Panduan Menyeluruh Slip Gaji Pekerja Awam & Swasta

 Panduan Menyeluruh Slip Gaji Pekerja Awam & Swasta
Jobstreet content teamupdated on 24 July, 2024
Share

Penyata gaji adalah sebahagian daripada kehidupan kerja, sering diabaikan dan disimpan begitu sahaja. Namun, memahaminya adalah penting. Penyata gaji bukan sekadar sehelai kertas – ia adalah rekod kerja keras anda. Ia menunjukkan apa yang anda perolehi, apa yang ditolak, dan apa yang anda bawa pulang.

Artikel ini akan merungkai butiran slip gaji sambil menerangkan setiap bahagian pada slip gaji anda. Anda akan faham betapa pentingnya untuk anda memahami sehelai kertas yang dipanggil ‘slip gaji’. Pastikan Anda menyimaknya hingga akhir.

Apakah itu slip gaji?

Slip gaji, juga dikenali sebagai penyata gaji, slip upah, atau slip pendapatan, ia adalah salah satu dokumen yang harus dikeluarkan oleh majikan kepada para pekerja (sektor awam dan swasta) yang mempunyai butiran pendapatan mereka atau dokumen yang memberikan bukti. Slip gaji adalah kelengkapan informasi serta dokumen yang sangat penting dalam memastikan ketelusan dan keadilan dalam pembayaran gaji. Dokumen tersebut biasanya diberikan dalam bentuk cetakan atau digital, tergantung dari majikan masing-masing. Bentuk dari dokumen ini dapat berbeza-beza tergantung kepada polisi syarikat.

Dalam slip gaji, beberapa komponen utama yang terdapat seperti:

  • Gaji bulanan: Jumlah gaji pokok yang diterima pekerja setiap bulan sebelum sebarang potongan.
  • Bonus: Bayaran tambahan yang mungkin diberikan kepada anda berdasarkan prestasi, keuntungan syarikat, atau insentif lain.
  • Elaun: Tambahan kepada gaji pokok seperti elaun makan, elaun pengangkutan, atau elaun perumahan.
  • Potongan: Pengurangan daripada gaji kasar termasuk potongan undang-undang seperti EPF (KWSP), SOCSO (Perkeso), cukai pendapatan, dan potongan lain seperti pinjaman atau bayaran balik.

Slip upah yang berfungsi sebagai rekod rasmi pembayaran dan mengandungi pelbagai maklumat penting bagi pekerja/buruh. Dengan mengetahui setiap penjuru slip gaji termasuk gaji pokok, anda boleh mengawasi gaji yang harus anda terima pada setiap bulan.

Slip gaji juga akan memastikan anda dibayar dengan betul dan membolehkan anda mengesan kesilapan secara serta-merta. Penyata gaji juga berguna apabila anda memerlukan bukti pendapatan untuk membuat pinjaman kereta atau rumah, permohonan kerja kepada majikan baru dan semasa memfailkan cukai pendapatan.

Akibat tidak memahami slip gaji anda

Jika anda tidak memahami atau mengambil kisah informasi tentang slip gaji anda, ia boleh menyebabkan beberapa masalah. Masalah ini boleh memberi kesan kewangan dan pekerjaan anda. Berikut adalah antara akibat yang mungkin akan timbul, serta beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil.

1. Pembayaran gaji bulanan

Anda mungkin tidak menyedari jika anda dibayar kurang atau lebih dari majikan anda. Jika anda terlambat menyedari tentang pembayaran yang tidak tepat, ini akan menyusahkan proses penjelasan dengan jabatan Sumber Manusia majikan anda.

2. Potongan wajib

Kebiasaannya, majikan akan memotong antara 11% hingga 13% daripada gaji anda. Jika anda tidak tahu berapa potongan bulanan anda, ini akan menimbulkan masalah dengan cukai pendapatan dan seterusnya keseluruhan simpanan persaraan anda.

3. Memfailkan cukai pendapatan

Jika berlakunya siasatan audit pendapatan oleh pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) ke atas anda, slip gaji adalah antara dokumen yang perlu anda kemukakan kepada LHDN. Jika anda gagal untuk mengemukakan slip gaji, kemungkinan besar anda akan dikenakan denda dan mungkin hukuman penjara.

