Memahami cara kira gaji perlu dititikberatkan untuk memastikan pekerja menerima bayaran yang adil dan sesuai dengan pasaran semasa.Terdapat pelbagai cara kira gaji, dan anda digalakkan untuk belajar tentang pengiraan gaji mengikut jam, hari, atau bulan. Artikel ini memberi tumpuan kepada kepentingan memahami cara pengiraan gaji, lebih-lebih lagi untuk pekerja baru di Malaysia.
Selain itu, artikel ini lengkap dengan contoh pengiraan gaji dan tips bagi membantu anda menguruskan gaji dengan lebih berkesan. Dengan pemahaman yang baik berkaitan cara kira gaji pokok, anda dapat merancang kewangan dengan lebih baik.
Gaji biasanya terdiri daripada beberapa elemen utama iaitu gaji pokok, elaun, bayaran kerja lebih masa, bonus, komisen serta potongan. Berikut ialah penerangan lebih lanjut mengenai setiap komponen ini.
Gaji pokok ialah bayaran asas yang diterima oleh seorang pekerja setiap bulan bulan sebelum sebarang elaun atau potongan dikenakan. Ia adalah jumlah tetap dan biasanya ditentukan berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman kerja serta tanggungjawab kerja. Kepentingan gaji pokok menjadi asas kepada pengiraan elaun, bayaran kerja lebih masa dan potongan.
Elaun adalah bayaran tambahan yang diberikan kepada pekerja untuk menampung kos tambahan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka. Terdapat beberapa jenis elaun yang biasa diberikan, termasuk elaun perumahan, elaun pengangkutan, dan elaun makan.
Elaun ini biasanya dikira sebagai peratusan daripada gaji pokok atau dalam jumlah yang tetap dan dimasukkan ke dalam gaji bulanan pekerja.
Bayaran kerja lebih masa merupakan pembayaran gaji tambahan yang dibayar kepada pekerja yang bekerja melebihi waktu kerja biasa yang ditetapkan. Kepentingannya adalah untuk memberi insentif kepada pekerja yang bekerja lebih masa dan memastikan mereka mendapat bayaran yang setimpal.
Bayaran kerja lebih masa biasanya dikira berdasarkan gaji pokok dengan kadar tambahan tertentu. Contohnya, bayaran akan dikira 1.5 kali atau dua kali ganda gaji sejam bagi setiap jam lebih masa yang dilakukan.
Bonus dan komisen adalah bayaran tambahan yang diberikan kepada pekerja atas pencapaian tertentu sepanjang tempoh bekerja. Bonus boleh terdiri daripada bonus prestasi yang diberikan berdasarkan prestasi individu atau syarikat, serta bonus tahunan yang biasanya diberikan pada akhir tahun kewangan.
Komisen pula adalah bayaran yang diberikan kepada pekerja, terutamanya dalam bidang jualan, berdasarkan jumlah jualan yang berjaya dicapai. Kedua-dua bonus dan komisen biasanya dikira mengikut peratusan tertentu daripada gaji pokok atau jumlah jualan.
Potongan gaji adalah wang yang ditolak daripada gaji pokok pekerja untuk beberapa tujuan seperti caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), PCB (Potongan Cukai Berjadual), dan EIS (Sistem Insurans Pekerjaan).
KWSP bertujuan untuk simpanan masa depan, PERKESO untuk perlindungan sosial, PCB untuk bayaran cukai pendapatan, dan EIS untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.
Syarikat wajib membuat potongan bagi pihak majikan dan dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada gaji pokok pekerja.
Setiap komponen dari gaji pokok hingga potongan, memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dan kestabilan kewangan pekerja. Dengan pengetahuan yang betul, anda dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik dan membuat keputusan bijak berkaitan kerjaya dan perbelanjaan anda.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti untuk pengiraan gaji bulanan dengan betul:
Gaji pokok adalah jumlah asas yang diterima tanpa sebarang tambahan atau penolakan dan ia telah termaktub dalam kontrak pekerjaan yang ditandatangani. Ia penting untuk pengiraan gaji bulanan.
Elaun pula merupakan bayaran tambahan yang diterima selain gaji pokok. Jenis-jenis elaun termasuk elaun perumahan, elaun pengangkutan, dan elaun makan.
Untuk menjumlahkan semua elaun yang diterima, senaraikan setiap elaun yang anda layak terima berdasarkan polisi syarikat. Tambahkan jumlah elaun ini kepada gaji pokok anda untuk mendapatkan jumlah keseluruhan.
