Join Malaysia’s career community
Share career tips and exchange stories with almost 2 million jobseekers – just like youA
Anon · 7 Dec 2025
Boleh ke majikan reject MC? Saya baru2 ni tak sihat sampai demam cecah 40 celcius. Doktor dh bagi cuti 2 hari tapi saya masih tak larat utk masuk kerja. Hari ke-3, saya ke klinik semula utk sambung MC sebab saya belum sembuh tapi bila sy inform boss dia kata saya MC lama sangat. Tak boleh berturut2 lebih dari 2 hari. Masalahnya sy masih demam & belum boleh bekerja. MC tahun ni masih ada baki 10 hari. Saya jarang sakit. Boss kata kena unpaid leave & bakal diberi warning letter. Adil ke mcm ni?
C
Community User · 7 Dec 2025
Support Group Facilitator
as far as i know, tak ada undang-undang kata “MC tak boleh lebih 2 hari”. Kalau doktor sambung MC, itu bermakna you're medically unfit to work. Majikan wajib terima MC as long as it's from klinik berdaftar. You boleh tanya HR you for confirmation. But it seems like your company is a walking redflag.
S
Suraya · 7 Dec 2025
Warehouse Supervisor
Dalam warehouse, kita selalu tekankan safety first dan itu termasuklah bila staf sakit. MC sambungan adalah normal kalau keadaan belum pulih dan tetap valid. Kalau majikan tukar MC jadi unpaid leave atau nak bagi warning letter, itu memang tak adil. Lebih baik pekerja berehat sampai sembuh daripada datang kerja dalam keadaan tak stabil yang boleh sebabkan accident atau mistakes.
M
Muhammad Noor Ariff · 18 Dec 2025
Logistics Executive
Tunggu dapat warning letter dgn ul pastu report kat jtk. Comfirm dapat pampasan tinggi sebab majikan dah langgar akta kerja
S
Syahirah Nadine · 7 Dec 2025
People & Culture Associate
Dalam kebanyakan organisasi, kalau pekerja masih tidak sihat dan doktor melanjutkan MC, majikan wajib menghormati MC tu.
MC berturut-turut lebih dari 2 hari bukan isu, asalkan ia disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.
Menukar MC kepada unpaid leave atau memberi amaran tanpa asas kukuh boleh dianggap tidak adil secara prosedur.
A
Azli · 10 Dec 2025
Cashier Supervisor
Hi awak, Majikan tidak ada hak untuk menidakkan cuti sakit anda tapi Majikan berhak menentukan MC dari Klinik mana yang boleh diterima( sila rujuk surat perlantikan jawatan) andai kata syarikat anda telah menyediakan klinik panel untuk hal yang berkaitan dengan urusan MC anda maka HR berhak menolak MC dari bukan klinik panel. SEKIRANYA anda merasakan perbuatan majikan anda tdk beretika dan melanggar undang2 buruh maka saran saya sila sediakan bukti dan naratif kejadian sblm ke pejabat buruh
E
Esya · 15 Dec 2025
Retail
pergi buruh je awak, majikan tkde hak untuk usik MC kita.. sbb tu mmg hak kita bila kita sakit.. untuk ape diberikan MC bnyk tpi tk boleh nk digunakan untuk kecemasan sakit mcmni.. tpi ade nmpk sikit red flag company awk nii
N
NUR AIMAN · 8 Dec 2025
Production Supervisor
MC berturut2 x de masalah as long ianya drpd registered medical practitioner. Under akta kerja ada menyatakan isu ini. You have the right for the MC.
n
nursia · 19 Dec 2025
Interior Designer
sama macam saya tapi saya case ialah maternity leave . saya minta 2 bulan saja tak boleh. 1 bulan saja maternity leave saya and saya operation masa tu. anak saya umur 1 bulan masuk ward 4 hari . hospital ada bagi surat supaya company jgn tolak gaji saya. tapi company cakap tak guna ini surat.
P
Prasad · 23 Dec 2025
Senior Human Resources Specialist
Di bawah Akta Kerja 1955, seseorang pekerja yang disahkan tidak sihat untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar adalah layak mengambil cuti sakit berbayar selagi baki kelayakan cuti sakit masih ada. Tiada peruntukan undang-undang yang menghadkan cuti sakit kepada dua (2) hari berturut-turut sekiranya disokong oleh sijil cuti sakit (MC) yang sah.
Dalam situasi ini, jika dipotong gaji, boleh ke Pejabat Buruh untuk melaporkan.
A
Amirul · 18 Dec 2025
Technician Level 2 (PE)
Report dalam website (JTKSM) jabatan tenaga kerja
Want the full community experience? Get it on the app
Features are constantly being added from the ‘Career’ section of the Jobstreet app to this website. So, if you want an even better experience check out our app now.
Explore groups