Langkah-langkah yang perlu diambil

Walaupun tanggungjawab terletak pada majikan untuk membayar pekerja mereka dengan betul, pekerja juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap butiran pada slip gaji mereka adalah tepat. Mereka yang tidak melakukannya berisiko dibayar kurang atau dikenakan cukai berlebihan.

1. Dapatkan slip gaji anda setiap bulan

Pastikan anda mendapat dan menyemak slip gaji anda setiap bulan. Kebiasaannya, jabatan Sumber Manusia akan mencetak atau menghantar melalui e-mel kepada para pekerja. Anda juga dapat menambahkan catatan atau penjelasan sendiri pada slip gaji untuk memudahkan rujukan di masa depan.

2. Jika anda dinaikkan gaji dan pangkat

Jadikan habit yang baik untuk memeriksa slip gaji anda setiap kali terdapat perubahan dalam status pekerjaan anda seperti kenaikan gaji atau pangkat, pembayaran komisen atau bonus. 

Memahami komponen slip gaji 

Pada slip gaji juga, anda boleh melihat butiran seperti pendapatan, potongan, dan maklumat kewangan lain . Berikut adalah butiran slip gaji yang menyeluruh:Bahagian struktur asas

⁠1. Maklumat majikan

  • Nama syarikat
  • Alamat majikan
  • Sumbangan majikan 
  • Tandatangan atau cop pengesahan majikan

2. Maklumat peribadi anda

  • Nama penuh, tarikh lahir, kad pengenalan atau nombor passport
  • Nombor siri pekerja 
  • Jawatan dan jabatan
  • Nama bank penerima
  • Nombor cukai

3. Tempoh pembayaran

  • Tempoh mula dan tamat pembayaran gaji

Bahagian pendapatan

  • Gaji kasar (sebelum potongan)
  • Gaji asas/pokok
  • Bayaran kerja lebih dari masa (bayaran tambahan untuk kerja lebih masa melebihi waktu biasa)
  • Elaun (makanan, ruang letak kereta, pengangkutan, perumahan dsb.)
  • Bonus (bayaran tambahan untuk prestasi kerja)
  • Insentif (elaun pembayaran daripada syarikat atau kerajaan)

Bahagian potongan⁠

  • Cukai
  • Caruman keselamatan sosial
  • Caruman pencen
  • Bayaran balik pinjaman
  • Potongan lain seperti insurans kesihatan, bayaran balik pinjaman atau sumbangan kebajikan
  • Caruman majikan untuk pencen dan potongan lain yang berkaitan

Bahagian pengiraan keseluruhan

  • Gaji bersih selepas potongan
  • Keseluruhan potongan caruman sehingga bulan terakhir (Year-to-Date)
  • Keseluruhan bayaran gaji sehingga bulan terakhir (Year-to-Date)

seorang lelaki sedang melihat slip gaji dan sedang mengira gajinya

Membaca dan menafsir slip gaji anda

Setiap slip gaji juga mempunyai butiran penting yang perlu anda fahami dan sememangnya penting untuk anda memeriksa setiap butiran tersebut. Jika anda tidak ambil peduli tentang butiran di slip gaji, anda mungkin akan terlepas pandang terhadap kesilapan seperti jumlah gaji bulanan, potongan caruman, kehadiran atau jumlah waktu bekerja anda.

Dengan mempunyai pemahaman yang baik dalam mentafsir slip gaji, anda boleh tahu jumlah kerja lebih masa, bila anda diberikan gaji atau jumlah keseluruhan simpanan pencen anda. Berikut adalah beberapa tips untuk anda pertimbangkan untuk menyemak slip gaji anda:

Semak kejelasan dan ketepatan slip gaji 

Fahami setiap bahagian slip gaji seperti maklumat peribadi, gaji pokok, elaun, potongan, dan jumlah bersih. Pastikan kesemua butiran peribadi anda dan majikan seperti nama, alamat jabatan dan nombor pekerja adalah betul. Semak jika tarikh slip gaji tersebut dikeluarkan adalah sama dengan tempoh bekerja anda.

