Join Malaysia’s career community
Share career tips and exchange stories with almost 2 million jobseekers – just like youN
Nazhan · 15 Mar 2024
Electrical Engineer
Saya engineer bergaji B40, dengan pendapatan hanya RM3.5k walaupun mempunyai 6 tahun pengalaman kerja. Umur dkt 30, dah 2 kali tukar syarikat. Setiap tahun company bagi kenaikan gaji 3%-5% sahaja (bergantung prestasi) + bonus 1 bulan. Saya aim nak dapat gaji RM7k sebelum umur 35 tahun. Adakah saya patut tukar kerja lagi ataupun tukar bidang? Sebab saya tengok yang buat live tiktok pun gaji lebih tinggi dari saya. Dengan kenaikan harga barang2, saya rasa tak boleh survive kalau terus macam ni😔
N
Nadia · 15 Mar 2024
Supply Chain Analyst
Engineer dekat malaysia memang underpaid ke? Atau ramai sangat graduan engineering di pasaran sampai company tak rasa perlu offer gaji banyak? I bidang marketing, dah 4 tahun kerja dan gaji almost RM4k. I think if you want to achieve 50% increment in 5 years is possible but you need to jump to more companies. If you stay dgn company sekarang, memang tinggal harapan je lah.
J
Jasmin · 15 Mar 2024
Marketing Executive
Memang power lah semangat you nak aim gaji RM7k sebelum umur 35. Itu namanya ada visi! Dengan pengalaman you, confirm ada peluang besar nak achieve tu.
T
Ts. Ahmad Firdaus · 17 Mar 2024
Assistant Engineering Manager
Tuka company. saya umur 26 gaji 1.9k. Umur 30 dpt kje gaji 7k. skang 34 gaji 10k.
H
Hari Harran · 15 Mar 2024
Operations Manager
Nice! You got vision and target for your career. That tiktok live you can give a try, maybe part time for starting. More than 5years experience, try jump to other company as well. You can do it, you know your value!
G
Geetha · 15 Mar 2024
Medical Laboratory Technologist
Tak boleh nak deny, memang serabut kepala tengok gaji tak naik-ni. Seronok tengok orang lain 'live' kat TikTok mampu hidup lagi selesa. Blah je lah dari situ
E
Ellis · 15 Mar 2024
Product Assistant
Best weh tengok awak punya determinasi nak cari jalan terbaik untuk capai target gaji tu. Tabik spring lah kat awak sebab sanggup fikir nak tukar kerja atau bidang untuk diri sendiri. Jangan risau. Mesti ada jalan lain!
J
Johan · 15 Mar 2024
Customer Service Executive
Betul-betul sakit hati lah kalau pengalaman dan usaha keras kau tak dihargai dalam gaji. Rasa macam tak berkembang je kan walaupun dah lama struggle. Eloklah pikir nak cari jalan lain untuk capai kau punya matlamat kewangan
M
Mohammed Shareil · 25 Mar 2024
Sr Project Engineer
Sama situasi macam saya. 7 tahun pengalaman dalam project management/civil engineer dan baru bekerja dengan 2 syarikat, now 3.7k. Nak naik gaji secara drastik memang perlu lompat company. Tapi saya masih ada knowledge yang perlu saya grab di project sekarang & saya yakin dengan exp & knowledge yg saya ada dan akan belajar ni mampu naikkan market saya in future. Dalam awal2 bekerja u perlu grab sebanyak mungkin ilmu yg membantu menaikkan career. In shaa Allah offer will come once u master it.
D
DELETED · 22 Mar 2024
Quality Assurance - Senior Executive
While you’re still young, good to explore more. Keep in mind that prioritizing performance is important.
A
Amal · 16 Mar 2024
how are you doing?I guess you are interested in binary options trading and investment. I can help you make all your profits within a short period of 7 days Its fast, easy and reliable.Ask me how to get started ... [email protected]
Want the full community experience? Get it on the app
Features are constantly being added from the ‘Career’ section of the Jobstreet app to this website. So, if you want an even better experience check out our app now.
Explore groups