Bayaran kerja lebih masa ialah bayaran tambahan bagi setiap jam anda bekerja melebihi waktu kerja biasa. Untuk mengira bayaran kerja lebih masa, gunakan formula berikut:
Bayaran kerja lebih masa = Kadar jam x Jam kerja lebih masa x Pengganda kerja lebih masa
Kadar jam ialah gaji pokok dibahagikan dengan jumlah jam bekerja dalam sebulan. Pengganda kerja lebih masa biasanya 1.5 atau 2 kali ganda, bergantung kepada peraturan syarikat dan undang-undang buruh.
Bonus terdiri daripada bonus prestasi atau bonus tahunan, manakala komisen biasanya diperoleh oleh pekerja jualan berdasarkan prestasi jualan.
Pastikan anda menyertakan sebarang bonus atau komisen yang anda peroleh dalam pengiraan gaji.
Gaji kasar adalah jumlah keseluruhan sebelum sebarang potongan dikenakan. Untuk mengira gaji kasar, jumlahkan gaji pokok, elaun, bayaran kerja lebih masa, dan bonus atau komisen. Formula pengiraan gaji kasar adalah seperti berikut:
Gaji kasar = Gaji pokok + Elaun + Bayaran kerja lebih masa + Bonus + Komisen
Potongan adalah jumlah yang ditolak daripada gaji kasar untuk caruman dan cukai. Potongan utama seorang pekerja adalah KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), PCB (Potongan Cukai Berjadual), dan EIS (Skim Insurans Pekerjaan).
Cara kira potongan adalah dengan menggunakan peratusan yang ditetapkan oleh kerajaan atau polisi syarikat. Jumlahkan semua potongan ini dan tolak daripada gaji kasar untuk mendapatkan gaji bersih.
Gaji bersih = Gaji kasar - Jumlah potongan
Cara kira gaji berbeza mengikut jenis bayaran. Langkah-langkah ini memastikan anda mendapat jumlah gaji yang betul setiap bulan.
Di bawah ini adalah beberapa contoh pengiraan gaji di Malaysia yang merangkumi pelbagai situasi seperti gaji pokok dengan elaun, gaji dengan kerja lebih masa dan bonus serta gaji dengan komisen. Setiap contoh disertakan dengan pengiraan langkah demi langkah.
Langkah 1: Tentukan gaji pokok
Langkah 2: Tambah elaun
Langkah 3: Jumlahkan gaji kasar
Langkah 4: Tolak potongan
Langkah 5: Dapatkan gaji bersih
Langkah 1: Tentukan gaji pokok
Langkah 2: Tambah elaun
Langkah 3: Kira bayaran kerja lebih masa
Langkah 4: Tambah bonus
Langkah 5: Jumlahkan gaji kasar
Langkah 6: Tolak potongan
Langkah 7: Dapatkan gaji bersih
Langkah 1: Tentukan gaji pokok
Langkah 2: Tambah elaun
Langkah 3: Kira komisen
Langkah 4: Jumlahkan gaji kasar
Langkah 5: Tolak potongan
Langkah 6: Dapatkan gaji bersih
Gaji bersih: RM3,550 - RM 384.40 = RM3165.60
Pengetahuan ini membantu dalam memahami komponen gaji anda dan memastikan anda mendapat bayaran yang betul dalam slip gaji.
Slip gaji adalah dokumen rasmi yang menunjukkan perincian pendapatan anda dan potongan yang dikenakan. Berikut adalah panduan untuk memahami slip gaji anda di Malaysia.
Slip gaji biasanya terdiri daripada beberapa bahagian utama yang merangkumi butiran penting iaitu pendapatan bulanan bersih dan potongan yang dikenakan. Berikut adalah penjelasan bagi setiap bahagian:
Selain daripada mengetahui cara kira gaji, anda juga harus memahami cara membaca slip gaji anda. Untuk memastikan slip gaji anda dikeluarkan dengan betul, ikut tips berikut:
Semak maklumat peribadi dan majikan
Pastikan nama, nombor kad pengenalan dan maklumat majikan ditulis dengan betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah pada masa akan datang.
Periksa jumlah gaji pokok dan elaun
Pastikan jumlah gaji pokok dan elaun adalah seperti yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan. Sebarang perbezaan atau kesalahan hendaklah segera disiasat dan dimaklumkan.
Kira bayaran kerja lebih masa
Pastikan bayaran kerja lebih masa dikira dengan betul berdasarkan kadar jam dan jumlah jam kerja lebih masa yang dilakukan.
Semak bonus dan komisen
Pastikan jumlah bonus dan komisen adalah seperti yang dijanjikan dan dikira dengan betul.