2. Kenal pasti pendapatan dan potongan 

Siasat bahagian jumlah pendapatan dan potongan untuk lebih memahami bagaimana pembayaran dan potongan dilakukan. Potongan biasa termasuk EPF (KWSP), SOCSO (Perkeso), dan cukai pendapatan. Potongan ini adalah keperluan undang-undang dan perlu dipotong daripada gaji anda setiap bulan. Bandingkan jumlah bayaran gaji bulanan, bayaran kerja lebih masa pada slip gaji adalah sama dengan transaksi di simpanan bank anda. 

Semak jika potongan cukai anda adalah betul, bagi mengelakkan masalah semasa anda memfailkan cukai semasa musim cukai nanti. Log masuk ke dalam akaun caruman anda di lihat jumlah di akaun caruman dan bandingkan dengan jumlah caruman pada slip gaji.

3. Menangani percanggahan

Jika terdapat kesilapan dalam slip gaji, segera maklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Simpan rekod slip gaji yang bermasalah untuk rujukan dan bukti. Hubungi bahagian sumber manusia atau kewangan di syarikat anda. Mereka bertanggungjawab menguruskan slip gaji dan boleh bantu menyelesaikan sebarang isu yang timbul.

Juga: 6 Contoh Cover Letter Dalam Bahasa Melayu Untuk Fresh Graduate

Contoh slip gaji

Berikut, kami sertakan beberapa contoh slip gaji yang di Malaysia, lebih kurang sama ada slip gaji untuk pekerja sektor awam mahupun swasta.

Contoh slip gaji bulanan standard

Contoh slip gaji bulanan standard di bawah ini menunjukkan gaji yang diterima oleh pekerja untuk satu bulan kerja. Terdapat semua komponen pendapatan dan potongan yang dikenakan terhadap gaji pokok pekerja. Ia juga menyatakan jumlah gaji bersih yang diterima selepas semua potongan.

contoh slip gaji bulanan standard

Contoh slip gaji dengan bonus

Jika pekerja menerima bonus pada bulan tersebut, slip gaji akan menunjukkan jumlahnya secara berasingan daripada gaji lain. Berikut adalah contoh data slip gaji dengan bonus di bawah. Ada juga slip gaji yang menyatakan bonus diberikan sebagai pengiktirafan prestasi yang cemerlang, pencapaian sasaran tertentu, atau sebagai insentif tambahan.

contoh slip gaji dengan bonus

Contoh slip gaji dengan potongan

Contoh format slip gaji di bawah menunjukkan contoh slip gaji seorang pekerja yang mempunyai beberapa potongan seperti caruman KWSP (EPF) dan SOCSO (Perkeso). Selalunya, potongan-potongan akan dinyatakan dengan jelas pada slip gaji supaya pekerja boleh memahami bahagian yang mana dipotongkan. Berikut adalah contoh pengurangan yang biasa terdapat dalam slip gaji.

contoh slip gaji dengan potongan 2

contoh slip gaji dengan potongan 1

Contoh slip gaji beserta bayaran lebih masa

Contoh slip gaji dengan bayaran kerja lebih masa di bawah menunjukkan bahawa pekerja telah melebihi waktu kerja biasa dan menerima bayaran tambahan sebagai ganjaran. Bayaran kerja lebih masa biasanya dinyatakan secara berasingan dalam slip gaji, bersama dengan pendapatan bulanan dan potongan lain seperti contoh di bawah. Pekerja dapat RM16 untuk kerja lebih masa.

contoh slip gaji dengan bayaran kerja lebih

Kesilapan biasa yang ada pada slip gaji 

Semak slip gaji yang harus anda teliti bagi mengelakkan kesilapan-kesilapan ini daripada berlaku.

  1. Jumlah pendapatan tidak tepat
  • Jumlah waktu bekerja: Kesilapan dalam jumlah jam yang direkodkan, terutamanya untuk kerja lebih masa atau kerja separuh masa.
  • Bonus dan komisen: Jumlah yang hilang atau tidak tepat untuk bonus, komisen atau bayaran insentif lain.

2. Kesilapan potongan

  • Potongan cukai: Potongan cukai persekutuan, negeri, atau tempatan yang tidak tepat.
  • Sumbangan persaraan: Potongan yang tidak tepat untuk caruman persaraan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Skim Persaraan Swasta (PRS).

