Jobstreet Malaysia

Ketahui 10 Pekerjaan ‘High Demand’ di Malaysia Menjelang 2026

Ketahui 10 Pekerjaan ‘High Demand’ di Malaysia Menjelang 2026
Jobstreet content team – updated on 12 June, 2026
Share

Ringkasan utama:

  • Teknologi, automasi dan AI dijangka terus mengubah keperluan pekerjaan di Malaysia menjelang 2026.
  • Kerjaya dalam bidang teknologi seperti jurutera AI, jurutera perisian, keselamatan siber dan data besar semakin mendapat permintaan.
  • Bidang bukan digital seperti logistik, penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan awam masih penting dalam pasaran kerja.
  • Pekerja perlu menguasai kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah untuk kekal relevan dalam dunia kerja yang berubah.
  • Pembelajaran berterusan, kebolehsuaian dan pemilihan kerjaya yang strategik dapat membantu pekerja bersaing dengan lebih baik.

Tahukah anda, perkembangan teknologi, automasi dan AI terus mengubah keperluan pekerjaan di Malaysia? Revolusi Industri 4.0, memperkenalkan automasi teknologi dan kecerdasan buatan (AI) ke dalam pelbagai industri. Ini akan mengubah konteks pekerjaan yang diperlukan di Malaysia menjelang 2026.

Perkembangan ini meningkatkan kepentingan bidang STEM dan TVET dalam pasaran kerja Malaysia. Majikan semakin memerlukan bakat yang mempunyai kemahiran teknikal, digital dan praktikal untuk menyokong pertumbuhan industri.

Trend ini juga selari dengan keperluan pekerjaan kritikal di Malaysia. TalentCorp menyatakan MyCOL mengenal pasti pekerjaan yang mempunyai permintaan tinggi dan ketidakseimbangan kemahiran merentas 18 sektor ekonomi Malaysia. 

Anda perlu sentiasa menyesuaikan diri dan mengambil tahu trend pekerjaan untuk kekal ‘'up-to-date'. Artikel ini bertujuan untuk membantu dalam membuat keputusan tentang pemilihan pekerjaan anda seterusnya. Selain itu, tip kelayakan adalah untuk semua golongan belia yang baru di dalam alam pekerjaan.

Pekerjaan Pada Tahun 2026

Golongan muda kini semakin mendominasi pekerjaan yang diperlukan di Malaysia

Faktor yang mempengaruhi pekerjaan masa depan

Peralihan demografi tenaga kerja, contoh seperti  peningkatan usia penduduk dan pengunduran generasi lama, memberi kesan besar terhadap pekerjaan masa depan. 

Syarikat perlu menyesuaikan diri dengan keperluan generasi muda yang memasuki pasaran kerja. Ini mempengaruhi cara syarikat merekrut dan menguruskan bakat, memastikan mereka dapat menarik dan mengekalkan tenaga kerja yang pelbagai dan berkemahiran.

Kemajuan teknologi, seperti automasi dan kecerdasan buatan, membawa kepada kerja redundansi. Ini kerana pekerjaan rutin boleh digantikan oleh mesin. Ini menuntut pekerja untuk mengemas kini kemahiran mereka dan beradaptasi dengan teknologi baru untuk kekal relevan. 

Selain itu, globalisasi dan penyumberan luar menambah persaingan dengan memindahkan pekerjaan kepada pihak ketiga di luar negara, serta membuka peluang dalam kerjasama antarabangsa. Pekerja perlu memahami perubahan ini untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang kompleks dan terus berkembang.

Sebab perlu bersedia untuk pekerjaan di masa depan 

Bersedia menyesuaikan diri dengan kemahiran yang diperlukan adalah kunci untuk menghadapi perubahan dalam pekerjaan masa depan. Dengan kemajuan teknologi dan evolusi industri, kemahiran yang diperlukan sentiasa berubah. Pekerja perlu proaktif dalam meningkatkan kebolehan mereka melalui pendidikan berterusan dan latihan kemahiran. 

