Join Malaysia’s career community

Share career tips and exchange stories with almost 2 million jobseekers – just like you

N
Nur Shila Kassim · 3 Dec 2024
Data Controller
Macam mana nak tahu company tu red flag ke tidak? Mudah aje! Kalau dia offer starting salary utk fresh grads between RM1.8k - RM2.3k, kau IGNORE je lah company ni dik! Tak berbaloi ya penat lelah kau nanti! Kita kena ajar sikit company2 yang suka rosakkan market ni. Sepatutnya diorang lebih tahu. Gaji fresh grads AT LEAST RM2.5k -- RM3k. Bawah pada itu, BOLAYAN! Ingat ye pesan akak, kite ni accept keje kena fikir masa depan. kalau sekarang rendah, sampai bila2 pun rendah lah gaji kau. Nak ke??
S
Siti Sarah · 3 Dec 2024
Assistant Operations Manager
Taknak kak! Saya setuju 100% lah dengan kata2 akak ni. Siyes eh sy cerita sy punya kisah. Accept je dulu gaji RM2k sebab ikut ckp parents takut susah nk dpt keje. lepas tu kena layan mcm kuli batak. Keluar lepas subuh, balik malam2 buta. Serik sy kak! 6 bulan je tahan sy berhenti. Rupanya ramai kena mcm sy. Nasib tak stay lama. Sekarang alhamdulillah gaji way better, company pun okay2 la boleh bwk bincang
C
Community User · 4 Dec 2024
Staff Nurse
Consider okay la fresh grad 2.3k. Unless korg ada experience nak gaji 3-5k lain la cerita. Nak dapat 10-15k pun kena ada experience 8-10 tahun. Ni tak tahu cara kerja takde experience nak demand 3-5k mmg tak dapat la sis. First belajar dapt experience, dah ada knowledge ada experience baru bergerak ke company lain yg offer tinggi. Itu baru betol. Ni masuk fresh grad demand gaji tinggi, even aku ada company pun aku tak kan hire. Silap hari kena blacklist, mana taw
N
Nurul Hidayah · 5 Dec 2024
worker
nak tau red flag ke tidak, tengok dalam job description. Ada tak mention "other task assigned by superior"
J
Johan · 3 Dec 2024
Gaji fresh grad bawah RM2.3k? Company tu memang tak peduli pasal standard industry. Move on je, dik!
C
Community User · 4 Dec 2024
Assistant Quality Engineer
Aku sekarang tgh traped dengan company macam ni.starting 2.2k masa 2022. skrg gaji aku 2.8k.company untung. aku je suffer dgn gaji aku with commitments yang membunuh aku. mulanya aku pun red flag dengan company bayar gaji sikit ni kalau nk bandingkan hutang bljr aku yang ratusan ribu dalam aircraft engineering. Tapi sebagai cancer survivor yang susah untuk aku diterima kerja, aku terpaksa terima dan sejujurnya aku sangat stress. Bila pegi iv lain, selalu kena reject sebab notice period 3 bln.
E
Ellis · 3 Dec 2024
Red flag? Mudah. Gaji fresh grad rendah, benefit tak jelas, dan tak ada peluang growth. Kalau macam tu, better cari tempat lain
a
adi5581 · 4 Dec 2024
Technical Lead
risau bayar mahal kerja X reti kebanyakan yg baru kerja beragan lebih
N
Nadia · 3 Dec 2024
Kalau starting salary fresh grad bawah RM2.5k, tu dah cukup hint dia red flag. Jangan bagi peluang kat company yang tak value pekerja
M
Mohd · 4 Dec 2024
Kalau gaji untuk fresh grad terlalu rendah (seperti RM1.8k-RM2.3k), itu memang patut dipertimbangkan semula. Kos hidup sekarang tinggi, jadi syarikat patut menawarkan gaji yang sesuai dengan pasaran semasa.
S
Sofwan · 3 Dec 2024
Kalau rasa offer tak masuk akal, tak payah buang masa. Cari employer yang respect tenaga dan bakat kita. Simple je!

Want the full community experience? Get it on the app

Features are constantly being added from the ‘Career’ section of the Jobstreet app to this website. So, if you want an even better experience check out our app now.