3. Kelayakan faedah

  • Cuti berbayar: Potongan yang tidak tepat untuk hari cuti, cuti sakit, atau cuti berbayar lain.
  • Faedah lain: Kesilapan dalam faedah seperti subsidi penjagaan kanak-kanak, bayaran balik yuran pengajian atau insentif program kesejahteraan.

4. Maklumat peribadi

  • Kategori pekerja: Kesilapan mengelaskan pekerja sebagai pekerja tetap, kontraktor, atau pekerja kontrak.
  • Butiran peribadi: Kesilapan pada nama, alamat, nombor cukai atau nombor siri pekerja anda.

Cara membetulkan kesilapan pada slip gaji

Jika terdapat percanggahan atau kesilapan pada slip gaji anda, sila ikuti langkah-langkah berikut.

Membuat hitam putih

Dokumenkan kesilapan yang ada pada slip gaji anda dan maklumkan kepada jabatan Sumber Manusia majikan anda. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada kesilapan pembayaran gaji, berbagai potongan caruman atau maklumat peribadi. Dokumen menjadi bagian penting ketika menyusun slip yang betul dan tepat.

Hubungi Sumber Manusia majikan anda

Anda boleh menghubungi jabatan Sumber Manusia majikan anda dengan cara bersemuka ataupun e-mel. Berikan mereka butiran yang jelas mengenai kesilapan tersebut dan berikan dokumen atau butiran sokongan seperti slip gaji bulan yang sebelumnya. 

Minta mereka membuat pembetulan

Anda boleh membuat permintaan pembetulan dengan serta-merta. Bergantung pada jenis kesilapan, pihak majikan mungkin akan memberikan slip gaji yang baharu kepada anda berserta maklumat yang sudah dibetulkan atau sekadar mengemaskini maklumat yang betul pada slip gaji bulan yang seterusnya.

Kerap bertanyakan perkembangan daripada majikan

Jika kesilapan yang anda laporkan tidak diselesaikan dalam masa yang ditetapkan dan dibayarkan menurut suatu perjanjian kerja atau anda mempunyai kebimbangan mengenai proses pembetulan, hubungi majikan anda sekali lagi. Pastikan anda kerap bertanya tentang perkembangan masalah anda supaya mereka tahu anda tidak mengambil mudah perkara ini.

Simpan rekod interaksi

Simpan semua hitam putih yang anda ada terutama sekali bukti komunikasi anda bersama majikan. Ini akan berfungsi sebagai rekod usaha anda untuk menangani isu tersebut sekiranya anda perlu memanjangkan isu ini kepada para pekerja lain pada masa hadapan.

seorang wanita sedang memahami slip gaji dan mengira gajinya

Tips untuk para pekerja

Artikel ini akan menyediakan beberapa tips untuk pekerja khususnya untuk mengelakkan daripada ditipu oleh majikan yang tidak amanah. Berikut adalah beberapa tips yang boleh disampaikan:

1. Kerap menyemak slip gaji anda

Jadikan habit yang baik dengan kerap menyemak slip gaji anda bagi memastikan anda menerima pembayaran bulanan yang tepat. Dengan kerap menyemak, anda boleh memastikan waktu bekerja anda tepat, termasuklah waktu kerja lebih masa, bonus dan komisen berdasarkan kehadiran mereka. Juga, jika berlakunya kesilapan, anda boleh mengenal pasti kesilapan tersebut dengan lebih cepat dan sekaligus dapat membetulkan dengan pihak majikan.

2. Simpan kesemua slip gaji

Anda akan memerlukan bukti slip gaji jika anda memohon pekerjaan baharu, membuat permohonan pinjaman atau jika anda diaudit oleh LHDN. Kebiasaannya, LHDN akan meminta slip gaji 12 bulan yang terakhir. Jika anda gagal mengemukakan slip gaji kepada para pekerja di LHDN, anda mungkin akan dikenakan denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali.

3. Bertanyakan soalan kepada majikan

Walaupun tiada kesilapan pada slip gaji anda, tidak salah untuk memberikan anda bertanya sebarang soalan mengenai slip gaji anda kepada majikan. Jangan takut atau risau kerana tugas Sumber Manusia adalah untuk membantu pekerja dalam memahami hal ehwal kerja. Dengan bertanyakan soalan dan menangani isu dengan slip gaji, anda boleh memastikan ketelusan, melindungi hak anda dan mengekalkan pemahaman yang lebih jelas tentang pendapatan, potongan dan faedah anda.

