Menanti kelahiran bayi adalah detik yang menggembirakan bagi kebanyakan wanita hamil. Bagi ibu yang bekerja, anda mungkin bertanya-tanya bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan dunia kerja selepas melahirkan anak. Tentunya, tidak mudah untuk mengimbangi kerjaya sambil memikul tanggungjawab baru sebagai ibu.
Artikel ini akan mengupas secara terperinci mengenai hak cuti bersalin, tanggungjawab majikan, serta panduan bagi pekerja dan majikan untuk memastikan semua pihak mendapat manfaat yang sewajarnya.
Cuti bersalin adalah tempoh rehat berbayar yang diberikan kepada pekerja wanita sebelum dan selepas melahirkan anak. Di Malaysia, pekerja wanita berhak menikmati cuti bersalin berbayar selama 98 hari, mengikut Akta Kerja 1955 yang telah dipinda pada tahun 2022.
Cuti bersalin penting untuk memastikan kesihatan fizikal, mental, dan emosi ibu terjaga. Ia memberikan masa yang cukup untuk ibu pulih dan menjaga bayi baru lahir. Perancangan cuti bersalin yang teratur juga membantu memastikan kelangsungan kerja dan komunikasi yang lancar dengan majikan.
Dapatkan tips merancang cuti bersalin untuk memastikan anda memanfaatkan sepenuhnya manfaat semasa cuti bersalin.
Setiap pekerja harus ambil tahu tentang kewujudan Akta Kerja 1955 atau juga dikenali sebagai Akta 265. Ia penting kerana mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di Malaysia serta menetapkan hak-hak asas pekerja seperti waktu kerja, gaji, dan cuti, termasuk cuti bersalin.
Akta Kerja 1955 telah dipinda pada tahun 2022 untuk memastikan hak pekerja wanita dilindungi dengan baik. Sejak 1 Januari 2023, pekerja wanita di Malaysia berhak mengambil cuti bersalin berbayar penuh selama 98 hari, berlaku sama ada mereka bekerja di sektor swasta atau kerajaan.
Salah satu perubahan utama dalam Akta Kerja 1955 yang terbaru adalah pemanjangan tempoh cuti bersalin berbayar dari 60 hari ke 98 hari. Ini meliputi pekerja wanita di sektor swasta dan kerajaan, sejajar dengan selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai yang menetapkan tempoh cuti tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari).
Pindaan ini penting kerana mempertimbangkan kepentingan kesihatan ibu dan bayi, serta memastikan ibu dapat menjalani tempoh bersalin dengan lebih terjamin dan kembali ke posisi asal atau setaraf selepas tamat cuti bersalin.
Jika anda sedang hamil, anda perlu memaklumkan tentang kehamilan dan tarikh jangkaan bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum cuti bersalin bermula. Anda berhak menerima elaun bersalin pada kadar gaji biasa atau kadar yang ditetapkan.
Pekerja dengan bayaran bulanan akan terus menerima gaji penuh tanpa pengurangan semasa tempoh bersalin dan berpantang.
Pindaan ini memastikan undang-undang buruh di Malaysia tetap relevan dengan perkembangan semasa dan memenuhi standard antarabangsa.
Rujuk di sini untuk maklumat lanjut berkait Pindaan Terbaru Akta Kerja 1955 (2022) atas Cuti Bersalin.
Majikan bertanggungjawab untuk memastikan hak cuti bersalin disediakan tanpa diskriminasi. Dengan menyediakan cuti bersalin yang mencukupi, majikan membantu pekerja wanita pulih dengan baik dan menjaga bayi mereka tanpa tekanan tambahan.
Penghormatan terhadap hak ini juga dapat meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pekerja terhadap syarikat.
Sebagai majikan, anda mungkin bertanya bagaimana untuk memastikan kelancaran operasi semasa pekerja wanita anda mengambil cuti bersalin. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
Dengan pelaksanaan cuti bersalin yang betul, anda tidak hanya mematuhi undang-undang tenaga kerja tetapi juga membina persekitaran kerja yang berdaya saing dan beretika.
Perlindungan pekerjaan semasa dan selepas cuti bersalin adalah aspek penting dalam pindaan 2022. Sebagai majikan, anda bertanggungjawab untuk:
Dengan ini, pekerja wanita mempunyai jaminan bahawa pekerjaan mereka akan dilindungi sepanjang tempoh cuti bersalin.
Majikan yang tidak mematuhi peraturan mengenai cuti bersalin boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ini termasuk denda dan tindakan mahkamah yang boleh menjejaskan reputasi dan operasi syarikat.
Berikut adalah beberapa tips dan aspek penting yang perlu diberi perhatian ketika anda merancang cuti bersalin.
Merancang dan menyusun atur hal kerja: Sebelum bercuti, penting untuk menyemak semula semua tugas dan tanggungjawab anda. Ini memudahkan pengambilalihan tugas semasa ketiadaan anda. Menyediakan arahan kerja yang lengkap juga membantu pengganti anda untuk meneruskan tugas anda tanpa masalah.
Komunikasi dengan majikan: Anda digalakkan untuk memulakan perbincangan dengan majikan anda tentang perancangan cuti bersalin sejak awal.
Menentukan tarikh dan tempoh cuti: Pastikan untuk membincangkan dan mengatur tempoh mula dan tamat cuti bersalin bersama majikan anda untuk memastikan kefahaman bersama dan mengelakkan sebarang kekeliruan dalam penjadualan.
Untuk tips lanjut bagaimana merancang cuti bersalin dengan berkesan, baca artikel Tips Untuk Merancang Cuti Bersalin.
Untuk layak menerima cuti bersalin berbayar, anda perlu telah bekerja dengan majikan anda sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh sembilan bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.
