Di Malaysia, pampasan diberhentikan kerja merupakan aspek penting yang perlu difahami oleh pekerja dan majikan untuk memastikan kebajikan pekerja terjamin sementara mereka mencari pekerjaan baru. Ini juga memastikan para pekerja dapat menuntut hak mereka sekiranya mereka diberhentikan kerja.
Artikel ini bertujuan untuk mendidik pekerja dan majikan tentang etika dan pengurusan pampasan. Ia menerangkan bagaimana pampasan diberhentikan kerja beroperasi, pihak yang layak menerima, dan cara kiraannya.
Pampasan diberhentikan kerja merujuk kepada bayaran atau manfaat yang diberikan oleh majikan kepada pekerja yang diberhentikan tanpa sebab yang munasabah. Ini merupakan hak bagi anda yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan sokongan kewangan sementara mencari pekerjaan baru.
Pampasan ini penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan pekerja, memberi mereka rasa selamat dengan perlindungan kewangan, terutamanya apabila mereka kehilangan pekerjaan. Ia juga boleh meningkatkan tahap kepuasan kerja dan membantu mengekalkan hubungan positif antara majikan dan pekerja selepas mereka berhenti kerja. Selain itu, syarikat dapat mengurangkan kemungkinan menghadapi masalah undang-undang.
syarikat dapat mengurangkan kemungkinan menghadapi masalah undang-undang.
Terdapat beberapa jenis bayaran jika pekerja diberhentikan, antaranya:
Bayaran pemberhentian: Pampasan asas yang diberikan kepada pekerja berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Bayaran pemberhentian adalah terkecuali daripada KWSP dan SOCSO serta EIS.
Bayaran sagu hati: Bayaran tambahan yang mungkin diberikan sebagai tanda penghargaan. Ia juga diberikan untuk menutup kesulitan yang dialami. Bayaran sagu hati yang dibayar untuk penamatan kontrak dikecualikan daripada KWSP dan PERKESO serta EIS.
Bayaran sebagai notis: Bayaran ganti jika majikan tidak memberikan notis pemberhentian yang mencukupi. Bayaran sebagai ganti notis juga dikecualikan daripada KWSP dan SOCSO serta EIS.
Bayaran cuti: Pampasan untuk cuti tahunan yang belum digunakan. Namun, cuti sakit tidak termasuk dalam cuti tahunan. Bayaran baki cuti adalah tertakluk kepada semua caruman statutori.
Faedah kesihatan: Faedah kesihatan yang mungkin diteruskan untuk tempoh tertentu selepas pemberhentian, termasuk pelan insurans perubatan, pergigian, dan penglihatan.
Menurut LHDN, pampasan diberikan kepada pekerja mengikut beberapa situasi:
Pemberian pampasan ini mempunyai implikasi undang-undang yang penting di Malaysia. Ia amat penting, terutamanya untuk memastikan hak pekerja terjaga dan tanggungjawab majikan dipenuhi.
Majikan perlu memahami tanggungjawab mereka untuk memberikan pampasan yang sewajarnya kepada pekerja yang terjejas. Mereka juga perlu mengetahui undang-undang di Malaysia yang melindungi hak pekerja. Kewajipan undang-undang syarikat Malaysia termaktub di bawah Akta Kerja (EA) 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan (IRA) 1967.
Mengikut Peraturan-Peraturan Pekerjaan (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja) 1980, pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 berhak mendapat bayaran pemberhentian kerja apabila kontrak pekerjaan mereka ditamatkan. Mereka mesti memberikan alasan yang boleh diterima untuk keputusan mereka. Ini terjadi sekiranya mereka gagal membayar pampasan anda. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka bertanggungjawab atas pemecatan yang tidak adil.
Dalam kes ini, anda boleh membuat tuntutan pemecatan yang tidak adil kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Jika Mahkamah Perusahaan mendapati bahawa majikan memecat anda secara tidak adil, mereka boleh memerintahkan pengembalian semula ke pekerjaan atau memberikan pampasan. Pampasan itu mungkin termasuk gaji balik sehingga 24 bulan.