Kesimpulan

Secara umum, slip gaji sebenarnya memainkan peranan penting dalam hubungan antara majikan dan pekerja. Ia adalah dokumen yang dapat memastikan ketelusan, ketepatan, dan keadilan dalam pembayaran gaji. Dengan butiran terperinci tentang pendapatan dan potongan, slip gaji membantu pekerja memahami dan mengesahkan bayaran, faedah, dan tanggungjawab cukai mereka.

Selain itu, dengan memahami komponen utama slip gaji seperti bayaran kasar, bayaran bersih, potongan gaji, dan jumlah tahun hingga potongan kini, anda boleh menguruskan kewangan dan membuat keputusan dengan lebih yakin. Slip gaji ini boleh anda jadikan sebagai referensi dalam perancangan kewangan jangka panjang dan urusan-urusan lain yang memerlukan bukti pendapatan.

Walaupun sistem gaji sekarang sangat canggih, kesilapan masih boleh berlaku. Oleh itu, penting untuk menyemak slip gaji anda dengan teliti. Jika ada kesilapan, anda boleh segera menyelesaikannya dengan jabatan Sumber Manusia. Jangan lupa untuk menyimpan rekod slip gaji sebagai rujukan di masa depan. Dengan memberi perhatian kepada slip gaji, anda dapat mengekalkan hak sebagai pekerja, mengamalkan ketelusan kewangan dengan majikan, dan menyumbang kepada budaya tempat kerja yang sihat dan berintegriti.

Soalan Lazim

1. Apakah itu slip gaji?
Slip gaji, juga dikenali sebagai penyata gaji, slip upah, atau slip pendapatan, adalah dokumen menghitung gaji yang dikeluarkan oleh majikan kepada para pekerja (sektor awam dan swasta) yang mempunyai butiran pendapatan mereka. Slip gaji berfungsi sebagai pecahan terperinci pendapatan, potongan gaji, dan bayaran bersih seorang pekerja. Ia memberikan ketelusan gaji bulanan anda serta memudahkan proses dokumentasi masa depan.

2. Apakah komponen utama yang terdapat dalam slip gaji? 
Komponen utama dalam slip gaji termasuk maklumat pekerja seperti nama, nombor pekerja, jawatan, jabatan, maklumat syarikat seperti nama, alamat, nombor pendaftaran syarikat dan maklumat gaji seperti gaji pokok, elaun (makan, pengangkutan, dll.), potongan (EPF, SOCSO, cukai pendapatan), dan jumlah gaji bersih.

3. Apakah yang saya perlu lakukan jika terdapat kesilapan dalam slip gaji?
Jika anda mendapati sebarang kesilapan dalam slip gaji anda, sila maklumkan kepada majikan anda dengan kadar segera bagi mengatasi masalah tersebut.

4. Adakah saya perlu menyimpan slip gaji yang lama?
Anda sangat disyorkan untuk menyimpan kesemua slip gaji anda daripada pekerjaan pertama sehinggalah yang terkini. Rekod simpanan slip gaji anda juga boleh dijadikan sebagai rekod sejarah slip gaji, membantu merancang kewangan dan menyelesaikan sebarang pertikaian pembayaran.

Slip gaji juga berguna untuk mengesahkan penghasilan yang anda terima sepanjang tempoh bekerja. Pengusaha yang tidak memenuhi kewajibannya untuk memberikan bukti penghasilan yang jelas melalui slip gaji berisiko menghadapi tindakan undang-undang. Oleh itu, memahami dan menyimpan setiap templat slip gaji adalah langkah penting untuk memastikan hak anda sebagai pekerja terjamin. Tanpa slip gaji yang tepat, anda mungkin akan menghadapi masalah dalam membuat perancangan kewangan jangka panjang.

More from this category: Workplace wellbeing

Top search terms

Want to know what people are searching for on Jobstreet? Explore our top search terms to stay across industry trends.

Subscribe to Career Advice

Get expert career advice delivered to your inbox.
You can cancel emails at any time. By clicking ‘subscribe’ you agree to Jobstreet’s Privacy Statement.