Mengenal pasti jurang dalam industri membantu pekerja memahami peluang dan kekurangan bakat, membolehkan mereka fokus pada pembangunan kemahiran yang sangat dicari dan membuat keputusan yang lebih baik tentang arah kerjaya mereka.

Memilih kerjaya yang menjanjikan masa depan memerlukan kajian tentang sektor-sektor yang dijangka berkembang. Pekerja perlu menilai bidang dengan potensi pertumbuhan tinggi, seperti teknologi dan data sains, untuk memastikan kestabilan pekerjaan dan peluang pertumbuhan. 

Mengekalkan produktiviti di kala perubahan pekerjaan juga penting untuk mengekalkan daya saing. Kemampuan untuk beradaptasi dengan teknologi baru dan cara kerja yang berbeza memastikan pekerja terus berprestasi tinggi dan relevan, memudahkan mereka mengekalkan kedudukan mereka dan mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.

10 Pekerjaan yang Paling Banyak Direkrut di Masa Hadapan

Kebanyakan pekerja yang direkrut adalah daripada bidang teknologi dan data

Di masa hadapan, pekerjaan yang paling banyak direkrut akan cenderung kepada bidang teknologi dan data. Ini disebabkan oleh kemajuan pesat dalam teknologi dan automasi. Antaranya bidang yang memerlukan kemahiran dalam pembelajaran mesin dan sains komputer. Ini disertai kelayakan seperti ijazah dalam bidang berkaitan yang menawarkan gaji yang lumayan.

Ketahui gaji pekerjaan impian anda di laman web kami!

1. Jurutera AI 

Jurutera AI adalah profesional yang pakar dalam pembangunan dan implementasi sistem kecerdasan buatan.

Skill yang Diperlukan

Kemahiran dalam pengaturcaraan (Python, R), pembelajaran mesin, pemodelan statistik dan analisis data.

Kelayakan

Ijazah sarjana muda dalam Sains Komputer, Kejuruteraan, Matematik, atau bidang berkaitan. 

Gaji

Purata gaji per jam: RM73.
⁠Purata gaji untuk jurutera AI sangat kompetitif, bergantung kepada yang mempunyai pengalaman tinggi.

2. Jurutera Perisian (Software Engineers) 

Jurutera perisian merancang, membangun dan menyelenggara sistem perisian kecerdasan buatan.

Skill yang Diperlukan

Pengaturcaraan (Java, C++, Python), reka bentuk sistem dan pengetahuan dalam pembangunan aplikasi.

Kelayakan

Ijazah sarjana muda dalam Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian, atau bidang berkaitan. 

Gaji

Jurutera perisian biasanya mendapat gaji yang tinggi, bergantung kepada kemahiran dan pengalaman. Secara purata adalah RM4,300 hingga RM6,000 sebulan.

3. Pemaju Blockchain (Blockchain Developer) 

Pemaju blockchain bertanggungjawab untuk mencipta dan menyelenggara aplikasi berasaskan keperluan pekerjaan blockchain.

Skill yang Diperlukan

Pengetahuan dalam blockchain, kriptografi, pengaturcaraan (Solidity, Python) dan pembangunan kontrak pintar.

Kelayakan

Ijazah dalam Sains Komputer atau bidang teknologi. 

Gaji

Gaji pemaju blockchain adalah tinggi, Purata bulanan RM 5,770. Ini kerana permintaan yang tinggi dan bekalan tenaga kerja yang terhad. 

4. Jurutera Keselamatan Siber (Cybersecurity Engineer) 

Jurutera keselamatan siber melindungi sistem dan data dari ancaman siber.

Skill yang Diperlukan

Pengetahuan mendalam tentang rangkaian komputer, kriptografi, pengesanan ancaman dan pengurusan risiko.

Kelayakan

Ijazah dalam Keselamatan Siber, Teknologi Maklumat, atau bidang berkaitan. Sijil profesional seperti CISSP adalah satu kelebihan.

Gaji

Purata gaji per jam: RM79

Gaji untuk jurutera keselamatan siber adalah tinggi kerana keperluan yang semakin meningkat. 

