Join Malaysia’s career community

Share career tips and exchange stories with almost 2 million jobseekers – just like you
A
Anon663874 · 15 Jan 2026
Saya tengah serabut sekarang. Bulan 3 kontrak saya akan ditamatkan dan takkan disambung. Saya perlu cari kerja secepat mungkin sebab komitmen saya tinggi. Tapi sy risau. Bulan Januari ni semua orang baru masuk kerja. Bulan 2, musim CNY & puasa. Bulan 3, puasa & raya. Saya takut kebanyakkan company akan start hiring bermula bulan April dan ke atas. Betul ke teori saya ni? Kalau betul, ini bermaksud lagi lambat sy akan dapat kerja baru. ☹️ Apa patut saya buat? Saya takut nak berharap lebih2 😓
A
Amirah · 19 Jan 2026
Document Controller
Saya pun macam awak contract tamat bulan 3. Tapi HR saya cakap boleh claim EIS Perkeso kalau saya masih tak dapat kerja selepas habis contract. EIS Perkeso tu bantuan kewangan sementara untuk pekerja yang hilang pekerjaan / tamat contract (bukan resign sendiri). HR saya cakap boleh bawak surat tamat contract n claim di Perkeso. Awak cuba research dan cuba tanya HR awak kalau boleh buat macamni. Mungkin dapat membantu sikit dari segi kewangan kalau masih tak dapat pekerjaan. Maaf kalau salah.
s
saysomething · 16 Jan 2026
Nasihat saya, jangan fikir pasal teori atau apa pun. Fokus dkt diri awak dan resume awak je dulu. Kalau awk jumpa kerja yg sesuai, awak apply je. Dan jgn fokus kerja dlm malaysia ni je. fokus kerja overseas jugak. Sebab diorang takde pun musim2 cuti ni. Gambatte okay!! kip up don't gibapp 💪💪💪
m
masdalipah · 19 Jan 2026
Assistant Engineer
After read others thread ni.. Rasa bersyukur pula dgn kerja yg ada skrang. Maybe this job really tough to me but ya this is what we called "ready work under pressure". Hopefully I'm not give up. Cayyokkk to all out there who's still job hunting. Semoga dilapangkan urusan Amin
N
Nur Fatehah · 21 Jan 2026
Production Planner
Saya baru claim eis bulan ni sebab tamat kontrak juga. Lulus. Caranya kena apply dekat website eis perkeso > sign up > permohonan baru > isi details. Nanti dalam permohonan tu kena kepilkan : salinan ic, surat tamat kontrak, salinan slip gaji 6 bulan & salinan akaun bank. Dalam tempoh 24 jam waktu bekerja, pegawai akan contact thru whatsApp. Harap membantu :)
A
Anon723764 · 15 Jan 2026
Aku berharap company kau ubah fikiran dan last min tu.. dia agree to sambung kontrak kerja dengan kau. Tapi sambil-sambil tu, terus kan je misi job hunting. Pedulikan semua pasal musim perayaan la.. terus kan mencari sebab rezeki tu datang dari dia.. bukan manusia HR atau ketua syarikat. Sama-sama kayuh pelan-pelan
s
sahara · 20 Jan 2026
Medical Laboratory Technologist
ada kerja kosong tmpt saya skrg dkt klinik . bole try awak
S
Sophieja · 20 Jan 2026
Marketing Executive
Same goes to mine & your theory is not accurate. Company will always hire people every month incl big corps. Depending on companies & role jugak. Not sure where you get the theory. Apa2 pun best of luck.
c
ctrlAnaly$t_geek · 15 Jan 2026
bila awak mention pasal Q1 tahun 2026, banyak sangat benda berlaku. thaipusam, cny, puasa dan raya. Semua tarikh dekat2 :/ bertabah la rakan ku. Yang penting jgn give up apply kerja.
H
Hasliza · 18 Jan 2026
Preschool Teacher
😭bro u sama situasi dengan my husband,he last contract last feb,sekarang pam je kerja tapi belum dapat mane2 lagi,he da runsing cuma bserah je kpd rezeki Allah aturkan je..usaha tetap usaha cari tpi semua tu bserah🥲
A
Ahmad Syahir · 16 Jan 2026
Independent Professional
pada saya kemungkinan nya besar seperti yg awak fikir

Want the full community experience? Get it on the app

Features are constantly being added from the ‘Career’ section of the Jobstreet app to this website. So, if you want an even better experience check out our app now.