Akta ini merupakan satu perundangan buruh yang amat penting, menyediakan rangka-kerja undang-undang yang menyeluruh. Sebelum ini, Akta Kerja 1955 hanya meliputi pekerja yang melakukan kerja buruh atau memperoleh pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000. Walau bagaimanapun, pindaan pada 2022 telah menjadikannya terpakai kepada semua pekerja. Objektif utama pindaan Akta Kerja 1955 adalah untuk :
Menurut Akta Kerja 1955, majikan wajib memberi pampasan kepada pekerja yang diberhentikan. Ini termasuk bayaran pemberhentian, notis, dan faedah lain yang berkaitan.
Majikan boleh menawarkan faedah tambahan mengikut kemampuan mereka untuk menarik lebih ramai pekerja. Walau bagaimanapun, faedah yang diberikan mestilah sekurang-kurangnya memenuhi garis panduan minimum yang ditetapkan oleh Akta.
Antara contoh garis panduan faedah minima tersebut adalah seperti berikut:
Hubungan dan tanggungjawab antara pekerja dan majikan adalah berdasarkan kontrak kerja yang harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum pekerja mula bekerja.
Rujukan lanjut boleh didapati di sini.
Pekerja tetap dan pekerja sambilan yang telah berkhidmat selama lebih daripada satu tahun layak menerima pampasan diberhentikan kerja. Namun, pekerja yang berada dalam tempoh percubaan biasanya tidak layak untuk pampasan ini.
Anda mesti telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya satu tahun untuk layak menerima pampasan. Jika anda diberhentikan selepas genap satu tahun, anda layak mendapat pampasan.
Pampasan diberhentikan kerja biasanya diberikan jika pemberhentian bukan disebabkan kesalahan anda. Ini termasuk pengecilan syarikat atau pengurangan pekerja. Dalam sesetengah kes, anda juga mungkin akan menerima pampasan jika anda diberhentikan akibat prestasi yang kurang memuaskan."
Istilah unfair dismissal adalah istilah bahasa Inggeris bagi pemecatan tidak adil. Ia merujuk kepada pemecatan yang tidak berasaskan alasan yang sah. Di Malaysia, anda boleh dianggap telah dipecat secara tidak adil jika anda diberhentikan tanpa alasan yang munasabah.
Hal ini diatur dalam Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Oleh itu, setiap tuntutan pemecatan yang tidak adil akan dinilai secara individu, dengan mempertimbangkan semua fakta yang berkaitan dengan kes tersebut.
Jika anda diberhentikan kerana salah laku atau prestasi kerja yang buruk, majikan mesti memberikan alasan yang sah. Jika majikan tidak dapat memberi alasan yang munasabah untuk pemecatan pekerja, pemecatan boleh dianggap tidak adil.
Pemecatan juga dianggap tidak adil jika dilakukan kerana pekerja menggunakan hak mereka, seperti mengambil cuti bersalin atau menyertai kesatuan sekerja. Majikan tidak boleh memberhentikan anda hanya kerana anda menggunakan hak pekerja yang sah.
Diskriminasi berdasarkan bangsa, agama, atau jantina juga merupakan sebab pemecatan yang tidak adil jika majikan memecat anda atas dasar tersebut.
Selain itu, kegagalan majikan untuk memberikan notis pemberhentian yang mencukupi atau keengganan untuk memberikan notis sama sekali dianggap sebagai salah satu bentuk pemecatan tidak adil.
Dalam keadaan seperti ini, anda berhak menerima bayaran ganti rugi yang mungkin termasuk pampasan dan gaji tertunggak yang seharusnya anda terima selama tempoh notis tersebut.
Seksyen 13(1) Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 menyatakan bahawa:
“Mana-mana pihak dalam kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak tanpa notis, atau jika notis telah diberikan mengikut Seksyen 12, tanpa menunggu tamat tempoh notis, dengan membayar indemniti sejumlah wang yang sama dengan gaji yang akan diterima oleh pekerja semasa tempoh notis atau untuk tempoh notis yang belum tamat.”
Oleh it, sekiranya anda mengalami unfair dismissal, anda layak menerima pampasan.
Jika anda termasuk dalam kategori pengecualian ini, syarikat tidak diwajibkan untuk membayar pampasan pemberhentian, dan mereka juga tidak akan dipertanggungjawabkan atas pemecatan yang tidak adil.