5. Penganalisis Data Besar (Big Data Analyst) 

Penganalisis data besar mengumpul, memproses dan menganalisis data dalam jumlah besar. Ini bertujuan untuk memberi pandangan yang berharga kepada organisasi.

Skill yang Diperlukan

Kemahiran dalam analisis data, pengaturcaraan (SQL, Python) dan alat analisis data (Hadoop, Spark).

Kelayakan

Ijazah dalam Sains Data, Statistik, atau bidang berkaitan. 

Gaji

Penganalisis data besar mempunyai gaji menarik, purata bulanan RM3,500 ke RM5,000.

6. Juruaudit Bias Algoritma (Algorithm Bias Auditor) 

Juruaudit bias algoritma memastikan algoritma yang digunakan tidak memaparkan prejudis dan diskriminasi.

Skill yang Diperlukan

Pengetahuan dalam pembelajaran mesin, statistik dan etika data.

Kelayakan

Ijazah dalam Sains Komputer, Statistik, atau bidang berkaitan. Pengalaman dalam pengauditan dan analisis data adalah penting.

Gaji

Gaji untuk juruaudit bias algoritma adalah kompetitif dan mengikut pengalaman. 

7. Broker Data 

Broker data mengurus, menjual dan membeli data untuk pelbagai kegunaan komersial.

Skill yang Diperlukan

Kemahiran dalam analisis data, pengetahuan undang-undang data dan pemasaran.

Kelayakan

Ijazah dalam Sains Data, Perniagaan, atau bidang berkaitan. Pengalaman dalam industri data adalah satu kelebihan.

Gaji

Broker data bergaji tinggi berdasarkan nilai komersial data. 

8. Jurutera Robotik 

Jurutera robotik membangunkan dan menyelenggara robot yang digunakan dalam pelbagai industri.

Skill yang Diperlukan

Kemahiran dalam mekanik, elektronik, pengaturcaraan dan reka bentuk sistem.

Kelayakan

Ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal, Elektronik, atau bidang berkaitan. 

Gaji

Purata gaji per jam: RM65

Jurutera robotik mendapat gaji yang kompetitif bergantung kepada keperluan dan pengalaman. 

9. Pereka Bentuk Pengalaman Pengguna (UX Designer) 

Pereka bentuk pengalaman pengguna memastikan produk atau perkhidmatan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.

Skill yang Diperlukan

Kemahiran dalam reka bentuk interaksi, prototaip dan penyelidikan pengguna.

Kelayakan

Ijazah dalam Reka Bentuk, Psikologi, atau bidang berkaitan. 

Gaji

Pereka bentuk UX biasanya memperoleh gaji yang tinggi mengikut kemahiran dan pengalaman. 

10. Pakar Terapi Genetik 

Pakar terapi genetik mengembangkan rawatan melibatkan pengubahsuaian gen untuk merawat atau mencegah penyakit.

Skill yang Diperlukan

Pengetahuan dalam biologi molekul, genetik dan teknik makmal.

Kelayakan

Ijazah dalam Bioteknologi, Genetik, atau bidang berkaitan. 

Gaji

Gaji pakar terapi genetik sangat tinggi kerana kepakaran yang terhad dan sangat diperlukan. 

4 Bidang Pekerjaan Bukan Digital yang Paling Banyak Direkrut

1. Pengangkutan dan Logistik

Dalam sektor ini, jawatan seperti pemandu lori atau penghantaran dan pekerja gudang amat penting. 

Pekerjaan ini memastikan pergerakan barang kekal efisien dan mengekalkan kelancaran rantaian bekalan. Sektor ini sangat bergantung kepada pekerja mahir yang boleh menjamin penghantaran produk menepati masa.

2. Profesional Penjagaan Kesihatan 

Permintaan untuk profesional penjagaan kesihatan terus meningkat. Ini termasuk peranan bukan klinikal seperti juruteknik perubatan dan pentadbir penjagaan kesihatan. 

Antara semua pihak yang terlibat, peranan bukan klinikal amatlah penting. Ini kerana mereka yang membantu mengekalkan kecekapan dan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan.

3. Pendidikan 

Bidang pendidikan memerlukan pekerja berdedikasi dalam jawatan seperti pentadbir sekolah, pembantu dan kaunselor.

