Company Profile

    Company overview

    Company size

    Not specified
    D'Herbs Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010 dimana kami hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini Kami mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia.Wawasan Syarikat:Visi Utama D'Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.Misi Syarikat:Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'HerbsObjektif Syarikat:Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.Memberikan perkhidmatan selepas jualan.Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.

    Reviews overview

    We don't have enough reviews for D'Herbs Holdings yet to show an average rating.

    Have your say

    Let others know what it's like to work at D'Herbs Holdings.Write a review
    Find out more about working at D'Herbs Holdings. Read company reviews from real employees, explore salaries and life and culture; and view all open jobs.
    This profile contains information from job postings, company websites, third-party databases and AI-generated content. Information may be incomplete or outdated. View our Company Profiles Terms.