dalam English yang beretika, formal, dan profesional. Ambil langkah pertama ke arah transisi kerjaya yang positif dengan menulis surat berhenti kerja yang tersusun dan baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menghantar surat berhenti kerja rasmi kepada majikan, anda boleh membaca artikel ini Nak Berhenti Kerja? Inilah Cara Untuk Hantar Surat Rasmi Kepada Majikan

Soalan lazim (FAQ) mengenai contoh surat berhenti

1. Apakah implikasi undang-undang jika saya berhenti kerja tanpa notis yang mencukupi?

Berhenti kerja tanpa notis yang mencukupi boleh menyebabkan anda melanggar kontrak pekerjaan anda, yang mungkin membawa kepada tindakan undang-undang atau bayaran pampasan kepada pihak syarikat.

2. Bolehkah saya menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel?

Ya, surat berhenti kerja boleh dihantar melalui e-mel. Semak juga polisi syarikat untuk mengetahui jika surat tersebut perlu dihantar secara fizikal. Pastikan anda mendapatkan pengesahan penerimaan daripada majikan.

3. Adakah saya perlu menyimpan salinan surat berhenti kerja?

Ya, adalah penting untuk menyimpan salinan surat berhenti kerja untuk rekod anda sendiri dan sebagai bukti pemberian notis kepada majikan.

4. Apakah langkah seterusnya selepas menghantar surat berhenti kerja?

Selepas menghantar surat berhenti kerja, pastikan anda menjalankan tugas-tugas terakhir anda dengan penuh tanggungjawab dan membantu dalam proses transisi.

5. Bagaimanakah jika surat berhenti kerja saya tidak diterima?

Surat berhenti kerja tidak memerlukan persetujuan majikan. Hantar surat secara formal sama ada secara fizikal atau melalui e-mel mengikut polisi syarikat dan dapatkan pengesahan penerimaan daripada majikan.

More from this category: Resigning

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.