Periksa potongan
Semak potongan KWSP, PERKESO, EIS, dan PCB dan pastikan ia dikira dengan betul mengikut peratusan yang ditetapkan. Jika terdapat potongan tambahan, pastikan anda memahami sebabnya.
Hubungi bahagian sumber manusia
Segera maklumkan kepada bahagian sumber manusia mengenai sebarang perbezaan dalam slip gaji. Berikan bukti dan dokumen sokongan untuk membantu mereka menyiasat masalah tersebut dengan lebih efektif.
Simpan rekod
Simpan semua slip gaji dan dokumen yang berkaitan sebagai bukti. Ini akan membantu anda dalam membuat rujukan jika berlaku sebarang masalah pada masa depan.
Dapatkan nasihat undang-undang
Jika masalah tidak dapat diselesaikan secara dalaman, anda boleh mendapatkan nasihat dari pihak yang berkenaan seperti Jabatan Tenaga Kerja atau peguam untuk tindakan selanjutnya.
Memastikan anda menerima bayaran yang tepat dalam slip gaji dan memahami setiap komponen dalam slip gaji adalah sangat penting. Ini bertujuan agar anda mendapat bayaran yang sewajarnya, yang akan membantu dalam pengurusan kewangan dan melindungi hak anda sebagai pekerja.
Juga: Nak Berhenti Kerja? Inilah Cara Untuk Hantar Surat Rasmi Kepada Majikan
Di Malaysia, terdapat pelbagai alat dan sumber yang memudahkan proses pengiraan gaji, membolehkan anda memahami cara kira gaji dengan lebih jelas. Bahagian ini menyarankan penggunaan kalkulator gaji dalam talian yang dipercayai, perisian penggajian yang berguna dan sumber rasmi seperti KWSP, PERKESO dan LHDN.
Kalkulator gaji dalam talian adalah alat yang sangat berguna untuk mengira gaji dengan tepat. Berikut adalah beberapa cadangan untuk kalkulator gaji dalam talian yang boleh dipercayai:
1. Kalkulator Gaji JobStreet
JobStreet mempunyai kalkulator gaji berguna yang boleh mengira gaji bawa pulang asas anda dengan mudah dan boleh membuat perhitungan untuk anda dengan cepat. Apa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan gaji bulanan anda dan memilih caruman KWSP anda, dan anda akan melihat pecahan potongan daripada gaji anda. Ia juga termasuk pengiraan cukai pendapatan anda dan menunjukkan pendapatan tahunan anda. Malah terdapat graf bar berwarna-warni di bawah pengiraan untuk pecahan yang lebih visual!
2. Salarycal – Salary Calculator Malaysia
Salarycal ialah apl peranti Android berguna yang membolehkan anda mengira gaji anda dengan turut menolak perbelanjaan bulanan anda yang lain seperti pinjaman dan bil kad kredit. Masukkan gaji bulanan asas anda, bonus bulanan, pilih caruman peratusan KWSP anda, dan dayakan EIS dan PBC. Kemudian, ia akan menunjukkan kepada anda gaji bersih anda melalui laporan carta pai.
3. Payroll.my
Laman web ini ialah kalkulator dalam talian yang mengira cukai pendapatan bulanan anda, KWSP, PERKESO dan EIS. Anda juga boleh memasukkan maklumat khusus di bawah Pilihan Gaji seperti Kategori Cukai, Penduduk Cukai, Keutamaan Pengiraan antara Gaji dan Bonus, dan Dana Zakat Muslim.
Berikut adalah gambaran keseluruhan beberapa perisian penggajian yang boleh membantu majikan dalam pengiraan gaji:
1. QuickBooks
QuickBooks adalah perisian penggajian yang digunakan untuk menguruskan gaji, potongan dan laporan kewangan, serta boleh diintegrasikan dengan sistem kewangan syarikat.
Ia juga membolehkan majikan menguruskan pengiraan gaji termasuk potongan KWSP, PERKESO, EIS, dan PCB dengan mudah.
2. PayrollPanda
PayrollPanda adalah perisian penggajian yang direka khusus untuk perniagaan di Malaysia. Ia menawarkan ciri-ciri seperti pengiraan gaji automatik, pengurusan cuti dan laporan kewangan.
PayrollPanda juga memastikan semua potongan yang diperlukan dikira dengan tepat mengikut undang-undang Malaysia.
3. Kakitangan.com
Perisian penggajian berasaskan laman sesawang yang memudahkan pengiraan gaji dan pengurusan rekod pekerja.
Perisian ini mempunyai ciri-ciri seperti pengiraan gaji automatik, pengurusan cuti dan penyediaan laporan kewangan. Ia juga memastikan semua potongan seperti KWSP, PERKESO, EIS, dan PCB diuruskan dengan betul.
