Join Malaysia’s career community

Share career tips and exchange stories with almost 2 million jobseekers – just like you
K
Kamarul · 14 Nov 2024
Digital Analytics Manager
Walaupun lahir dlm keluarga B40, mak ayah sy tak pernah sekali pun abaikan pelajaran anak2 sbb mereka tahu hanya pendidikan yg boleh ubah nasib kami sekeluarga. Alhamdulillah kami adik beradik semua membesar jadi orang. 1 keje PTD, 3 lagi kerja swasta dlm bidang tech, manufacturing & accounting. Gaji kami semua cecah level T20 > RM15k/mth. Utk yg sedang struggle, jgn putus asa. Timba pengalaman & asah skills. Berkawanlah dgn pelbagai bangsa & latar belakang. Anda akan pergi jauh. Percayalah!
F
Fahmi · 14 Nov 2024
Branch Supervisor
Setuju dgn ckp2 awk ni, ye kita kena berkawan berkenalan bersangka baik dgn semua sbb kita tak tahu sejauh mana perjalanan kita. Kadang2 tu mmg ada rasa nk give up, tp kalau org lain boleh, jadi kita pun kene kuat semangat boleh!
A
Aliya · 14 Nov 2024
Human Resources Coordinator
Betul kena usaha and kalau ada peluang kerja dgn company yg besar mcm MNC tu cubalah dulu, jgn give bila tgk JD dorang. Sekarang ni nak dpt gaji yg tinggi mmg kena target company yg besar or hitech. Tahniah encik dpt buktikan yg B40 layak utk gemilang ke T20!
R
R · 27 Nov 2024
Senior engineer
Alhamdulillah saya dulu kelas belakang,bila saya keluar dari kampong kerja kilang,saya dapat belajar machine tinggi technology. dari operator saya dapat naik technician lepas itu saya sambung belajar Diploma and dapat kerja engineer dan lepas itu saya dapat kerja baru senior Engineer QA/QC dapat pergi London,Paris,Scotland,France ini semuanya saya tak terfikir tapi itulah bila kita jaga solat hubungan dgn Allah dan hubungan dengan manusia InsyaAllah hidup kita akan dipermudahkan.
I
Ir.Ts. Zulkifli · 27 Nov 2024
Mechanical Engineer
Saya setuju bahawa pelajaran amat penting bagi memajukan martabat diri dan keluarga. Namun ianya tidak perlu diukur dengan status gaji seseorang. Mencapai status T20 bukan ukuran mutlak kejayaan. Terdapat mereka yang telah melakukan sebaiknya didalam mencapai keputusan akademik terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh didalam pekerjaan yang mereka ceburi tetapi gagal untuk mencapai status T20. Walaubagaimanapun, dengan pelajaran mereka telah berjaya menaikkan status ekonomi mereka sebelumnya.
A
Ameerah · 14 Nov 2024
Logistics Coordinator
Seronoknya bila baca cam ni! Peluang and rezeki org tak sama tapi at least benda cam ni tak mustahil! Betullah org ckp bila kite struggle berusaha lebih ada imbuhan dia. Bukan senang nk dpt gaji smpai RM15K sebulan, for sure kena kerja dlm bidang yg on demand and dibayar tinggi. Betul bidang tech mmg ada pulangan yg menarik bila baca2 sekarang ni.
A
Ahmad Faiz · 29 Nov 2024
Engineer
Saya dah bekerja 9 tahun, gaji bawah 5K, tapi alhamdulillah rasa cukup je semua.
A
Anon498254 · 28 Nov 2024
Head of Accounts
Saya berharap one day saya mampu jadi mcm tuan. Saya pun nak merasa jadi T20 😭 kesian dekat mak asyik susah dari kami kecik 😭
Y
Yofesi Ighangura · 24 Nov 2024
Aviation Screening Officer
good day everyone here. am really exited to be part of this. I have a question to ask, do companies in Malaysia hire people from outside Malaysia? I have tried applying for some time but haven't been lucky yet
M
Muhammad Azirul · 21 Nov 2024
Maintenance Technician
saya admit dengan apa yg tuan cakap, berdasarkan pengalaman,tolonglah bergaul dengan semua orang,jangan bangga dengan pangkat kita, make connection dengan semua level,insyaallah rezeki milik kita
C
Calvin · 18 Nov 2024
Content Manager, SEO and Content Curation
Betul kata awak. Pendidikan adalah asas utk mendapatkan kerjaya yg diingini. Tapi ingat, pembelajaran tidak berhenti sebaik anda bekerja. Pembelajaran itu seumur hidup. Selagi anda masih belajar, anda boleh pergi lebih jauh dalam kerjaya anda.

Want the full community experience? Get it on the app

Features are constantly being added from the ‘Career’ section of the Jobstreet app to this website. So, if you want an even better experience check out our app now.