Peranan ini melibatkan interaksi langsung dengan pelajar serta tugas-tugas pentadbiran. Ini penting untuk pembangunan kurikulum institusi pendidikan. Jawatan ini penting dalam menyediakan pembangunan pendidikan berkualiti dan sokongan yang diperlukan. Bertujuan untuk mengembangkan prestasi akademik dan peribadi pelajar serta semua pihak yang berkepentingan.

4. Perkhidmatan Awam 

Jawatan dalam perkhidmatan awam yang bertujuan untuk mengekalkan keselamatan, kesihatan dan infrastruktur awam. Contoh jawatan yang ada termasuk pegawai polis, bomba, pekerja sosial dan pekerja kesihatan 

Kemahiran praktikal dan bantuan yang perlu disegerakan adalah responsif, menjadikannya kurang terpengaruh oleh pendigitalan. Pekerja dalam bidang ini berperanan penting dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat. 

Kemahiran ‘Hard Skills’ dan ‘Soft Skills’  yang Perlu Anda Ada

Kemahiran Hard Skill yang penting

1. Kemahiran Berkomunikasi 

Kemahiran berkomunikasi yang baik sangat penting. Ini bermakna anda perlu bercakap, menulis dan mendengar dengan jelas. Kemahiran ini membantu anda menyampaikan maklumat dengan tepat, mengelakkan salah faham dan membina hubungan baik dengan rakan sekerja dan pelanggan. Latihan yang konsisten amatlah digalakkan.

2. Pengurusan Masa 

Kemahiran pengurusan masa membantu menyelesaikan tugas dengan efisien dan mengelakkan tekanan kerja. Dengan bijak mengurus masa, semua tugas yang dapat diselesaikan adalah berkualiti serta mengikut jadual. Ini juga membantu menyeimbangkan antara kerja dan kehidupan peribadi. 

3. Kebolehsuaian 

Kemampuan untuk menyesuaikan diri penting dalam dunia kerja yang sentiasa berubah. Ini termasuk mempelajari kemahiran baru, menerima perubahan teknologi dan mengatasi pelbagai masalah. Kebolehsuaian memastikan anda tetap relevan dan mampu menangani cabaran yang disenaraikan di masa hadapan dengan yakin.

4. Kemampuan Kerja dalam Pasukan 

Kerja berpasukan adalah aktiviti penting yang diperlukan untuk mencapai matlamat bersama. Ini termasuk kemampuan dalam bekerja yang lebih efisien secara berkumpulan, berkongsi tanggungjawab dan menyelesaikan konflik secara konstruktif. Ini membantu dalam meningkatkan produktiviti dan mencapai kejayaan pada masa yang sama.

Kemahiran Soft Skill yang penting

1. Kreativiti 

Kreativiti adalah kemampuan untuk berfikir di luar belenggu kotak yang biasa dan menghasilkan idea inovatif baharu. Ini penting agar anda dapat menyelesaikan masalah dan mencipta penyelesaian yang berkesan. Kreativiti juga membantu meningkatkan daya saing.

2. Etika Kerja 

Etika kerja yang baik adalah asas untuk kejayaan dalam pelbagai bidang. Ini termasuk komitmen terbaik, tindakan berintegriti dan tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Etika kerja yang baik membantu anda membina reputasi profesional yang mapan dan dipercayai.

3. Kepimpinan 

Kemahiran kepimpinan adalah untuk memperkasa pasukan dan mencapai matlamat organisasi. Contohnya, memberi motivasi, membuat keputusan bijak dan menguruskan sumber dengan efektif. Kepimpinan yang baik membantu anda dalam mencipta persekitaran kerja yang positif dan produktif.

4. Kemahiran Interpersonal 

Kemahiran interpersonal adalah kemampuan anda untuk berinteraksi dengan orang lain secara efektif. Ini termasuk kemampuan untuk empati, berkomunikasi dengan jelas dan membina hubungan yang baik. Kemahiran ini penting untuk kerjasama yang harmoni dan memudahkan komunikasi dalam organisasi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, artikel ini telah membincangkan pelbagai pekerjaan yang ‘high demand’ pada tahun 2026. Ini termasuk faktor-faktor yang telah mempengaruhi pekerjaan masa depan. Oleh itu, penting bagi anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini untuk kekal relevan dan produktif.