Untuk maklumat yang tepat mengenai KWSP, PERKESO dan cukai, anda boleh merujuk kepada sumber rasmi kerajaan seperti berikut:
1. Laman Web Rasmi KWSP
Laman web KWSP menyediakan banyak maklumat mengenai caruman, kadar potongan dan cara menguruskan akaun KWSP anda. KWSP menyediakan kalkulator untuk mengira caruman yang perlu dibuat oleh pekerja dan majikan. Kalkulator ini membantu pekerja memahami jumlah caruman yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka dan akan dibayar setiap bulan.
2. Laman Web Rasmi PERKESO
Laman web PERKESO pula ada maklumat mengenai caruman keselamatan sosial, kadar potongan dan manfaat yang tersedia untuk pekerja. Ia juga menyediakan maklumat tentang Skim Insurans Pekerjaan (EIS) yang bertujuan memberikan bantuan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.
3. Laman Web Rasmi LHDN
LHDN menyediakan maklumat mengenai pengiraan cukai pendapatan selepas potongan, kadar cukai, dan cara mengira PCB yang penting untuk pekerja dan majikan. LHDN menyediakan kalkulator gaji untuk mengira jumlah potongan cukai yang perlu dibayar. Kalkulator ini mengambil kira faktor gaji pokok, elaun, bonus dan potongan KWSP dan PERKESO.
Menggunakan alat dan sumber yang betul bertujuan untuk memastikan pengiraan gaji yang betul Kalkulator gaji dalam talian, perisian penggajian dan sumber rasmi kerajaan antara alat yang sangat berguna dalam proses ini.
Juga: Nak Cari Kerja? Ikutilah Tips Permohonan Kerja Ini
Menguruskan gaji dengan bijak adalah kunci untuk mencapai kestabilan kewangan dan merancang masa depan yang lebih baik. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda menguruskan gaji anda dengan lebih efektif semasa bekerja di Malaysia.
Perancangan bajet adalah langkah penting untuk memastikan pekerja menggunakan gaji mereka dengan bijak. Bajet membantu anda mengawal perbelanjaan dan memastikan pendapatan mencukupi untuk perbelanjaan bulanan serta simpanan jangka panjang, seperti pelan persaraan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk membuat bajet yang berkesan:
Amalkan rutin meyimpan dan melabur sebahagian daripada gaji demi kestabilan kewangan untuk manfaat jangka panjang. Wang simpanan membantu anda menghadapi keadaan kecemasan dan merancang kewangan masa depan tanpa bergantung kepada hutang.
Berikut adalah beberapa tips asas untuk melabur:
Selain gaji pokok, pekerja juga perlu memahami pelbagai manfaat tambahan yang boleh diterima dari majikan. Berikut adalah manfaat bagi pekerja yang berkhidmat di syarikat-syarikat di Malaysia:
Pekerja di Malaysia yang ingin tahu cara mengira gaji harus memahami komponen gaji bagi memastikan mereka menerima bayaran yang adil dan dapat menguruskan kewangan dengan bijak. Langkah-langkah yang dinyatakan akan membantu anda mengira gaji dengan tepat, termasuk potongan yang berlaku.
Bagi pekerja baru, penting untuk mempunyai kefahaman mendalam tentang gaji dan manfaat yang diterima. Ianya bertujuan agar dapat mengurangkan kekeliruan dan memastikan keadilan dalam setiap transaksi.
Literasi kewangan adalah kunci untuk mencapai kejayaan jangka panjang dengan cara memahami sepenuhnya bagaimana gaji dikira, anda dapat mengambil langkah proaktif dalam merancang masa depan kewangan mereka dengan yakin dan efektif.
1. Apakah potongan-potongan yang biasa dikenakan ke atas gaji?
Potongan wajib pekerja dan majikan ialah KWSP untuk simpanan persaraan, PERKESO untuk perlindungan kesihatan dan keselamatan, PCB untuk potongan cukai berjadual, serta sumbangan ke Skim Insurans Pekerjaan (EIS) yang bertujuan untuk menyediakan sokongan kewangan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.
2. Bagaimana cara mengira gaji mengikut jam bekerja?
Cara kira gaji mengikut jam bekerja dihitung dengan membahagikan gaji pokok dengan jumlah jam kerja bulanan beliau untuk mendapatkan gaji per jam.
3. Bagaimana cara mengira bayaran lebih masa (Overtime, OT)?
Bayaran lebih masa dikira dengan mendarabkan kadar bayaran lebih masa dengan jumlah jam kerja lebih masa, dan kemudian hasilnya didarabkan dengan kadar gaji per jam.