Penting untuk diingat bahawa syarat-syarat untuk memohon cuti bersalin boleh berbeza-beza antara sektor kerajaan dan swasta.
Oleh itu, pastikan anda memahami keperluan khusus yang berlaku dalam sektor pekerjaan anda untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar dan anda memanfaatkan sepenuhnya hak cuti bersalin yang diberikan.
Berikut adalah perbezaan syarat cuti bersalin antara pekerja kerajaan dan swasta:
Pekerja yang bersalin dalam tempoh cuti tanpa gaji atau separuh gaji, tidak akan kehilangan kelayakan untuk cuti bersalin.
Panduan untuk menguruskan pekerja yang mengambil cuti bersalin
Majikan perlu memastikan bahawa mereka mempunyai pelan pengurusan dan komunikasi yang cekap untuk menguruskan pekerja yang mengambil cuti bersalin.
Dengan mengamalkan panduan ini, majikan bukan sahaja mematuhi peraturan tetapi juga menyokong kesejahteraan pekerja, yang seterusnya akan membantu mencipta suasana kerja yang lebih positif dan produktif.
Anda boleh memohon cuti bersalin dengan menghantar surat permohonan cuti beserta lampiran pengesahan daripada doktor anda ataupun mengisi borang memohon cuti bersalin yang sedia ada dari pihak majikan.
Pekerja juga boleh mendapatkan borang cuti bersalin daripada jabatan sumber manusia syarikat mereka untuk permohonan cuti bersalin swasta atau di laman web portal rasmi kerajaan untuk permohonan cuti bersalin kerajaan.
Berikut adalah format surat yang boleh digunakan:
Kepala Surat:
Butiran Pengirim:
Nama Anda
Jawatan Anda
Syarikat
Alamat Syarikat
Butiran Penerima:
Tarikh
Nama Majikan
Alamat Majikan / Syarikat
Baris Subjek:
Permohonan Cuti Bersalin
Isi Surat:
Salam Pembuka:
Gunakan "Nama Majikan atau Pengurus Sumber Manusia”
Perenggan Pembuka / Penjelasan:
"Saya ingin memohon cuti bersalin selama [tempoh cuti] hari, bermula dari [tarikh mula] hingga [tarikh tamat]. Permohonan ini berdasarkan tarikh jangkaan bersalin saya yang telah disahkan oleh doktor saya, seperti yang dilampirkan dalam dokumen sokongan."
Pernyataan Sokongan:
"Saya berjanji untuk memberikan maklumat lanjut jika diperlukan dan juga berjanji untuk kembali ke pejabat pada tarikh yang telah ditetapkan."
Perenggan Penutup:
"Saya akan memastikan semua tugas yang diberikan kepada saya selesai sebelum saya mengambil cuti bersalin."
Nota Terima Kasih:
"Terima kasih atas sokongan dan kerjasama."
Penutup:
"Yang benar,"
[Nama Anda]
[Jawatan]
[Syarikat]
[Alamat]
Arina Binti Irfan
Jabatan Pemasaran
Syarikat ABC Sdn. Bhd.
Jalan Sejahtera 1,
53300 Kuala Lumpur
Tarikh: [Tarikh]
Kepada:
Pn. Noraini Binti Ahmad
Pengurus Sumber Manusia
Syarikat ABC Sdn. Bhd.
Jalan Sejahtera 1,
53300 Kuala Lumpur
Puan,
PERMOHONAN CUTI BERSALIN
Merujuk kepada perkara di atas,
Saya, Arina Binti Irfan dari Jabatan Pemasaran, ingin memohon cuti bersalin selama 98 hari, bermula dari 1 Julai 2024 sehingga 6 Oktober 2024. Permohonan ini adalah berdasarkan tarikh jangkaan bersalin saya pada 1 Ogos 2024 yang telah disahkan oleh doktor. Sijil pengesahan doktor disertakan bersama surat ini sebagai dokumen sokongan.
Saya berkomitmen untuk memberikan maklumat lanjut jika diperlukan dan akan memastikan semua tugas yang diberikan kepada saya diselesaikan sebelum saya mengambil cuti bersalin ini. Saya berharap untuk kembali ke pejabat pada tarikh yang telah ditetapkan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
[Tandatangan (jika dicetak)]
Arina Binti Irfan
Jabatan Pemasaran
Syarikat ABC Sdn. Bhd.
Hak cuti bersalin adalah penting untuk kesejahteraan pekerja wanita dan bayi mereka. Pindaan cuti bersalin terkini memastikan ibu baru mendapat tempoh cuti bersalin yang lebih panjang dan berbayar.
Majikan yang mematuhi Akta Kerja 1955 dan pindaan 2022 menunjukkan komitmen terhadap kebajikan pekerja wanita, membina persekitaran kerja inklusif dan harmoni di mana setiap pekerja merasa dihargai dan dilindungi.
Sebagai pekerja wanita, pastikan anda memahami hak cuti bersalin yang telah diperbaharui dan semak kelayakan serta syarat-syarat yang ditetapkan. Jika anda seorang majikan, pastikan anda mematuhi undang-undang dan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk pekerja wanita anda.
Dengan kerjasama semua pihak, kita dapat memastikan kesejahteraan dan kebajikan pekerja wanita terjamin.
Cuti bersalin adalah hak pekerja wanita untuk mengambil cuti berbayar semasa mereka melahirkan anak.
Tempoh cuti bersalin di Malaysia telah dipanjangkan daripada 60 hari ke 98 hari mengikut pindaan terbaru Akta Kerja 1955.
Ya, cuti bersalin adalah berbayar.
Pekerja wanita mesti telah bekerja dengan majikan sekurang-kurangnya selama 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin untuk layak menerima cuti bersalin berbayar.
Contoh Pengiraan: