Join Malaysia’s career community
Share career tips and exchange stories with almost 2 million jobseekers – just like youA
Anon251114 · 14 Nov 2025
33, jobless & broke. Bujang, takde harta, takde kereta dan masih tinggal dgn parents. Baru kena layoff 2 months ago, dalam bank account cuma tinggal RM3000 utk survive kehidupan harian. Dah penat cari kerja sana sini tapi mungkin sbb akhir tahun atau faktor umur, interview susah sangat nak dapat. Kawan2 semua dah kahwin, ada anak, duduk rumah sendiri, kerja bagus, pangkat tinggi while me still struggling with my life padahal dah masuk usia 30-an. Aku belum gagal kan? 😞
A
Anon896792 · 14 Nov 2025
Bro, belum gagal langsung. You just tengah masuk phase susah sikit je. Ramai yang bounce back lepas layoff. Breathe dulu, jalan slow-slow, rezeki tak pernah tertinggal.
A
Ataillah Rabbani · 14 Nov 2025
Retail Sales Assistant
Same goes to me, sebiji sama. Atleast kau ada Rm3k for start up even tak bnyk but boleh lagi nak teruskan. Duit aku tinggal below RM100 bro tu pun duit str baru masuk kelmarin.Kau kena strong!! Semangat kena ada, apa solution aku skrg, amik je kerja basic 1.7k asalkan kau secure bulanan kau sementara, start fresh. Skrg ni aku kerja fnb kebetulan urgent hiring baru 4 hari . Sambil2 kau kerja tu carilah lagi kat jobstreet ni mana tau rezeki lain dtg lepastu kau lock la company baru tu.
J
Juraida · 16 Nov 2025
Purchasing Executive
Masa tahun 2020 saya kerja Hotel dah managerial level. 2021 kena retrench . Cari kerja . Guest what as receptionist dekat developer company. Gaji 1800 starting . From gaji 6 k . Drop to 1800 . But alhamdullilah , saya ambil job tu even saya sedih sangat. After a while company baru promote saya as purchaser . Then now gaji saya dekat 4 k dah . Now saya dah ada experience as procurement , saya dah start cari senior level untuk dapat stabel salary. Jangan give up ya . Allah always with us .
N
Nur · 14 Nov 2025
Registered Nurse
Usia 30an bukan tanda gagal, tapi peluang untuk mula semula. RM3000 dalam akaun tu bukti awak masih ada harapan dan kekuatan. Jangan banding diri dengan orang lain, setiap orang jalan berbeza. Terus usaha, rezeki dan kejayaan akan datang pada waktu yang tepat. Jangan pernah berhenti percaya pada diri sendiri, n letak kepercayaan kpd Tuhan. Lapangkan dada. Awak boleh wlau kita tak knl ☺️
A
Anon693566 · 14 Nov 2025
Sabar bro, setiap orang ujian lain-lain. Saya tak rasa awak dah gagal, masih jauh perjalanan awak. Cuba hantar resume utk orang check. Mana tahu yg problem tu resume, bukannya awak. Sebab tu susah nk dpt IV. Please don't be sad, your time will come!
I
Inda · 17 Nov 2025
Executive
bro.. u tak gagal.. I ibu kepada sorg anak perempuan.. masa I dlm pantang husband I masuk ICU sbb kidney end stage.. waktu tu I mmg x kerja, husband I terpaksa berhenti. dalam akaun kami x sampai rm100 waktu tu. mmg struggle sangat2. yang penting bersangka baik dgn Allah, jaga hubungan dengan Allah. inshaAllah, Allah mudahkan.. 💪🏻
A
Anon988849 · 15 Nov 2025
Senior Process Engineer
area mne bro?team sy ada vacancy klu interested. melaka region
N
Niesa · 17 Nov 2025
Partimer Banquet Server
Salam Encik, jika Encik masih perlukan kerja kalau sudi kerja as awal based on commission and WFH je boleh PM saya ya…mana tau ada rezeki Encik sementara dapat kerja lebih baik boleh join dulu kerja WFH..
S
Syahir · 22 Nov 2025
Video Editor
Kepada semua perkongsian yang tengah struggle dan masih lagi gagah untuk berusaha, saya sangat berterima kasih atas perkongsian pendapat dan morivasi. Kerana secara tidak langsung, anda telah menaikkan juga semangat orang lain utk tidak mengalah. Terima kasih dan semoga sentiasa dimewahkan rezeki dan diberikan kejayaan buat semua.
H
Hanif · 15 Nov 2025
Customer Consultant
Muda lg bro. Ak pula dh nak 4 series. Faham situasi tu bila tgk kawan sekeliling karier dah stabil, ada kerja tetap. Ak pn fasa yg sama. Yg pnting jgn putus asa. Selagi kau diberi nafas, teruskan. Sbb kita tak tahu masa depan,mungkin tahun depan atau smpai 1 masa, kau akan berterima kasih pd diri kau yg masih belum putus asa sekarang. Insha allah.
Want the full community experience? Get it on the app
Features are constantly being added from the ‘Career’ section of the Jobstreet app to this website. So, if you want an even better experience check out our app now.
Explore groups