Menguasai kemahiran-kemahiran ini menjadikan anda individu yang kompetitif dan lestari dalam pasaran kerja kini. Anda disarankan untuk mengambil langkah proaktif bagi mengembangkan diri dalam kemahiran yang dikehendaki. Ini termasuk memperoleh sijil-sijil kerja yang relevan untuk masa depan.

Kami menggalakkan anda untuk sentiasa mengambiltahu perkembangan terkini serta meningkatkan kemahiran yang diperlukan. Anda akan menjadi orang yang mampu bersaing dan mampu menyesuaikan diri dengan trend yang sentiasa berubah.

Mulakan perancangan kerjaya anda dengan melihat pilihan pekerjaan yang sesuai untuk masa depan di halaman Explore Careers.

Soalan Lazim

1. Bidang apa yang mudah dapat kerja di Malaysia? 
⁠
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, lima bidang utama yang sering direkrut adalah seperti berikut:

  1. Sales/Pemasaran: 
    Bidang ini sentiasa memerlukan tenaga kerja untuk menguruskan penjualan dan pemasaran seperti digital marketing. Ini menjadikannya salah satu sektor yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan dan kerja.

  2. Perakaunan/Kewangan: 
    Pekerjaan dalam sektor ini termasuk akauntan, auditor dan penganalisis kewangan. Mereka yang sangat diperlukan untuk memastikan pengurusan kewangan yang efisien dalam pelbagai organisasi.

  3. Komputer/Teknologi Maklumat: 
    Dengan kemajuan teknologi yang pesat, terdapat permintaan tinggi untuk profesional IT. Contoh seperti jurutera perisian, pakar keselamatan siber dan pengurus IT.

  4. Pengurusan/Sumber Manusia: 
    Bidang ini melibatkan pengurusan operasi harian syarikat serta pengurusan sumber manusia. Ini termasuk pengambilan dan pembangunan kerangka pekerjaan.

  5. Perkhidmatan: 
    Bidang ini merangkumi peranan seperti pekerja perkhidmatan pelanggan, penyambut tetamu, pekerja hospitaliti, pemandu dan sokongan operasi. Peluang dalam bidang ini kekal relevan kerana banyak industri masih memerlukan pekerja untuk mengurus pelanggan, operasi harian dan penyampaian perkhidmatan.

Data ini diperoleh dari laporan tahunan dan bulanan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Ia menunjukkan statistik terperinci mengenai tenaga kerja, kadar pengangguran dan kadar penyertaan.

2. Apakah permintaan pekerjaan tertinggi di Malaysia? 
⁠Tempat pertama dalam permintaan pekerjaan di Malaysia adalah sektor perkhidmatan. Sektor ini adalah high demand dimana terdapat lebih daripada 2,800 jawatan kosong tahun ini dalam bidang ini. Ini menunjukkan banyak peluang kerja serta pekerja berkemahiran tinggi yang diperlukan, supaya perkhidmatan awal yang ditetapkan berkualiti dan efisien.

3. Bagaimanakah teknologi dan automasi akan memberi kesan kepada pasaran kerja?Teknologi dan automasi akan memberi impak kepada pasaran kerja yang sesuai. Ia berlaku dengan pengurangan keperluan untuk pekerja yang terlibat dalam tugas rutin dan berulang. 

Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti produktiviti untuk kemahiran dalam bidang seperti teknologi, analisis data dan pengurusan sistem automasi. Pekerjaan sedia ada akan mengalami peralihan. Pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal dan pengetahuan khusus akan meningkat.

More from this category: Finding the job for you

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Explore related topics

Choose an area of interest to browse related careers.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
By providing your personal information, you agree to the Collection Notice and Privacy Policy. If you are under 18 years old, you must have parental consent for Jobstreet and affiliates to process your personal data. You can unsubscribe at any time.