Join Malaysia’s career community
Share career tips and exchange stories with almost 2 million jobseekers – just like you
N
Nik Hanafi · 28 Oct 2024
Senior Marketing Executive
Serious talk! Korang yang gaji RM5k ke atas tapi umur baru nk masuk 30-an ni korang kerja apa sebenarnya ek? Kadang2 aku nampak org share NGL dkt twitter gaji sampai belas2 ribu pun ada tapi muda lagi. Ke korang ni menipu je sebenarnya? Aku umur dah cecah 34 pun gaji baru RM4.5k..level senior exec je, jauh lagi nak sampai level manager. Nak berangan gaji sampai RM7-8k tu agaknya lagi 10 tahun baru dapat kot. Ke sebab bidang aku marketing gaji lambat naik? Share sikit pengalaman korang.
J
Jasmin · 28 Oct 2024
Marketing Executive
Networking pun penting nak jump to other company and get your expected salary. Try la connect with people from your industry. Dont stay with one company only, nak gaji tinggi kena berani keluar dr comfort zone you.
K
Krystal Lim · 28 Oct 2024
Content Specialist
Dont be too negative la, sometime they worked with big firm, MNC company and plus their field also main peranan here to get higher salary. You also can demand what? Just kena make sure your target company. Since you in marketing line, so this field is wide.. do your research and get can the package that you wanting for.
I
Ikhwan Afandi · 28 Oct 2024
Retail Coordinator
Jangan percaya sgt la yg org2 share dkt social media tu..tak semua benda betul. Ada 1 ni aku Nampak gaji konon dah RM6k++, simpanan sampai ratus2 ribu dlm ASB. Semua tu cam tipu je weh..kalau mak ayah kaya aku percaya lah boleh simpan byk tu. Kalau harap diri sendiri, mustahil.. Jadi bang kau x yah la fikir lebih2. Kau focus diri kau je. Aku rasa dh boleh lompat keje tu mintak level2 up sikit lagi bagi gaji cecah RM5k terus boss!
s
siti · 5 Nov 2024
Billing Clerk
untung la siapa umur 3 series dah gaji besauu. saya ni baru gaji 2.4k wak. lompat2 kerja konon nak dapat lagi better sekali janji palesuuu je dapat. siapa2 yang tengah cari staff tolong la hired saya. saya buat kerja tak berkira. rajin. cuma speaking bunyi jawa. doakan saya murah rezeki boleh kumpul duit puluh2 ribu bawak family pergi umrah. 🤲🏻
F
Farah Nasuha · 28 Oct 2024
Industrial Engineer
Intel basic salary untuk fresh grad degree 4K, untuk master 4.8k.
A
Aliya · 28 Oct 2024
Human Resources Coordinator
Tgk la level ape encik, kalau mmg dia kerja dgn big firm, MNC logic je umur 30an tu gaji besar. Contoh exec dekat oil & gas company, bley je dpt atas pada RM4K.
M
Muhammad Rafaeil · 29 Oct 2024
Training Lead
Saya kongsi sikit pengalaman saya sebagai seseorang di bawah 30 tahun yang memperoleh gaji lebih daripada 5k. Apa yang boleh saya katakan adalah tiada keseimbangan antara kerja dan masa bersama family, saya perlu bawa laptop ke mana-mana, sepanjang masa, termasuk pada cuti umum dan cuti tahunan. Tapi saya okay je sbb matlamat saya adalah untuk memperoleh lebih banyak duit. Starting gaji 2.2k skrg dah lebih dari 6k. 6++ tahun dah kerja dgn company.
A
Amirul Hafiz · 29 Oct 2024
Procurement Executive
Pendapat saya dari pengalaman, certain company bagi salary tinggi, tapi lack dari segi life balance sebab workload sgt banyak. Mungkin sebab headcount pun tak ramai, so mampu lah company tersebut bagi salary tinggi. Kalau company tu promote life balance, kebanyakkan salary kecil.
A
Ainol · 28 Oct 2024
Technician
Aku ada kwn umur 34 dan skrg gaji dia dlm rm18k. Rahsianya, setiap kerja dia buat, dia buat betul2 sampai bos dia xnak lepaskan dia. Dia tu salu lompat kerja dlm 1-2 tahun camtu je. Slrg dh 10 thn dia bekerja and now aku baru start ikt cara dia tu
M
Muhammad Zariffuddin · 28 Oct 2024
Public Business Manager
Pengalaman sendiri kerja dalam pharmaceuticals industry, gaji memang cecah RM5k. Waktu tu contract dan alhamdulillah selepas setahun lebih gaji naik sebab diberi peluang menjadi manager. Sekarang ada company lain head hunt dengan gaji bernilai lebih RM10k. Tiada yang mustahil dengan izin Allah.
Want the full community experience? Get it on the app
Features are constantly being added from the ‘Career’ section of the Jobstreet app to this website. So, if you want an even better experience check out our app now.
Explore groups