Join Malaysia’s career community

Share career tips and exchange stories with almost 2 million jobseekers – just like you

C
Career Cube · 14 Apr 2025
Career Consultant
🔥Resume Scoring PERCUMA!🔥​ Masih tertanya-tanya kenapa tak dapat panggilan temuduga walaupun dah hantar berpuluh-puluh application kerja? Saya sedia membantu! ​ Komen jawapan anda untuk soalan dibawah: ​ "Kenapa resume kena reject?" ​ 🌟10 komen terbaik akan dapat RESUME SCORING PERCUMA!🌟​
C
Career Cube · 14 Apr 2025
Career Consultant
1. 10 pemenang bertuah akan mendapat Semakan & Penilaian Resume Percuma daripada Jobstreet.​ 2. Kempen berlangsung dari 14 – 30 April 2025. Penyertaan di luar tempoh ini tidak akan dipertimbangkan.​ 3. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel pada 15 Mei 2025.​ 4. Jobstreet tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kelewatan, atau isu penghantaran berkaitan kod promosi atau baucar.​ 5. Jobstreet berhak untuk mengubah hadiah atau terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
B
Badrul Hisham · 23 Apr 2025
Project Manager
Kebanyakan resume mungkin ditolak oleh HR atau sistem Application Tracking system (ATS) seperti: 1) Format Tak Mesra ATS (Applicant Tracking System) 2) Tiada Keyword Berkaitan Jawatan 3) Tak Jelas atau Terlalu Umum 4) Terlalu Panjang (Atau Terlalu Pendek) 5) Maklumat Tak Dikemas Kini 6) Tak Ada Cover Letter Resume anda sangat padat dengan pengalaman, tapi ada beberapa perkara yang mungkin menyebabkan ia ditolak oleh HR atau recruiter. Selamat berjaya.
N
Nur Harith Arif · 22 Apr 2025
Senior Sales Co-ordinator
1) Hanya guna 1 resume untuk apply semua kekosongan jawatan. - Resume mestilah ada beberapa titik persamaan pada jawatan yg dipohon bagi mendapatkan fast confident daripada pihak HR. 2) Terlalu sarang dengan ayat yg panjang-pajang membuatkan HR kusut memandang. - easy to understand kalau kita beli barang dekat luar kita suka meh dngar org bebel panjang-panjang. make it short, fix and have perfect complete point.
V
Vikneshvra · 22 Apr 2025
Managing Director
Resume kau mungkin terlalu bunga raya sampai HR pening cari isi sebenar. Atau kau tulis skil pandai gosok baju macam pencapaian duniawi. Font Comic Sans buat portfolio kau terus terbang ke tong sampah. Bayangkan bos scroll separuh, tiba‑tiba jumpa kau pose pegang ais krim, bukan LinkedIn bro. Sedikit muhasabah diri, jujur dan sesuaikan dengan jawatan yang kau pohon. Nanti panggilan temuduga jadi real.
a
aina · 30 Apr 2025
Quality Assurance Technician
Bagi pendapat saya,tidak menepati kriteria yang dikehendaki.Tambahan pula,banyak company mahu pengalaman yang berkaitan dalam memenuhi kekosongan tersebut. Mengambil pekerja yang berbeza pengalaman memerlukan masa training yang lama untuk mereka faham selok-belok kerja tersebut. Setiap company berbeza cara kerja walaupun jawatan kekosongan tersebut sama dengan company sebelumnya.
R
Rosini · 29 Apr 2025
Production Operator
1. Format resume kurang kemas atau tidak profesional. Susunan atur resume x teratur, tulisan terlalu kecil/besar, atau ada banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa. 2.Isi kandungan tak relevan atau terlalu umum.Resume perlu fokus pada jawatan yang dipohon. 3.Tiada kata kunci yang recruiter cari (specially melalui sistem ATS).Banyak syarikat guna sistem ATS yang tapis resume berdasarkan kata kunci. 4. Kurang pengalaman berkaitan jawatan. 5. Tiada ringkasan diri yang menarik di bhgn atas resume.
C
Community User · 25 Apr 2025
Purchaser
i think because of lack of research, buat resume cikai cikai je w/o any good information, dia pandai and active tapi dia tak tahu how to present of paper 🙃
J
Jeria · 24 Apr 2025
Beuaticain
Maybe because people only look certificates and not experienc✌🏻
C
Community User · 24 Apr 2025
Procurement Executive
Resume kena reject kadang2 bukan sebab tak layak, tapi sebab presentation atau maklumat dalam resume tu tak “menjual diri” dengan baik. Contoh; 1. Format x kemas @ susah dibaca • Font terlalu kecil atau fancy. • Tak ada struktur jelas (tajuk, pengalaman, pendidikan). • Terlalu banyak warna atau grafik tak perlu. 2. Maklumat x relevan dengan jawatan • Mohon kerja logistic executive, tapi isi resume pasal kerja kedai makan atau part-time yang x related. • Tak tunjuk skill yang berkaitan
C
Community User · 24 Apr 2025
Sales Executive
resume review

Want the full community experience? Get it on the app

Features are constantly being added from the ‘Career’ section of the Jobstreet app to this website. So, if you want an even better experience check out our app now.