Pengecualian-pengecualian tersebut disenaraikan di bawah:
Jika majikan menamatkan kontrak pekerjaan anda selepas anda mencapai umur persaraan mandatori, anda tidak akan layak menerima pampasan pemberhentian. Keadaan ini sah jika kontrak pekerjaan anda secara jelas menyatakan hal tersebut.
Syarikat anda tidak bertanggungjawab untuk membayar pampasan diberhentikan kerja jika anda diberhentikan kerana salah laku. Antara contoh salah laku di tempat kerja termasuk:
Sekiranya anda meletak jawatan secara sukarela, anda tidak layak menerima pampasan. Ini kerana pampasan pemberhentian biasanya diberikan kepada pekerja yang diberhentikan secara bukan sukarela.
Majikan boleh menamatkan kontrak pekerjaan semasa anda dan menggantikannya dengan yang baharu. Ini berlaku jika majikan anda ingin melanjutkan tempoh perkhidmatan anda atau menukar syarat-syarat kontrak pekerjaan anda.
Penamatan kontrak ini tidak melayakkan anda untuk menerima pampasan pemberhentian, khususnya jika kontrak pekerjaan baharu menawarkan syarat-syarat yang sama atau lebih baik daripada yang sebelumnya.
Adalah penting untuk mengetahui jumlah pampasan pemberhentian yang mungkin anda terima jika anda kehilangan pekerjaan secara bukan sukarela.
Pengetahuan ini membolehkan anda merancang kewangan dengan lebih baik semasa mencari pekerjaan baru. Pengiraan pampasan pemberhentian berbeza berdasarkan beberapa faktor, termasuk tempoh perkhidmatan dan status pekerja.
Berikut adalah panduan umum:
Jika anda menghadapi masalah mengira pembayaran pampasan, anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan pampasan daripada Kementerian Sumber Manusia Malaysia (MOHR) ini untuk mendapatkan anggaran pembayaran pampasan.
Begini cara menggunakan kalkulator:
Tarikh mula perkhidmatan: Masukkan tarikh anda mula bekerja untuk syarikat itu.
Tarikh akhir perkhidmatan: Masukkan tarikh perkhidmatan anda dengan syarikat itu tamat.
Jumlah gaji yang diterima dalam 12 Bulan yang lalu: Masukkan jumlah gaji yang anda terima sepanjang tahun lalu. Ini termasuk gaji asas, elaun, bayaran lebih masa, komisen dan bayaran lain. Namun, bayaran yang dikecualikan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 tidak dikira.
Kira: Selepas mengisi medan di atas, klik butang "Kira" untuk mengira bayaran pampasan.
Hasilnya akan dipaparkan seperti berikut:
Namun, pengiraan ini hanyalah anggaran. Ia tidak boleh digunakan sebagai sumber utama atau dokumen sokongan untuk sebarang tuntutan. Sentiasa semak semula polisi syarikat anda atau berunding dengan HR atau penasihat undang-undang untuk pengiraan pampasan yang tepat.
Pampasan diberhentikan kerja adalah aspek penting dalam memastikan kebajikan pekerja. Ia dapat membuka mata majikan untuk mematuhi undang-undang Malaysia. Dengan memahami cara pengiraan dan kelayakan pampasan, majikan dan pekerja boleh mengurus pemberhentian kerja dengan lebih beretika dan bertanggungjawab.
Majikan digalakkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kerja 1955 dan pindaan terkini. Ini adalah untuk mengelakkan isu undang-undang serta memastikan hubungan baik dengan pekerja. Sebagai pekerja, anda harus menyedari hak anda untuk mendapatkan pampasan jika diberhentikan kerja. Ini penting terutamanya dalam situasi unfair dismissal.
Pampasan merupakan salah satu hak asas pekerja. Walau bagaimanapun, setiap syarikat mempunyai polisi pampasan pemberhentian kerja yang berbeza-beza, bergantung kepada kontrak perkhidmatan setiap pekerja.
Oleh itu, adalah penting untuk memeriksa kontrak pekerjaan anda dengan teliti untuk memastikan hak-hak anda terjamin. Anda juga disarankan untuk sentiasa merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia (MOHR) untuk panduan yang lebih lengkap.